Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Pihak Berkuasa Tempatan

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  (๐—•๐—ฃ๐—”) ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œKOTA BHARU, 10 September 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kota Bharu ...
10/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  (๐—•๐—ฃ๐—”) ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ

KOTA BHARU, 10 September 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini menerima kunjungan Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Terengganu/Kelantan bagi mengadakan sesi libat urus serta pemantauan terhadap beberapa isu aduan awam yang melibatkan kemudahan dan infrastruktur awam di sekitar Kota Bharu.

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah BPA, Puan Norihah binti Abdullah, bersama Penolong Pengarah, Cik Nor Aishah binti Jaapar, Puan Wan Noor Suzaila binti Wan Sulaiman, Encik Muhamad Hilmi Arif bin Ab. Halim dan Puan Sharida binti Jaafar@Khalid. Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan Korporat MPKB-BRI, Puan Nur Shasni binti Mohd Rusok dan Pegawai MPKB-BRI serta wakil daripada Unit Aduan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sesi libat urus ini bertujuan meninjau secara langsung serta memantau tindakan terhadap beberapa aduan awam yang telah dibangkitkan oleh masyarakat. Antara lokasi yang diberi perhatian ialah Jalan Gajah Mati, khususnya isu berkaitan keadaan infrastruktur yg melibatkan keselamatan orang awam.

Selain itu, tinjauan turut melibatkan sistem saliran dan perparitan di Jalan Raja Perempuan Zainab 2 yang dilaporkan tersumbat akibat longkang tertimbus tanah susulan pelaksanaan projek pembesaran jalan. Perhatian turut diberikan kepada sistem saliran perparitan di Jalan Kota Bharuโ€“Kuala Terengganu yang mengalami masalah tersumbat dan berpotensi menjejaskan kelancaran aliran air terutama ketika hujan lebat.

Lawatan turun padang ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan setiap aduan yang diterima diberi perhatian sewajarnya serta dapat ditangani melalui kerjasama dan penyelarasan antara agensi berkaitan. Pendekatan secara bersepadu ini juga dapat membantu mengenal pasti punca sebenar permasalahan di lapangan dan seterusnya merangka tindakan susulan yang bersesuaian demi kepentingan serta kesejahteraan masyarakat.

MPKB-BRI sentiasa komited untuk memperkukuh kerjasama bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain dalam memastikan isu berkaitan kemudahan awam, keselamatan serta sistem perparitan di kawasan pentadbiran dapat diberi perhatian dan ditangani secara berkesan.







๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ10 September 2026, Khamis - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya...
10/09/2026

๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

10 September 2026, Khamis - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima kunjungan delegasi penilai Pertandingan KelantanKu Bersih Negeri Kelantan Tahun 2026 daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Delegasi penilai diketuai oleh Yang Berusaha Hajjah. Nor Sheri Erani Binti Hj. Abdullah, Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi Panel Penilai Pertandingan KelantanKu Bersih, bersama 10 orang panel penilai yang lain.

Pertandingan KelantanKu Bersih bagi tahun 2026 mempertandingkan 7 kategori, iaitu:

1. Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan
2. Pasar Awam Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan
3. Tandas Awam Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan
4. Taman Perumahan Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan
5. Taman Rekreasi Terbersih dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan
6. Ikon Kebersihan Pihak Berkuasa Tempatan
7. Premis Perniagaan/Premis Makanan Terbersih Pihak Berkuasa Tempatan

Pada majlis tersebut, ucapan alu-aluan pihak MPKB-BRI telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Haji Zulkifle bin Abdul Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI.

Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada pihak panel penilai yang disampaikan oleh Yang Berusaha Hajjah. Nor Sheri Erani Binti Hj. Abdullah, selaku Pengerusi Panel Penilai Pertandingan KelantanKu Bersih.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh delegasi panel penilai atas kesudian hadir dan melaksanakan penilaian di kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Moga segala usaha, komitmen dan gerak kerja seluruh warga MPKB-BRI dalam memastikan kebersihan, keceriaan dan kesejahteraan bandar Kota Bharu akan membuahkan hasil yang terbaik.

Semoga MPKB-BRI terus memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pertandingan KelantanKu Bersih Tahun 2026 serta terus maju jaya, konsisten dan komited dalam memastikan kecemerlangan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warga Kota Bharu.

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก๐—š
07/09/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก๐—š

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—”๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—›, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จMajlis Perbandar...
07/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ง ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—”

๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—›, ๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Permit Kaki Lima di sekitar kawasan Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu pada 6 September 2026.

Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan yang menggunakan kawasan kaki lima adalah mematuhi syarat permit serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Pemeriksaan turut melibatkan semakan permit dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan khususnya bagi memastikan penggunaan ruang awam tidak menimbulkan gangguan kepada laluan pejalan kaki, keselamatan pengguna serta kelancaran pergerakan orang awam di stesen bas berkenaan.

MPKB-BRI menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan kaki lima tanpa permit yang sah atau melanggar syarat permit boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.



๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐ŸตMajlis Perbandaran Kota Bharuโ€“Bandar Raya Islam (MPKB-BR...
06/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต

Majlis Perbandaran Kota Bharuโ€“Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan ke atas premis kedai runcit sekitar pusat bandar Kota Bharu dengan kerjasama liputan daripada wartawan TV3 Rancangan 999.

