Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu, Public & Government Service, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Kota Bharu.

KUNJUNG HORMAT ABIM KOTA BHARU PERKUKUH PERSEDIAAN PENILAIAN APBN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 KOTA BHARU, 25 Mei 2026 – Pe...
26/05/2026

KUNJUNG HORMAT ABIM KOTA BHARU PERKUKUH PERSEDIAAN PENILAIAN APBN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

KOTA BHARU, 25 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu (PBSDKB) telah menerima kunjung hormat daripada ABIM Kota Bharu bagi membincangkan persediaan menghadapi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan dalam suasana penuh harmoni, profesional dan bersemangat.

Sesi perbincangan tersebut memberi fokus kepada aspek persediaan dokumentasi, pembentangan, pemantapan gerak kerja organisasi serta strategi pengukuhan program belia bagi memastikan ABIM Kota Bharu dapat menampilkan prestasi terbaik di peringkat kebangsaan. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan beberapa program dan inisiatif belia yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat melalui kolaborasi strategik antara pertubuhan belia dan PBSD Kota Bharu demi memperkukuhkan pembangunan belia di daerah Kota Bharu.

Dalam sesi tersebut, Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, telah memberikan pelbagai nasihat, panduan serta pendekatan strategik kepada pihak ABIM Kota Bharu bagi memperkasakan lagi pengurusan organisasi, pelaksanaan program dan impak penglibatan belia kepada komuniti setempat.

Beliau turut menzahirkan komitmen PBSDKB untuk terus menjadi pemudah cara dan rakan strategik kepada pertubuhan belia dalam melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing serta mampu menjadi pemacu pembangunan masyarakat dan negara.

Turut hadir bersama dalam sesi tersebut ialah Encik Mohd Farihan bin Che Jusoh daripada Bahagian Rakan Muda PBSD Kota Bharu yang turut berkongsi pandangan dan cadangan dalam usaha menggerakkan penglibatan Rakan Muda bersama ABIM Kota Bharu bagi membantu pelaksanaan program-program PBSD KB secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi kepada golongan belia.

Kehadiran Saudara Ahmad Aizat Zahier bin Zakaria, mantan Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan kategori lelaki, turut menambahkan lagi nilai perkongsian apabila beliau berkongsi pengalaman, semangat kepimpinan serta inspirasi kepada barisan kepimpinan ABIM Kota Bharu dalam menghadapi penilaian di peringkat kebangsaan.

Pertemuan tersebut jelas mencerminkan kesungguhan semua pihak dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik demi memastikan pembangunan belia terus diperkasa selaras dengan aspirasi Hari Belia Negara 2026 bertemakan “Menggerak Belia Madani”.

KOTA BHARU CEMERLANG DI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 KOTA BHARU, 24 Mei 2026 – Daerah Kota Bharu terus mela...
25/05/2026

KOTA BHARU CEMERLANG DI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026

KOTA BHARU, 24 Mei 2026 – Daerah Kota Bharu terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih kemenangan dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang disampaikan sempena Festival Belia@ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026.

Saudara Amir Firhan bin Rosli telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori Individu Lelaki hasil komitmen, kepimpinan serta penglibatan aktif beliau dalam pembangunan dan pemberdayaan belia di daerah ini.

Selain itu, kejayaan turut diraih oleh pertubuhan belia dari Kota Bharu apabila ABIM Kota Bharu berjaya merangkul Johan bagi kategori Pertubuhan/Persatuan menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan komuniti, kesukarelawanan serta aktiviti pemerkasaan belia yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang sempena Festival Belia@ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang menghimpunkan pelbagai pengisian dan aktiviti pembangunan belia di peringkat negeri.

