Institut Latihan Darul Naim - ILDAN

Institut Latihan Darul Naim - ILDAN Layari laman web rasmi ILDAN untuk maklumat terkini program, latihan dan inisiatif pembangunan kompetensi: www.ildan.gov.my

๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ‘๐Ÿ’๐Ÿ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—กKOTA BHARU, 4 Mei - Institut Latihan Darul Naim (ILDA...
07/05/2026

๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ‘๐Ÿ’๐Ÿ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—ข๐——๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—ž๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 4 Mei - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang kini melangkah ke tahun kelima penubuhannya selepas dinaik taraf daripada Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) bermula tahun 2021, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pembangunan modal insan Negeri Kelantan. Berteraskan keupayaan semasa dan komitmen lebih 30 jaringan penyelidikan luar yang melibatkan institusi pengajian tinggi, rakan industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ILDAN sehingga kini berjaya menghasilkan lebih 19 modul latihan, lima kertas polisi dan program teras, serta menerbitkan lebih daripada 50 bahan bacaan bercetak.

Pengerusi Lembaga Pengarah ILDAN merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan memaklumkan bahawa dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, bermula dari tahun 2023 hingga 2025, ILDAN telah menganjurkan sebanyak 342 aktiviti. Program tersebut meliputi pelbagai pendekatan latihan termasuk kursus, Latihan Jurulatih (TOT), Perbincangan Meja Bulat (RTD), diskusi dan seminar.

Tambah beliau, aktiviti berbentuk kursus latihan sahaja mencatatkan jumlah sebanyak 182 program yang mewakili 53 peratus daripada keseluruhan aktiviti yang dianjurkan. Hampir separuh daripada aktiviti kursus tersebut memfokuskan kepada aspek kejurulatihan, bertujuan melahirkan barisan jurulatih yang kompeten serta berkemahiran tinggi bagi mendokong keperluan pentadbiran kerajaan.

Antara pihak yang menerima manfaat secara langsung daripada inisiatif ini termasuklah penjawat awam negeri, kakitangan Urus Setia, guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK), penghulu, pegawai Dakwah Halaqat, ahli AKRAB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Kelantan. Pelaksanaan program-program ini telah memberikan impak yang signifikan dalam mempertingkat tahap profesionalisme, tadbir urus berintegriti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Ia sekali gus menterjemahkan komitmen berterusan ILDAN dalam menyokong dasar dan agenda Kerajaan Negeri Kelantan ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti.

Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah ILDAN Bilangan 1/2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mabna-MBI, Kompleks Kota Darulnaim, pada isnin.

Dalam pada itu, YB Datoโ€™ turut mengalu-alukan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi memperkukuh tadbir urus institut. Pelantikan tersebut melibatkan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Rosnazli Hj. Amin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YABrs. Dato' Hj. Ab Pattah Hasbullah; dan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Zarawi Mat Nor.

Sehingga kini, operasi ILDAN disokong oleh kapasiti tenaga kerja seramai 18 orang, dengan pejabat pentadbiran dan bilik seminar berpusat di Bandar Baru Tunjong, Kelantan. Bagi menyokong kelancaran program pemerkasaan penjawat awam pada masa hadapan, kerja-kerja menaik taraf beberapa kemudahan latihan di tingkat dua premis berkenaan sedang giat dilaksanakan. Proses ini merangkumi pemasangan penyaman udara, karpet, projektor lontaran pendek, sistem audio yang komprehensif serta kelengkapan pintu keselamatan bagi tujuan latihan dan kursus.

Dengan tersedianya fasiliti latihan milik penuh ILDAN yang kondusif, institut ini dijangka mampu mengurangkan kebergantungan kepada penyewaan fasiliti luar, seterusnya mengoptimumkan perbelanjaan kewangan kerajaan. Pemerkasaan infrastruktur ini secara langsung akan membolehkan ILDAN merangka dan melaksana lebih banyak program latihan secara berterusan dalam persekitaran yang terkawal, sejajar dengan peranannya sebagai peneraju latihan dalam pembangunan insan berteraskan Islam.

๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก: ๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—œ, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐Ÿ๐Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œKOTA BHARU, 4 Mei - Institut Latihan Darul ...
04/05/2026

๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก: ๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—œ, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐Ÿ๐Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ

KOTA BHARU, 4 Mei - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) terus memperkukuh kredibilitinya sebagai institusi latihan awam negeri melalui pemerkasaan jaringan penyelidikan yang menterjemahkan dapatan empirikal kepada instrumen dasar, modul latihan dan inovasi bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan awam Negeri Kelantan.

Usaha ini merupakan langkah strategik ILDAN dalam menawarkan latihan berimpak tinggi yang bersifat responsif terhadap keperluan agensi kerajaan. Melalui pendekatan berasaskan penyelidikan (evidence-based), ILDAN berperanan sebagai pusat kecemerlangan yang menyokong agenda pembangunan modal insan serta tadbir urus berintegriti.

Penolong Pengarah (Seksyen Jaringan, Penyelidikan dan Dokumentasi) ILDAN, YBrs. Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi memaklumkan bahawa sinergi penyelidikan ini telah berjaya menghasilkan 5 kertas polisi, 19 modul latihan, dan 12 projek inovasi. Kerangka pembangunan ini berpaksikan kepada pemerkasaan penyampaian dasar, pengukuhan tadbir urus agensi, serta peningkatan kompetensi penjawat awam.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก, ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ถ:

๐Ÿ. ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ
- Dokumen โ€˜Ubudiyyah, Masโ€™uliyyah, Itqan (UMI) ISO9001
- Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK)
- Komuniti Rabbani (K-RABB)
- Kelantan Futures State 2033
- Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK)

๐Ÿ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป
- Modul Smart UMI (โ€˜Ubudiyyah, Masโ€™uliyyah dan Itqan)
- Modul Dasar Pendidikan Rabbani - Merangkumi Sub-Modul Murabbi Intelek, Muslih Komuniti, Mudir Rabbani, dan Muddaris Inovatif.
- Modul Asas Komuniti Rabbani (K-RABB)
- Modul Smart ITQAN
- Modul Sisipan Rabbani (Sains) Tingkatan 1
- Modul Sisipan Sains Rabbani TIngkat 2 & 3
- Modul Kepimpinan Ihtirafi
- Modul Kepimpinan Guru Dakwah
- Modul Asas Pengajaran dan Pedagogi Rabbani
- Modul Pembinaan Imej dan Profesionalisme Pegawai Dakwah Halaqat Negeri Kelantan
- Modul Komunikasi Organisasi Berimpak
- Modul Pembelajaran Bersepadu Bahasa Arab (CLIL)
- Modul Asas Pentadbiran Sekolah
- Modul Kepimpinan Pengetua (Versi UKM)
- Modul Emosi Positif, Pekerja Produktif

๐Ÿ‘. ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ & ๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ
- Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK)
- Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB)
- Kajian Jurang Fungsi, Tugas, Tanggungjawab Dan Peranan Antara Pengurusan, Pengetua Dan Guru-Guru Sekolah Menengah YIK
- Kajian Pembangunan Kompetensi Kepegawaian Urus Setia
- Sisipan Pengajaran Rabbani (Sains) Tingkatan 1
- Kelantan Futures State 2033
- Dasar Qawwamah Lelaki Kelantan (DQLK)

Menurut beliau, ILDAN kini sedang dalam fasa pembangunan beberapa kajian yang akan memberikan nilai tambah berimpak tinggi kepada Kerajaan Negeri, antaranya:

- Modul Hafazan Al-Quran Komprehensif bagi pelajar Tahfiz YIK.
- Kajian Pengukuran Pencapaian Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI)
- Modul Literasi Undang-Undang Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
- Sistem Data Kepakaran Penjawat Awam Kelantan.
- Modul Generatif AI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Projek strategik ini berjaya dibangunkan melalui kolaborasi dengan panel pakar daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Antara rakan strategik akademik yang terlibat termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sinergi ini memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian kualiti akademik dan praktikaliti sektor awam.

ILDAN turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai rakan strategik utama di peringkat negeri. Penglibatan KIAS merangkumi peranan penting sebagai panel pembangun modul, ahli penyelidik, serta jurulatih bagi siri latihan yang dijalankan. Sinergi ini memperkukuh integrasi ilmu naqli dan aqli dalam penghasilan modul yang komprehensif serta relevan dengan acuan pembangunan modal insan Kelantan.

Bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan perundingan dan latihan, ILDAN meletakkan sasaran agar hasil pencapaian ini menjadi rujukan utama peringkat nasional. Momentum ini diperkukuhkan lagi apabila Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) telah diiktiraf sebagai dokumen rujukan rasmi di bawah Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan bagi State Government 4 (SG4).

Pencapaian ini dijangka akan memberi manfaat berterusan terhadap peningkatan tahap profesionalisme dan kompetensi penjawat awam, sekali gus meletakkan Kelantan sebagai model pembangunan modal insan yang seimbang antara kemajuan teknikal dan pengukuhan nilai Rabbani.

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—กSejauh manakah prinsip 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah, dan Itqan (UMI) mampu...
30/04/2026

๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ฃ ๐—จ๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก

Sejauh manakah prinsip 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah, dan Itqan (UMI) mampu menongkah arus cabaran dalam birokrasi moden hari ini?

Persoalan kritikal tersebut menjadi tunjang utama dalam Kursus SMART UMI anjuran Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang menghimpunkan lebih 30 penjawat awam serta warga akademik KIAS untuk merungkai jurang antara teori dan realiti di lapangan perkhidmatan.

Bukan sekadar perkongsian ilmu secara konvensional, kursus ini memaksa para peserta berhadapan dengan simulasi realistik melalui analisis kajian kes yang mencabar kewibawaan dan integriti. Kehadiran tokoh ilmuwan seperti Profesor Emeritus Dato' Dr. Johari bin Mat dari Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG), Ustaz Nik Hamdi Abdul Ghani dari Yayasan Islam Kelantan (YIK), dan Dr. Muhamad Hilmie Mat Daud dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memastikan setiap dimensi UMI dikupas secara tuntas.

Di bawah bimbingan serta sesi bincang tuntas bersama Timbalan Pengarah ILDAN, Ustaz Soleh Ibrahim, dan Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Perguruan dan Kepimpinan Komuniti) ILDAN, Ustaz Hishammudin Mustapha, setiap peserta diuji untuk mencari titik noktah kepada permasalahan organisasi dengan menterjemahkan kod etika UMI sebagai solusi paling ampuh, bukannya sekadar retorik di atas kertas.

Majlis yang diakhiri dengan perasmian penutup oleh Timbalan Rektor KIAS, Dr. Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, menjadi isyarat jelas terhadap transformasi budaya kerja baharu di Kelantan. Dengan berakhirnya sesi ini, satu standard tinggi kini diletakkan di bahu setiap peserta untuk membuktikan bahawa nilai UMI bukan hanya dihayati di dewan seminar, tetapi wajib dizahirkan dalam setiap titis keringat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

10 & 11 Zulkaedah 1447 / 28 & 29 April 2026
Dewan Seminar ILDAN, Tunjong, Kota Bharu

๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ง๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—š๐—Ÿ๐—– ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กKOTA BHARU, 28 April - Institut Latihan Darul Naim (I...
28/04/2026

๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ง๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—š๐—Ÿ๐—– ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 28 April - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) hari ini menganjurkan Sesi Perkongsian Eksekutif 'Business Matching' Siri 2 yang memfokuskan kepada pemerkasaan projek ekonomi dan transformasi tadbir urus Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kelantan. Program yang berlangsung di Bilik Seminar ILDAN, Bandar Baharu Tunjong ini bertujuan menyelaraskan hala tuju strategik agensi korporat negeri dengan aspirasi pembangunan ekonomi semasa melalui penglibatan pakar industri dan ahli akademik.

Sesi perkongsian ini menjadi platform kritikal dalam membincangkan inisiatif Kelantan Virtual Unity (KVU), khususnya dalam mendepani cabaran fundamental yang dihadapi GLC seperti kekangan kewangan, keperluan kepakaran profesional, isu tadbir urus serta keterbatasan infrastruktur.

Diskusi tersebut turut memperincikan enam elemen Business Pitching yang komprehensif merangkumi Feasibility Study, Analisis SWOT, Business Model Canvas (BMC), Porterโ€™s Five Forces, Analisis Persekitaran (PESTLE), serta penyelarasan bersama Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sehubungan itu, satu pelan tindakan strategik telah digariskan yang merangkumi penstrukturan semula bagi jangka pendek, pemerkasaan agenda digitalisasi untuk jangka sederhana, serta perluasan pelaburan sebagai sasaran jangka panjang negeri.

