Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan

Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kelantan

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka B...
01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan serta keberkatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi rakyat dan memimpin negara ke arah kemakmuran yang berterusan.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Nawi Bin Awang, Pembantu Pendaftaran Gr...
31/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Nawi Bin Awang, Pembantu Pendaftaran Gred KP3 atas segala jasa, komitmen, dedikasi serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Jabatan Pendaftaran Negara.

Sepanjang hampir 24 tahun berkhidmat bermula 20 Ogos 2002 hingga 1 Jun 2026, beliau telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme serta semangat kerja berpasukan yang tinggi demi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sesungguhnya, segala bakti dan pengalaman yang telah ditinggalkan menjadi inspirasi serta kenangan yang amat bermakna buat seluruh warga JPN Negeri Kelantan. Kehilangan seorang rakan sekerja yang berdedikasi pastinya akan dirasai, namun jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.

Selamat Bersara dan Terima Kasih Atas Segala Jasa dan Pengorbanan.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan

MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjala...
29/05/2026

MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

Menerusi siri infografik ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan MyKad Struktur Baharu, termasuk status penggunaan MyKad sedia ada, keutamaan pelaksanaan, kaedah penggantian serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan urusan berjalan dengan lebih sistematik.

📌 Untuk maklumat lanjut dan penerangan terperinci, sila rujuk Kenyataan Media JPN berhubung Pelaksanaan Pengeluaran dan Gantian MyKad Struktur Baharu yang telah disiarkan di platform rasmi JPN.



Kenyataan Media Jabatan Pendaftaran Negara bertajuk "PELAKSANAAN PENGELUARAN & GANTIAN MYKAD STRUKTUR BAHARU SECARA BERF...
29/05/2026

Kenyataan Media Jabatan Pendaftaran Negara bertajuk "PELAKSANAAN PENGELUARAN & GANTIAN MYKAD STRUKTUR BAHARU SECARA BERFASA"


“Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MAidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaa...
26/05/2026

“Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, menyemai rasa syukur serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan dengan mencontohi keikhlasan Nabi Ibrahim A.S dan ketaatan Nabi Ismail A.S dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga setiap amal ibadah, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan diterima serta dikurniakan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.

Di kesempatan yang mulia ini, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan”

Warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan sel...
25/05/2026

Warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada pegawai serta kakitangan yang telah melapor diri dan memulakan tugas di JPN Negeri Kelantan.

Semoga kehadiran dan pengalaman yang dibawa akan terus memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan kecemerlangan organisasi serta memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas

🔹 Puan Suzila Binti Ismail
Pegawai Pendaftaran Gred KP9 (M)

🔹 Puan Zalani Binti Ab. Rahman
Setiausaha Pejabat Gred N6 (TBK1)

🔹 Puan Che Nor Aini Binti Awang
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N2 (TBK1)

Ikhlas daripada :
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan


Makluman notis penutupan operasi pejabat sempena cuti perayaan dan cuti kelepasan am bagi Jabatan Pendaftaran Negara Neg...
25/05/2026

Makluman notis penutupan operasi pejabat sempena cuti perayaan dan cuti kelepasan am bagi Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan.


Sekalung penghargaan dan ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada :Puan Norhazilawati binti IbrahimSetiausaha Pejabat G...
24/05/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada :

Puan Norhazilawati binti Ibrahim
Setiausaha Pejabat Gred N6 (TBK1)
bertukar ke
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

dan

Puan Rozilawati binti Hassan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N2 (TBK1)
bertukar ke
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Kelantan

Terima kasih atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sukses menempuh cabaran baharu di tempat bertugas yang baharu.

“Jasa dikenang, budi disanjung.

Ikhlas daripada :
Pengarah serta Warga Kerja
Jabatan Pendaftaran Negara
Negeri Kelantan


Address

Jalan Bayam
Kota Bharu
15551

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097441717

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan:

Share