Operasi yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari ini dilaksanakan sebagai langkah pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi syarat serta peraturan lesen yang telah ditetapkan oleh pihak MPKB-BRI.

Operasi diketuai oleh Inspektor Mohd Riza bin Sidik dan dibantu oleh Sarjan Aswadi bin Yaacob bersama 10 orang anggota penguatkuasa.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, tindakan kompaun dan sitaan telah dikenakan terhadap premis-premis yang didapati melakukan kesalahan serta melanggar syarat-syarat lesen perniagaan.

MPKB-BRI akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran sentiasa mematuhi peraturan, di samping menjaga ketenteraman, kebersihan dan kepentingan awam.

#999

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐ŸตKOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya I...
04/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฉ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿต

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap premis kedai runcit warga asing di sekitar pusat bandar Kota Bharu dengan kerjasama pihak Wartawan TV3 Rancangan 999.

Operasi yang bermula pada jam 10.00 malam hingga 3.00 pagi ini dilaksanakan bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi syarat dan peraturan lesen yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Operasi berkenaan diketuai oleh Insp. Mohd Riza serta dibantu oleh Sarjan Aswadi dan Sarjan Nik Zulkifli bersama 7 orang anggota penguatkuasa MPKB-BRI.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, tindakan kompaun dan sitaan premis telah dikenakan terhadap premis yang didapati melakukan kesalahan serta melanggar syarat-syarat lesen perniagaan yang ditetapkan.

MPKB-BRI akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis sentiasa mematuhi peraturan, selain menjamin persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan terkawal.

#999

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฉ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐ŸณKOTA BHARU, 3 September 2026 โ€“ Majlis P...
03/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฉ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฑ๐Ÿณ

KOTA BHARU, 3 September 2026 โ€“ Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedang membekalkan kain rentang/sepanduk sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 untuk dipasang di premis-premis perniagaan dalam kawasan MPKB-BRI. Kain rentang/sepanduk berkenaan dijual pada harga RM65.00 dan boleh diperolehi di Bahagian Pelesenan, MPKB-BRI.

Pemilik premis dikehendaki memasang kain rentang/sepanduk berkenaan sebelum 29hb September 2026 sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam memeriahkan sambutan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke-57.

Sehubungan dengan itu, MPKB-BRI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemilik premis atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini.



2 September 2026, Rabu โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Program Latihan K...
03/09/2026

2 September 2026, Rabu โ€“ Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) MPKB-BRI Tahun 2026 bertempat di Perkarangan Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana, Kota Bharu.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Azlan bin Zainal, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan. Program ini melibatkan seramai 55 orang kakitangan di Pejabat MPKB-BRI, Padang Perdana (Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Cukai Bandar).

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan tahap kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya kebakaran, serta memberi pendedahan mengenai tindakan keselamatan yang betul semasa kecemasan.

Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal berkaitan penggunaan alat pemadam api dengan kaedah yang betul dan selamat, di samping menguji keberkesanan prosedur pengungsian bangunan, penggunaan laluan kecemasan, tempat berkumpul dan pelaksanaan 'head count'.

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjemput seluruh warg...
02/09/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐— ๐—ฃ๐—ž๐—•-๐—•๐—ฅ๐—œ

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjemput seluruh warga Kota Bharu untuk bersama-sama membudayakan amalan kitar semula demi kelestarian bandar raya kita.

* *Hari:* Setiap Hari Khamis
* *Masa:* 10:00 Pagi โ€“ 1:00 Petang
* *Lokasi:* Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Cawangan Panji, Kota Bharu

**Kategori Barangan Kitar Semula:**

* Kertas, kotak, dan surat khabar
* Plastik dan tin minuman / aluminium
* Minyak masak terpakai
* Sisa barangan elektrik dan elektronik (e-sisa)

Asingkan sisa kitar semula anda dari rumah dan bawa terus ke kaunter pandu lalu dengan mudah, pantas, dan teratur.

*Kebersihan Bandar Raya Tanggungjawab Bersama.*

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—กSambutan Hari Kebangsaan 2026 di peringkat Negeri Kelantan tela...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, melibatkan penyertaan sebanyak 69 kontinjen daripada badan kerajaan dan swasta serta kehadiran pengunjung yang dianggarkan seramai 25,000 orang.

Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang diwakili oleh Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI turut mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan berjaya meraih Tempat Ketiga ๐Ÿฅ‰

๐Ÿ† Keputusan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2026:

๐Ÿฅ‡ Johan: Kontinjen Jajahan Machang
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Kontinjen Jajahan Gua Musang
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: Kontinjen Majlis Perbandaran Kota Bharu โ€“ Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)
Tempat Keempat: Kontinjen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Tempat Kelima: Kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan (LHDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen MPKB-BRI atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan patriotisme yang tinggi sepanjang menyertai acara perbarisan ini.

Pencapaian Tempat Ketiga๐Ÿฅ‰ ini membuktikan kesungguhan serta semangat juang warga MPKB-BRI dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan, memperkukuhkan perpaduan dan menzahirkan kecintaan kepada tanah air.

Tahniah Kontinjen MPKB-BRI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿฅ‰

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Jalan Hospital
Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share