Sesi ini dihadiri oleh panel pakar dan wakil agensi yang memberikan input strategik, merangkumi:

1. Tuan Haji Badzli Bakar (Sustainable And Healthcare Consultant)
2. Dr. Azizi Umar (Pengarah Institut Latihan Darul Naim)
3. Dr. Lokman Hakim bin Che Hassan (Pensyarah Fakulti Syariah Dan Muamalat, KIAS)
4. Ustaz Zulkarnain Hassan (Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali)
5. Encik Wan Mohd Abu Hasan bin Wan Ibrahim (Penolong Pengarah Pembangunan & Pelaburan, Yayasan Amanah Tok Kenali)
6. Ustaz Muhammad Amiri bin Ab Ghani (Pengurus Besar KIAS Insani Sdn Bhd)
7. Encik Khairul Fatmee bin Jusoh (Ahli Lembaga Koperasi Yayasan Islam Kelantan Berhad)
8. Dr. Hasnah binti Ab. Kadir (Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Manusia, UMK)

Melalui rumusan sesi tersebut, beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan bagi menjamin kelestarian ekonomi GLC, antaranya termasuklah pengukuhan model perniagaan, pelantikan tenaga profesional dalam struktur pengurusan, serta fokus kepada transformasi digital dalam sektor strategik.

Pihak ILDAN menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sesi ini dan komited untuk terus memacu kompetensi modal insan serta profesionalisme dalam mendepani agenda pembangunan ekonomi Negeri Kelantan.

Saat terhimpit keperluan dan tekanan hidup, di situlah integriti benar-benar teruji.Adakah kita tetap berpegang pada pri...
28/04/2026

Saat terhimpit keperluan dan tekanan hidup, di situlah integriti benar-benar teruji.

Adakah kita tetap berpegang pada prinsip, atau mula berkompromi dengan perkara yang salah?

Setiap tindakan diperhati, setiap amanah akan dipersoal. Integriti bukan bergantung pada situasi, tetapi pada kekuatan prinsip dan keimanan.

Pilih untuk kekal benar - walau dalam kesempitan.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ค๐—”๐—Ÿ-๐— ๐— ๐—ฃ: ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿ—-๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— -๐Ÿ ๐—œโ€™๐—ฅ๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ถ-๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—” KOTA BHARU, 27 April 2026 - K...
27/04/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ค๐—”๐—Ÿ-๐— ๐— ๐—ฃ: ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿ—-๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— -๐Ÿ ๐—œโ€™๐—ฅ๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ถ-๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”

KOTA BHARU, 27 April 2026 - Kumpulan Durratul Faihaโ€™ dari Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu hari ini telah membentangkan projek inovasi "Maahad Iโ€™Rab Quick Learning" (MIQAL) bersempena Pertandingan Inovasi Bahasa Arab Peringkat Negeri anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang akan diadakan pada 30 April 2026.

Projek MIQAL tersebut berjaya memenuhi kriteria komponen Pembelajaran Bersepadu Kandungan dan Bahasa (CLIL) serta pendekatan i-BARAKA yang telah dilaksanakan di dua buah sekolah rintis. Inisiatif i-Baraka ini bertujuan memperkasa Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) sebagai sekolah model berprestasi tinggi dalam kompetensi Bahasa Arab di Kelantan.

Inovasi berkenaan memfokuskan kepada penguasaan tajuk Iโ€™rab yang diselaraskan dengan sukatan mata pelajaran Nahu bagi kurikulum YIK dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat sekolah menengah. Sebagai sebuah kit pembelajaran interaktif 9-dalam-1, MIQAL mengintegrasikan sembilan komponen utama iaitu:

โ€ข MIQAL Note Hub (Nota Terperinci)
โ€ข MIQAL Quick Map (Jadual Iโ€™rab)
โ€ข MIQAL Sliduiz (Slaid Pembelajaran dan Kuiz)
โ€ข MIQAL Song (Lagu Iโ€™rab)
โ€ข MIQAL MoMiC (Modul dan Komik Iโ€™rab)
โ€ข MIQAL Mega Prix (Permainan Lumba Kereta)
โ€ข MIQAL Digital Game (Gamifikasi Dalam Talian)
โ€ข MIQAL Apps (Aplikasi Google Site)
โ€ข MIQAL Virtual Hub (Perhimpunan Maya)

Penghasilan kit mudah alih ini bertujuan untuk menjimatkan masa serta menjadi pusat rujukan sehenti (One Stop Centre) bagi guru dan pelajar bagi mengakses bahan berkaitan Iโ€™rab dengan lebih efektif dan menyeronokkan.