Turut bersama di pentas bagi meraikan kejayaan tersebut ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Kejayaan ini membuktikan bahawa belia di daerah Kota Bharu sentiasa aktif, progresif dan komited dalam mendukung aspirasi pembangunan belia selaras dengan tema Hari Belia Negara 2026 iaitu “Menggerak Belia Madani”.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu akan terus komited dalam memastikan penglibatan aktif belia di semua peringkat umur melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan, kepimpinan, kesukarelawanan dan pemerkasaan belia secara berterusan. Usaha ini juga selaras bagi mencungkil serta menggilap potensi belia agar terus menjadi generasi yang progresif, berdaya saing dan mampu menjadi pemacu pembangunan masyarakat, negeri dan negara pada masa hadapan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan ini. Diharapkan kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh belia untuk terus aktif menyumbang idea, tenaga dan kepimpinan demi pembangunan masyarakat dan negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kecemerlangan yang telah mengharumkan nama daerah Kota Bharu di peringkat negeri.

LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH KOTA BHARU MERIAH, HIMPUN PULUHAN PASUKAN TEMPATAN BERENTAP DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGER...
25/05/2026

LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH KOTA BHARU MERIAH, HIMPUN PULUHAN PASUKAN TEMPATAN BERENTAP DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 17 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah berjaya menganjurkan Liga Sukan Komuniti (LSK) yang berlangsung dengan meriah bertempat di Gelanggang Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji. Kejohanan yang diadakan pada hari 15 hingga 16 Mei 2026 itu melibatkan tiga acara sukan utama iaitu bola jaring, bola tampar, dan futsal.

Bagi acara bola jaring yang berlangsung pada hari Jumaat, sebanyak 12 pasukan dari sekitar Daerah Kota Bharu telah mendaftar dan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan. Pasukan Putera Netballers dinobatkan sebagai johan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan akhir. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa p**ang hadiah wang tunai RM500 berserta mock cheque, sijil, dan medal. Tempat naib johan dirangkul oleh pasukan USM KK yang menerima wang tunai RM300, manakala pasukan Dragon NC dan Wolves berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama dengan masing-masing membawa p**ang wang tunai RM200 berserta trofi iringan dan sijil.

Sementara itu, acara bola tampar yang diadakan pada hari Sabtu p**a menyaksikan persaingan sengit daripada 16 pasukan yang datang dari sekitar daerah dan kawasan berhampiran. Pasukan Garuda Politeknik muncul sebagai juara selepas menewaskan pencabar mereka dalam aksi final yang mendebarkan, sekali gus membawa p**ang hadiah utama bernilai RM500, mock cheque, sijil, dan medal. Kump**an BEE VC menduduki tempat naib johan dengan membawa p**ang RM300, diikuti pasukan Jawhead dan NOPAK VT yang diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama dengan ganjaran RM200 bagi setiap pasukan.

Turut mencuri tumpuan pada hari Sabtu ialah acara futsal yang turut menerima sambutan hangat dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan. Pasukan Primer FC x PKINK membuktikan kehebatan mereka apabila bergelar juara selepas menewaskan pihak lawan dalam perlawanan akhir. Kejayaan tersebut membolehkan mereka menggondol hadiah wang tunai RM500 berserta mock cheque, sijil, dan medal. Pasukan KSKL terpaksa akur di kedudukan naib johan dengan menerima RM300, manakala pasukan Panji Legacy dan GOBB12 berkongsi kegembiraan di tempat ketiga bersama dengan membawa p**ang RM200 berserta hadiah iringan. Majlis penyampaian hadiah bagi kesemua acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh Puan Nor Farhana binti Che Ismail selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Pihak penganjur berharap agar program sukan seumpama ini dapat terus menjadi platform terbaik dalam menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti rekreasi. Di samping itu, usaha ini juga diharap mampu memupuk semangat perpaduan, mengeratkan hubungan silaturahim, serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

MENGGERAK BELIA – LEBIH 700 BELIA 'GEGARKAN' SMK PANGKAL KALONG, KETEREH PADA PROGRAM SEMARAK BELIA  BELIA NEGARA PERING...
10/05/2026

MENGGERAK BELIA – LEBIH 700 BELIA 'GEGARKAN' SMK PANGKAL KALONG, KETEREH PADA PROGRAM SEMARAK BELIA BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2026

