14/05/2026
“YB, saya dipindah ke Kelantan sekarang”.. saya dapat panggilan dari sahabat saya tuan Hisham Nor kira-kira 3 minggu lepas.
Hari ini berkesempatan bersama Dato Abd Aziz Abu Bakar dan YB Tuan Hj Zubir Abu Bakar, ADUN Mengkebang. Membuat kunjungan hormat sempena lantikan Tuan Hisham selaku Pengarah Kastam Negeri Kelantan yang baru.
Kami mula kenal seawal 2012, dalam tempoh tersebut MATA berperanan dalam memberi penerangan kepada para pemegang taruh sebelum pelaksanaan GST suatu ketika dahulu. Kerjasama dalam program-program MATA-KASTAM dalam penganjuran seminar dan bengkel sehingga sekarang.
Saya rakamkan tahniah buat Tuan Hisham atas pelantikan dan kehadiran ke bumi Kelantan. Moga terus memberi khidmat yang terbaik.