Kumpulan Durratul Faihaโ€™ dianggotai oleh Pelajar MMP, Maryam Fathonah binti Ahmad Mukhtar, Nur Adani binti Mohd Zain, Hamizatul Darwisya binti Rosdi, Husna binti Ab Rahman Al-Qari, dan Nur Kaira Kaisara Binti Khairul Anuar, di bawah bimbingan Ustazah Awatif binti Mohamad Zulkifli dan Ustazah Nur Qurrataaโ€™ina binti Mohd Ruslan.

Sesi pembentangan tersebut dinilai oleh panel yang terdiri daripada Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Ustaz Rohaidi bin Habeedil; Pegawai Latihan Pusat Bahasa Arab YIK, Ustazah Nafizah binti Abdullah dan Ustazah Hanan binti Ab Hai; Timbalan Pengarah (Akademik & Pendidikan) ILDAN, Ustaz Soleh bin Ibrahim; serta Penolong Pengarah Seksyen Jaringan, Penyelidikan dan Dokumentasi ILDAN, Ustazah Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi. Turut hadir ialah Ketua Guru, Unit Pemerkasaan Bahasa Arab MMP, Ustazah Samsiah binti Hayat.

Dalam majlis yang sama, Sijil Pengiktirafan telah disampaikan oleh Pengarah ILDAN, Dr. Azizi Umar sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan komitmen kumpulan dalam menghasilkan inovasi pendidikan yang berkualiti.

Sehubungan itu, ILDAN menyambut baik inisiatif pihak sekolah dalam menghasilkan produk inovasi yang berimpak tinggi. Pihak kami juga mengharapkan agar inovasi ini tidak sekadar dipertandingkan, malah dapat diperluaskan penggunaannya kepada seluruh warga pendidik dan pelajar institusi pendidikan di Malaysia bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan Bahasa Arab secara holistik.

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ”๐Ÿ“ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž-๐—ฅ๐—”๐—•๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—•๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—กKOTA BHARU, 16 April 2026 - Institut ...
26/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿ”๐Ÿ“ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ž-๐—ฅ๐—”๐—•๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—•๐—•๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 16 April 2026 - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah melantik seramai 65 Jurulatih Utama (JU) bagi mengendalikan program Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) di seluruh Kelantan. Pelantikan ini merupakan langkah strategik kerajaan negeri untuk memastikan penyampaian Modul Asas K-RABB dapat dilaksanakan secara terus dan lebih tersusun kepada masyarakat.

Pengarah ILDAN, Dr. Azizi Umar menjelaskan bahawa pelantikan ini juga bertujuan untuk memperkukuh kefahaman dan peranan pemimpin komuniti di peringkat akar umbi serta memastikan tadbir urus pelaksanaan program K-RABB dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa hasil kerjasama JU K-RABB, beberapa siri aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti:

- Jelajah K-RABB melibatkan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekolah rintis (9 tempat).
- Program Mukim Rabbani
- Mimbar Rabbani di Madinah Ramadhan
- 16 siri Kursus Kepimpinan Komuniti (Penghulu dan Halaqat)
- Ceramah dan aktiviti Budaya Komuniti Rabbani di 135 lokaliti Program Bina Ummah yang bertemakan Sukan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Keraian JU K-RABB bertempat di Bilik Seminar ILDAN, Tunjong pada Khamis.

Sehubungan itu, ILDAN komited memastikan siri penerangan ini sampai ke 135 lokaliti Program Bina Ummah melalui seliaan jurulatih yang telah dilantik. ILDAN turut membuka ruang kerjasama kepada agensi-agensi lain untuk melaksanakan inisiatif ini di organisasi masing-masing dengan sokongan bahan rujukan yang lengkap. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengurusan komuniti dan memantapkan kualiti perkhidmatan penjawat awam selaras dengan matlamat pembangunan negeri Kelantan.

25/04/2026

Sorotan Kursus Kejurulatihan (TOT) Modul Smart Itqan melibatkan Pegawai Psikologi, AKRAB dan penjawat awam Negeri Kelantan dalam memperkasa peranan pembimbing rakan sekerja melalui pendekatan psikospiritual yang holistik.