KOTA BHARU, 9 Mei 2026 – Program Semarak Belia Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Kota Bharu 2026 yang berlangsung di SMK Pangkal Kalong, Ketereh, melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan. Program dua hari yang bermula pada 8 hingga 9 Mei 2026 itu berjaya menghimpunkan seramai 700 orang belia dan menarik kehadiran lebih 300 pengunjung daripada komuniti setempat, sekali gus mencatatkan penglibatan luar biasa seramai 1,000 orang.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Bharu serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Kalong, Ketereh ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat "Menggerak Belia" melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang merangkumi aspek kecergasan, kreativiti, dan kemasyarakatan. Bagi golongan belia, pengisian program dimantapkan dengan aktiviti sihat seperti Senamrobik Belia Aktif, Fun Run Belia Madani dan Pertandingan Sukan e-Sport, Mobile Legend manakala aspek kemahiran diuji menerusi Pertandingan Gubahan serta Pertandingan Memasak. Tidak ketinggalan, acara santai seperti Basketball Shooting, Sukaneka Rakyat, dan Cabutan Bertuah turut menjadi daya tarikan utama peserta. Kehadiran gergasi industri kulinari tanah air, ADABI selaku penaja utama, memberikan impak luar biasa apabila tampil menaja sepenuhnya sumbangan hadiah dan cenderahati bagi menghargai para peserta.

Selain fokus kepada golongan muda, program ini turut memberi manfaat besar kepada komuniti setempat melalui Jualan Usahawan Belia Madani dan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan. Penduduk sekitar juga mengambil peluang keemasan menyertai program Servis Minyak Enjin Motosikal secara percuma serta mengunjungi Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta yang melibatkan pelbagai jabatan seperti Pejabat Kesihatan Daerah, FAMA, KPDN, PDRM, BOMBA, AADK, MY DIGITAL ID dan PENJARA serta institusi pendidikan seperti IKBN Bachok, IKBN Tanah Merah, UNITAR Kota Bharu, Politeknik Kota Bharu, ADTEC Kota Bharu dan Kolej Komuniti. Turut bersama menyertai program ini adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Daerah Kota Bharu (MDB KB), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gerakan Belia 4B Cawangan Kota Bharu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Wan Ahmad Syazrul bin Wan Abdul Rahim, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Pejabat Jajahan Kota Bharu. Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bersama Encik Muhammad Ruzaini Aiman Bin Mohd Ruzlan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Bharu serta Encik Mohd Jailani bin Abdul Sukor, Pengetua SMK Pangkal Kalong selaku tuan rumah.

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Wan Ahmad Syazrul memuji inisiatif penganjur dalam menyatukan elemen pembangunan belia dengan keperluan komuniti. Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan sektor swasta seperti Adabi, Yakult dan Extra Joss dalam program ini membuktikan komitmen jitu semua pihak dalam mendokong aspirasi Malaysia Madani. Kejayaan penganjuran di SMK Pangkal Kalong, Ketereh ini bukan sahaja menonjolkan potensi belia di peringkat akar umbi, malah memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat di jajahan Kota Bharu.

Disediakan oleh :
Urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

🏆 LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2026 KEMBALI LAGI! 🏆Geng Kota Bharu, demo ready ko dok? Jom tunjukkan ...
01/05/2026

🏆 LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2026 KEMBALI LAGI! 🏆

Geng Kota Bharu, demo ready ko dok? Jom tunjukkan bakat dan semangat kesukanan korang dalam kejohanan sukan komuniti terbesar tahun ini! Pelbagai acara dipertandingkan dengan hadiah wang tunai yang lumayan menanti para pemenang. 💰🔥

📅 JADUAL PERTANDINGAN

Bola Jaring

Tarikh : 15 Mei 2026 (Jumaat)

Tempat : Gelanggang Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan, Panji

Futsal Lelaki

Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)

Tempat : Gelanggang Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan, Panji

Bola Tampar Lelaki

Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)

Tempat : Gelanggang Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan, Panji

