PAS Kawasan KOTA BHARU

PAS Kawasan KOTA BHARU Pusat Pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Bharu

13/05/2026

Alhamdulillah❗️
Malam ini Kota Bharu hujan lagi.

Imbasan Semula‼️
13/05/2026

Imbasan Semula‼️

Tidak ada modal, tiada isu dan tindakan terdesak. Itu saja yang boleh dikatakan apabila tularnya suatu kenyataan palsu S...
12/05/2026

Tidak ada modal, tiada isu dan tindakan terdesak. Itu saja yang boleh dikatakan apabila tularnya suatu kenyataan palsu Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

MUSLIMAT PAS PERLU PERKUKUH GERAKAN HADAPI PRU16 — ZAILAHKOTA BHARU, Sabtu — Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, D...
08/05/2026

MUSLIMAT PAS PERLU PERKUKUH GERAKAN HADAPI PRU16 — ZAILAH

KOTA BHARU, Sabtu — Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Dato’ Zailah Mohd Yusof menegaskan bahawa kerja jemaah dan perjuangan politik yang dilaksanakan PAS merupakan suatu ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT serta menjanjikan pahala dan keberkatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian ketika merasmikan Program Himpunan Jentera Muslimat PAS Kota Bharu di Dewan Purnama, Pasar Siti Fatimah, Berek 12, di sini hari ini.

Menurut beliau, perjuangan PAS pada masa kini jauh berbeza berbanding era awal sebelum parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1990.

“Kita perlu mengimbas kembali sejarah kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990. Ketika itu perjuangan penuh dengan cabaran, tiada sumber kewangan dan tiada kemudahan seperti hari ini.

“Dulu kita bergerak naik perahu, kereta api dan bas untuk melaksanakan kerja jemaah. Muslimat membawa bersama anak-anak kecil demi memastikan perjuangan parti dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, semangat dan pengorbanan generasi terdahulu perlu dijadikan inspirasi kepada seluruh jentera parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Shaari Mat Yaman ; Ketua Dewan Muslimat Kawasan, Rohani Ibrahim dan Pengarah Jentera Kawasan, Datuk Zamri Ismail.

Dalam pada itu, Zailah berkata himpunan berkenaan diadakan dengan matlamat memperkukuhkan gerak kerja parti bagi merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama serta mempertahankan kemenangan di Parlimen Kota Bharu dan DUN Tanjong Mas serta Bunut Payong.

Beliau turut mengingatkan jentera parti supaya memainkan peranan aktif dalam memberi penerangan kepada rakyat berhubung pelbagai isu semasa yang sedang dihadapi negara.

“Isu semasa dalam negara hari ini cukup banyak dan perlu dijelaskan kepada masyarakat di bawah. Rakyat sedang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

“Selain itu, keadaan kerajaan juga semakin tenat apabila beberapa kementerian penting dipotong peruntukan termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Kesihatan yang berkait secara langsung dengan kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu digerakkan mulai sekarang walaupun tarikh sebenar pilihan raya masih belum diketahui.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, terdapat pandangan bahawa Perdana Menteri mungkin akan membubarkan Parlimen Malaysia pada tahun ini.

“Walaupun kita belum mengetahui tarikh sebenar PRU16, persiapan pilihan raya perlu dimulakan segera.

“Boleh jadi juga pilihan raya Parlimen akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri walaupun beberapa negeri mempunyai tempoh penggal yang berbeza,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyifatkan PAS kini sedang berdepan dengan gabungan pelbagai pihak yang dilihat cuba menyekat kebangkitan parti itu.

“PAS hari ini berdepan dengan suatu pakatan yang boleh didefinisikan sebagai pakatan al-Ahzab kerana mereka bimbang dengan kebangkitan dan kekuatan PAS ketika ini,” katanya.

Takiyuddin berkata antara aspek penting yang perlu diberi perhatian menjelang pilihan raya ialah pengukuhan tenaga manusia dan kekuatan jentera yang perlu bergerak selaras dengan arahan pusat dan negeri.

Beliau berkata selain itu, kaedah dan strategi kempen juga perlu dirancang secara tersusun bagi memastikan para pengundi keluar menunaikan tanggungjawab serta memberikan sokongan kepada PAS pada hari pengundian kelak.

