08/07/2026
MESYUARAT JPUP, HAND’S ON DAN GOTONG-ROYONG UNIT SERIAN | 7 JULAI 2026 | SELASA
Program Mesyuarat Jawatankuasa Pengembangan Unit Peladang (JPUP), Hands On dan Gotong-royong telah diadakan di Unit Serian dengan penyertaan seramai 30 orang petani. Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Utara (PKJ KBU) bagi menyampaikan maklumat semasa berkaitan pengurusan tanaman padi serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada petani.
Selain sesi mesyuarat dan perkongsian teknikal, program turut disertai dengan aktiviti gotong-royong bagi meningkatkan kebersihan dan kesiapsiagaan kawasan sawah menjelang musim penanaman. Berdasarkan pemantauan semasa, dianggarkan 50% kawasan di Unit Serian telah memulakan aktiviti penaburan benih padi varieti MR297, manakala baki kawasan dijangka akan meneruskan penaburan benih mengikut jadual penanaman yang telah ditetapkan.
Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara petani dan pihak KADA dalam memastikan pengurusan tanaman padi dilaksanakan dengan lebih sistematik, sekali gus meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran padi.