💰 HADIAH KEMENANGAN (SETIAP ACARA)

Johan : RM500

Naib Johan : RM300

Ketiga Bersama: RM200

📞 SEBARANG PERTANYAAN & PENDAFTARAN
Hubungi pegawai bertugas kami sekarang :

Pn. Farhana : 012-982 7369

En. Nik Mohd Faes : 017-318 2367 (Futsal)

Pn. Sofea : 017-884 9190 (Bola Jaring)

Pn. Syaida : 013-999 6930 (Bola Tampar)

Anjuran : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

MKN TIKTOK CHALLENGE MARI PULOK DOHH!!!Assalamualaikum dan salam sejahtera,MKN Negeri Kelantan kini membuka penyertaan u...
01/05/2026

MKN TIKTOK CHALLENGE MARI PULOK DOHH!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MKN Negeri Kelantan kini membuka penyertaan untuk MKN TikTok Challenge 2.0 KATEGORI TERBUKA menjelang sambutan Bulan Keselamatan Negara 2026 🎬

📌 Tema: Kelantan Bebas Dadah 2030
📅 Tarikh: 1 Mei – 31 Mei 2026
🎁 Hadiah wang tunai 💰, trofi 🏆dan sijil menanti pemenang

📲 Imbas QR Code pada poster atau di pautan https://forms.gle/h6BD1P1DFSGbCFhG8 untuk info lanjut dan pendaftaran.

Mari belako pakat masuk tanding! Buat video kkemahhh sek kito deh!

Ppakat ingat blako ❗️❗️❗️
bersama

MKN Negeri Kelantan
1 Mei 2026

Sempena sambutan Bulan Keselamatan Negara 2026, MKN Negeri Kelantan membawakan MKN Tiktok Challenge 2.0!!! Mari sertai kami dan serlahkan bakat anda!

PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 (KATEGORI PERSATUAN) PERINGKAT DAERAH KOTA BHARUKOTA BHARU, 29 April 2026 -...
01/05/2026

PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 (KATEGORI PERSATUAN) PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU

KOTA BHARU, 29 April 2026 - Satu (1) Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 bagi kategori persatuan peringkat daerah Kota Bharu telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia ABIM, PPR Kota Bharu.

Persatuan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kota Bharu telah berjaya terpilih dalam kelompok lima (Top 5) terbaik dan seterusnya dinilai oleh panel yang dilantik diketuai oleh YBrs. En. Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah IKBN Tanah Merah. Turut serta panel penilai lain daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kelantan dan wakil pendidikan negeri.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Sesi dimulakan dengan sambutan simbolik persembahan silat, diikuti pembentangan komprehensif oleh pihak persatuan meliputi program, impak komuniti serta penglibatan aktif belia. Turut dipamerkan inovasi belia melalui demonstrasi pencetakan keychain menggunakan teknologi 3D.

Selain itu, fokus utama ABIM Kota Bharu bagi tahun 2026 adalah kepada pembangunan dan pemerkasaan komuniti belia di kawasan PPR melalui pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan.

Sesi turut disusuli lawatan panel ke sekitar pusat belia serta sesi interaksi bersama ahli persatuan.

Keseluruhannya, penilaian berjalan lancar dan mencerminkan komitmen tinggi persatuan dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Disediakan oleh :
Urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

KUNJUNG HORMAT DAN MESYUARAT BERSAMA PENGURUSAN SMK PANGKAL KALONG SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH K...
28/04/2026

KUNJUNG HORMAT DAN MESYUARAT BERSAMA PENGURUSAN SMK PANGKAL KALONG SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2026

KOTA BHARU, 27 April 2026 – Satu kunjung hormat dan mesyuarat strategik telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bersama pihak pengurusan SMK Pangkal Kalong bagi membincangkan pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu 2026. Program ini bertujuan memperkukuh penglibatan belia di peringkat akar umbi serta memperluas kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan dalam pembangunan belia.

Delegasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah disambut mesra oleh Tuan Pengetua, Mohd Jailani bin Abdul Sukor, bersama barisan pengurusan tertinggi sekolah. Dalam sesi tersebut, pihak sekolah menyatakan komitmen penuh untuk menjadi tuan rumah serta menyokong pelaksanaan program yang dirancang, termasuk penyediaan kemudahan dan penyelarasan logistik.

Sesi mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Pn Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, yang memperincikan cadangan pengisian program, objektif penganjuran serta impak yang disasarkan terhadap pembangunan belia setempat. Antara fokus utama adalah memperkasakan potensi belia melalui aktiviti berimpak tinggi, pembangunan kepimpinan, kesukarelawanan serta gaya hidup sihat.

Turut hadir dalam sesi ini ialah En Syed Abdul Aziz, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu yang berperanan dalam penyelarasan teknikal program. Kehadiran rakan strategik pelaksanaan iaitu Majlis Belia Daerah Kota Bharu yang diwakili oleh En Muhammad Ruzaini Aiman bin Mohd Ruzlan turut memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Hasil perbincangan, mesyuarat telah memutuskan bahawa Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu 2026 akan dilaksanakan pada 8 hingga 9 Mei 2026 selama dua (2) hari satu (1) malam, dengan majlis perasmian rasmi dijadualkan pada 15 Mei 2026. Ketetapan ini mengambil kira kesesuaian jadual sekolah, penyertaan belia serta keperluan logistik bagi memastikan kelancaran penganjuran.

Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini turut menyentuh aspek penjadualan program, pembahagian peranan, keselamatan peserta serta promosi bagi memastikan sambutan Hari Belia Negara peringkat daerah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak maksimum kepada komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, kunjung hormat dan mesyuarat ini berjaya mencapai objektif utama dalam memperincikan perancangan awal serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara semua pihak terlibat. Diharapkan penganjuran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu 2026 akan menjadi platform terbaik dalam memartabatkan peranan belia sebagai pemangkin pembangunan negara.

Disediakan oleh :
Urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

KOTA BHARU, 26 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan...
26/04/2026

KOTA BHARU, 26 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil. 3/2026 bagi menyelaras pelaksanaan program serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Mesyuarat ini menghimpunkan pegawai-pegawai kanan jabatan serta Pegawai Belia dan Sukan yang mewakili kesemua 10 daerah di negeri Kelantan bagi membincangkan status pelaksanaan program semasa, pencapaian indikator prestasi serta perancangan strategik jabatan bagi tempoh akan datang. Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkasa pembangunan belia, meningkatkan penglibatan komuniti serta memperkukuh pengurusan sukan di peringkat negeri dan daerah.

Dalam mesyuarat tersebut, Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, telah membentangkan perancangan program belia, sukan dan Rakan Muda peringkat Daerah Kota Bharu. Pembentangan tersebut merangkumi cadangan aktiviti, pelaksanaan program berimpak tinggi serta strategi penglibatan belia secara lebih menyeluruh di peringkat akar umbi.

Mesyuarat turut menekankan aspek tadbir urus yang cekap, pengoptimuman sumber serta pengukuhan kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Disediakan oleh :
Urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

📢 JOM BACA BERSAMA 10 MINIT : TINGKATKAN BUDAYA MEMBACA! 📚Selari dengan tema "Membaca Membina Bangsa", kami menjemput se...
22/04/2026

📢 JOM BACA BERSAMA 10 MINIT : TINGKATKAN BUDAYA MEMBACA! 📚

Selari dengan tema "Membaca Membina Bangsa", kami menjemput seluruh warga komuniti sekitar Kota Bharu untuk sama-sama berhenti sejenak dan meluangkan masa hanya 10 minit untuk membaca secara serentak di seluruh negara.

Butiran program :

📅 Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 11.00 Pagi – 11.10 Pagi
📍 Tempat : Lokasi anda berada (Pejabat/Rumah/Sekolah)

Mari kita buktikan bahawa ilmu adalah asas kekuatan negara. Hanya 10 minit, namun maknanya cukup besar buat masa depan kita.

Address

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu:

Share