Memfailkan semakan kehakiman babi.Terang, jelas dan bersuluh mereka makin berani naik kepala dengan membabikan siapa saj...
08/05/2026

Memfailkan semakan kehakiman babi.

Terang, jelas dan bersuluh mereka makin berani naik kepala dengan membabikan siapa saja.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta rakyat negeri itu bersiap sedia untuk mengha...
06/05/2026

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta rakyat negeri itu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tanpa menyatakan bila ia akan diadakan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata, kemelut dalaman politik yang berlaku ketika ini diluar jangkaan.

Saya mahu rakyat Negeri Sembilan, penduduk negeri ini, bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Mereka tak puas hati. Hari ini kenyataan demi kenyataan (dikeluarkan). Seolah-olah kita terpaksa menerima.

"Peristiwa yang berlaku awal pagi tanpa satu perkara yang dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu perkara yang cukup di luar perancangan ataupun pengetahuan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pimpinan PH di pekarangan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi di sini, hari ini.

UMNO Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima keputusan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan, namun pendirian dan tindakan menarik sokongan kepada Menteri Besar, kekal

Umno BN parti tikam belakang - Penasihat DAPUmno dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam keraja...
05/05/2026

Umno BN parti tikam belakang - Penasihat DAP

Umno dan BN sebagai rakan kerjasama yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan dan menggesa rakyat untuk menolak mereka pada pilihan raya akan datang.

Jelas sekali BN dan Umno telah menunjukkan diri mereka sebagai rakan kongsi yang tidak boleh dipercayai dalam kerajaan perpaduan.

"Percubaan rampasan kuasa mereka di DUN Negeri Sembilan dengan menarik balik sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terhadap menteri besar yang sah dan bekerjasama dengan Adun PN (Perikatan Nasional) untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri Negeri Sembilan adalah satu contoh nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Satu lagi, kata Lim, adalah kenyataan yang sering disebut bahawa BN dan Umno akan bergerak secara bersendirian atau solo pada pilihan raya umum akan datang menentang PH walaupun mereka bekerjasama dan memegang jawatan kabinet utama dalam kerajaan perpaduan.

"Tikaman dari belakang yang berulang kali terhadap PH oleh BN dan Umno ini jelas menunjukkan bahawa mereka harus terus ditolak oleh rakyat," katanya.

Dalam satu temu bual pada 2 Mei lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan berkemungkinan besar BN akan bergerak solo namun pada masa sama mempunyai "persefahaman" dengan parti-parti lain.

"Kita telah pun solo selama ini, dalam PRU ke-14 dan ke-15. Dalam situasi akan datang, kemungkinan besar kita akan solo.

"Namun, kita perlu mengambil kira persefahaman dengan parti lain, terutama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan persaingan tiga penjuru," katanya yang juga adalah pengerusi BN.

Firman Allah Swt yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh me...
30/04/2026

Firman Allah Swt yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

( Surah As-Saff)

𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 ?

Dengan serendah komitmen anda RM10 sebulan anda akan dapat membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang
terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Melalui Infaq Istiqamah, sumbangan anda disalurkan secara Direct Debit—mudah dan konsisten melalui potongan dari bank anda setiap bulan.

Infaq berterusan anda ini akan membantu Parti Islam Malaysia melaksanakan Aktiviti Siasah, Dakwah, Tarbiyah dan Kebajikan.

*"SEDEKAH ITU TIDAK MENGURANGI HARTA" (H.R Muslim)*

📲 Klik link ini untuk Menyumbang :
[https://infaqpay.my/go/pas?referrer=PAS0138]

SEREMBAN: Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Isnin sebulat sua...
27/04/2026

SEREMBAN: Kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Isnin sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dalam satu sidang media khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Menurut Jalaluddin, keputusan itu dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan, yang tegasnya perlu dihormati dan dipertahankan tanpa campur tangan politik.

“Kami mengumumkan bahawa kesemua 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan telah sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya,” katanya.

Beliau menegaskan UMNO BN kekal memberikan sokongan penuh kepada institusi adat serta Undang‑Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, selain menegaskan keperluan sebuah kerajaan negeri yang stabil, berfungsi dan menghormati perlembagaan.

