Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu, Government Organization, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu.

22/02/2022
KUNJUNGAN HORMAT ABIM CAWANGAN KOTA BHARUKOTA BHARU, 21 Februari – Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu tela...
22/02/2022

KUNJUNGAN HORMAT ABIM CAWANGAN KOTA BHARU

KOTA BHARU, 21 Februari – Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah menerima kunjungan hormat dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Kota Bharu. Puan Naziah binti Dollah, PBSD Kota Bharu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerja sama dengan semua NGO khususnya di Daerah Kota Bharu dalam usaha memperkasakan organisasi belia dan sukan.

Pertemuan sua muka pada jam 11.00 pagi di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bersama barisan kepimpinan ABIM Cawangan Kota Bharu ini telah dihadiri oleh Saudara Wan Khairuddin bin Wan Ibrahim, Yang Dipertua ABIM Cawangan Kota Bharu dan Saudari Siti Asnida binti Hanafi, Setiausaha ABIM Cawangan Kota Bharu. Manakala Encik Janda Anak Pioh, Penolong Pegawai Belia dan Belia dan Sukan, turut hadir sama.

PBSD Kota berharap sesi percambahan idea ini dapat membuahkan hasil yang baik dalam menggorak langkah memacu kelangsungan pembangunan dan pelaksanaan program belia dan sukan di Daerah Kota Bharu.

22/02/2022

PENGOPERASIAN SEMULA PBSD KOTA BHARU

KOTA BHARU, 20 Februari – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah memulakan semula operasinya yang berpusat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Panji setelah penutupannya sejak tahun 2019.
Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah diberikan mandat dalam menerajui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bermula pada 9 Januari 2022.
Pejabat ini juga sentiasa mengalu-alukan jalinan Kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta NGO terutamanya NGO belia dan Sukan dalam pelaksanaan aktiviti serta program pembangunan belia, sukan dan kesukarelawanan di Daerah Kota Bharu.

Address

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu, Kompleks Belia Dan Sukan Panji
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu:

Share