Inisiatif ini menyokong pembentukan budaya kerja berintegriti, seimbang antara kecemerlangan profesional dan kekuatan rohani.

๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—š๐—›๐—”๐—ญ๐—”๐—Ÿ๐—œ, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”KOTA BHARU, 21 April 2026 - S...
24/04/2026

๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—ข๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—œ๐—ง๐—ค๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—š๐—›๐—”๐—ญ๐—”๐—Ÿ๐—œ, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

KOTA BHARU, 21 April 2026 - Seramai lebih 30 peserta yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), serta Urus Setia Kerajaan Negeri Kelantan telah menyertai Kursus Kejurulatihan (Train the Trainers - TOT) Modul Smart Itqan. Peserta yang terlibat merupakan bakal jurulatih dan pembimbing utama bagi agensi yang akan bertanggungjawab menerapkan modul tersebut kepada penjawat awam, warga pendidik, serta pemimpin komuniti bagi memacu kecemerlangan budaya kerja di negeri ini.

Pengarah ILDAN, Dr. Azizi Umar dalam ucapan perasmian penutup menyatakan bahawa para peserta telah berjaya memahami dan menguasai pendekatan bimbingan Al-Ghazali yang menjadi kerangka utama dalam proses intervensi organisasi. Beliau menegaskan bahawa penguasaan terhadap model ini amat kritikal bagi mendepani pelbagai isu sumber manusia melalui pendekatan psikospiritual yang lebih holistik. Langkah ini selaras dengan agenda Kerajaan Negeri yang sentiasa mengutamakan keseimbangan antara kompetensi profesional dan keutuhan integriti.

Beliau turut menambah bahawa pendekatan ini merupakan langkah strategik bagi memastikan isu-isu berkaitan pekerja bermasalah dapat ditangani secara berkesan di peringkat agensi masing-masing, sekali gus memacu peningkatan prestasi perkhidmatan awam Negeri Kelantan secara menyeluruh. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup kursus berkenaan yang dianjurkan oleh ILDAN dengan kerjasama BPSM Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Dewan Seminar 3 Mabna-MBI, Kompleks Kota Darulnaim.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah YBrs. Puan Norhayati binti Muhamad, Penolong Pengarah Kanan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Kehadiran beliau membuktikan komitmen jitu pihak pengurusan dalam memastikan keberkesanan proses bimbingan dan intervensi psikologi di peringkat jabatan.

Kursus berimpak tinggi ini dikendalikan oleh panel pakar daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Barisan penyelidik diketuai oleh Ketua Panel Pembangun Modul, YBhg. Prof. Madya Dr. Md Noor Saper dan YBrs. Encik Taquddin Abd Mukti.

Antara pengisian utama yang dibentangkan merangkumi prinsip asas psikologi kaunseling perspektif Islam, kemahiran asas kaunseling, serta aplikasi praktikal Modul Smart Itqan 1 dan 2. Program turut diisi dengan sesi interaktif dan refleksi yang membolehkan bakal jurulatih memperincikan sembilan submodul utama bagi memastikan keberkesanan penyampaian bimbingan di lapangan kelak.

Melalui kolaborasi strategik bersama pakar akademik daripada UPSI, ILDAN terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan pegawai kerajaan dengan kemahiran kepimpinan dan bimbingan profesional yang berteraskan model Imam Al-Ghazali, demi memastikan agenda pembangunan modal insan Negeri Kelantan terus diperkasa.

๐—จ๐—จ๐—  ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐——๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—กKOTA BHARU, 12 April 2026 - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah men...
24/04/2026

๐—จ๐—จ๐—  ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐——๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—Ÿ๐——๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 12 April 2026 - Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui pusat kecemerlangannya, UUM LEADS, bagi membincangkan ruang dan peluang kerjasama strategik dalam aspek pembangunan modal insan sektor awam negeri.

Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama ILDAN itu bertujuan meneroka inisiatif latihan dan akademik yang khusus untuk memperkasakan wargakerja ILDAN serta penjawat awam di Kelantan secara amnya. Fokus utama perbincangan menjurus kepada penyelarasan program yang mampu meningkatkan tahap profesionalisme dan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Antara tawaran utama yang diketengahkan oleh UUM Leads merangkumi program pengajian secara separuh masa serta Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL). Inisiatif ini direka khas bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi secara fleksibel tanpa menjejaskan tugasan hakiki, sekali gus meningkatkan kelayakan profesionalisme dalam sektor awam.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kolaborasi dalam bidang psikologi industri serta pemerkasaan program Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL). Perbincangan juga menyentuh mengenai kepentingan integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam merangka modul kompetensi ODL bagi memastikan sistem pembelajaran sentiasa relevan dengan peredaran teknologi semasa.

Sehubungan itu, ILDAN menzahirkan kesediaan penuh untuk bertindak sebagai pemudah cara dalam menjayakan kerjasama strategik ini. Langkah ini selaras dengan komitmen berterusan ILDAN sebagai peneraju latihan negeri dalam menyokong aspirasi dan agenda pembangunan modal insan Kerajaan Negeri Kelantan ke arah tadbir urus yang lebih efisien dan berintegriti.

Hadir mewakili UUM Leads ialah Pengurus Besar, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri b. Don @ A. Wahab; Pengurus Unit Latihan, En. Andy Bachtiar b. Ibrahim; serta Eksekutif Kanan Pemasaran, En. Asly Asraf b. Ahmad. Turut sama hadir, wakil KIAS Insani Sdn. Bhd.; En. Muhammad Afiq Izzat. Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada peningkatan kualiti perkhidmatan awam negeri secara keseluruhan.

๐—ฌ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—กKOTA BHARU, 16 April - Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyambut baik pem...
17/04/2026

๐—ฌ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

KOTA BHARU, 16 April - Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyambut baik pembentangan Laporan Kajian Jurang Fungsi, Tugas, Tanggungjawab dan Peranan Antara Pengurusan, Pengetua dan Guru Sekolah Menengah YIK yang dijalankan oleh Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) sebagai langkah strategik memperkasakan kecemerlangan pengurusan pendidikan di negeri ini.

Kajian berimpak tinggi ini diterajui oleh Prof. Datoโ€™ Dr. Ab. Halim Tamuri dan Dr. Sheerad Sahid selaku Ketua Projek, bersama barisan pasukan penyelidik dari Fakulti Pendidikan UKM yang terdiri daripada pakar-pakar akademik iaitu:

โ€ข Prof. Madya Dr. Mohamed Yusoff Mohd Nor
โ€ข Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah
โ€ข Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang
โ€ข Prof. Madya Dr. Azlin Norhaini Mansor
โ€ข Dr. Mohammad Hafiz Zaini
โ€ข YBhg. Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria
โ€ข YBhg. Ustaz Mohamad bin Yusoff
โ€ข Dr. Noor Fadhilah Ramli

Sesi pembentangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama YIK pada 15 April lalu turut dihadiri oleh Pengarah ILDAN, Dr. Azizi Umar.

Hadir sama bagi memperincikan dapatan kajian adalah wakil penyelidik, Prof. Madya Dr. Mohamed Yusoff Mohd Nor. Beliau yang juga merupakan alumni Maahad Muhammadi, mempunyai pengalaman luas selama 15 tahun dalam ekosistem pendidikan negara termasuk berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB), selain merupakan mantan Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penolong Pengarah (Seksyen Integriti dan Pengurusan Awam) ILDAN, Dr. Noor Fadhilah Ramli berkata, objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti jurang perbezaan fungsi di setiap peringkat organisasi bagi memastikan kelancaran pengoperasian.

"Hasil kajian ini mencadangkan beberapa strategi rasional bagi menangani cabaran yang dikenal pasti menerusi kaedah temu bual dan kajian tinjauan," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah YIK, YABrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar menzahirkan maklum balas positif terhadap laporan tersebut yang disifatkan sebagai komprehensif dan relevan dengan keperluan semasa.

Beliau turut menekankan komitmen YIK untuk menjadikan dapatan kajian tersebut sebagai panduan rasmi, selain mempergiat penambahbaikan berterusan melalui latihan profesional dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan secara sistematik dari semasa ke semasa.



Address

PT 1724/PT 1727, Lebuhraya Tunjong/Pasir Mas, Bandar Baru Tunjong
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097128150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Darul Naim - ILDAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Darul Naim - ILDAN:

Share