Jalaluddin berkata pemakluman rasmi berhubung keputusan tersebut akan dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri sebaik sidang media berkenaan selesai.

Menurutnya, ADUN UMNO BN mezahirkan kekecewaan kerana wakil UMNO BN dalam barisan Exco negeri tidak pernah dimaklumkan atau dilibatkan dalam sebarang perbincangan di peringkat Kerajaan Negeri berhubung krisis berkenaan.

Sebaliknya, katanya, mereka hanya mengetahui mengenai isu itu selepas keadaan menjadi kritikal sehingga mencetuskan perdebatan terbuka dalam kalangan masyarakat.

Jalaluddin turut menegaskan bahawa Menteri Besar sepatutnya memainkan peranan dengan kebijaksanaan dan kepekaan sebagai ketua kerajaan negeri, memandangkan krisis tersebut berpotensi menjejaskan pentadbiran negeri, kestabilan kerajaan serta keharmonian rakyat.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan yang dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Daripada 36 kerusi DUN, Pakatan Harapan (PH) menguasai 17 kerusi melibatkan DAP (11), PKR (5) dan Amanah (1), manakala UMNO BN menyumbang 14 kerusi. Blok pembangkang p**a memperoleh lima kerusi, terdiri daripada PAS (3) dan Bersatu (2).

NGO NGO NGO‼️Bayangkan kalau pertubuhan yang disebut adalah PAS❗️
24/04/2026

NGO NGO NGO‼️

Bayangkan kalau pertubuhan yang disebut adalah PAS❗️

Tarbiah Membina Kemenangan, Bukan Sekadar Menunggu KeajaibanUsrah Pimpinan PAS Kawasan Kota Bharu telah berlangsung pada...
23/04/2026

Tarbiah Membina Kemenangan, Bukan Sekadar Menunggu Keajaiban

Usrah Pimpinan PAS Kawasan Kota Bharu telah berlangsung pada 22 April 2026 bertempat di Wisma PAS Kawasan Kota Bharu dalam suasana penuh penghayatan dan semangat tarbiah. Sesi ini telah dipimpin oleh Naqib, Ustaz Zulqarnain Hasan serta dipengerusikan oleh Ustaz Nor Azariza Bin Mohd Alawi, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan. Turut hadir ialah YB Tuan Shaari Bin Mat Yaman, Ahli Dewan Negeri Bunut Payong merangkap Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu.

Sesi kali ini mengupas kitab Fiqh Al-Nasr wa Al-Tamkin yang membuka kefahaman bahawa kemenangan dalam perjuangan Islam bukan sekadar bergantung kepada kekuatan strategi dan usaha zahir, tetapi merupakan anugerah daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada mereka yang benar-benar beriman, beramal soleh serta istiqamah dalam memikul amanah perjuangan.

Perbincangan turut menegaskan bahawa jalan menuju kemenangan tidak pernah sunyi daripada ujian. Ia menuntut kesabaran, pengorbanan dan keteguhan jiwa yang berpanjangan. Namun di situlah terbinanya kekuatan sebenar—apabila hati-hati bersatu dalam jamaah, langkah disusun seiring dan ketaatan kepada kepimpinan terus dipelihara, maka di situlah lahirnya asas kepada kemenangan yang hakiki.

Usrah ini juga mengingatkan bahawa generasi kemenangan tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibentuk melalui jiwa yang cintakan Allah, teguh berprinsip, sabar menghadapi ujian serta sentiasa bersedia untuk taat dan berkorban demi agama.

Mudah-mudahan segala pengisian ini menjadi bekalan dalam memperkukuhkan kefahaman, memantapkan gerak kerja serta menyuburkan semangat istiqamah dalam meneruskan perjuangan Islam.

اللهم ثبتنا على الحق وارزقنا النصر والتمكين

Kerana kemenangan itu bukan untuk ditunggu… tetapi untuk dibina.

Address

Wisma PAS Kawasan Kota Bharu, Jalan Abdul Kadir Adabi, Berek 12
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097414467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan KOTA BHARU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan KOTA BHARU:

Share