JSJK Kelantan

JSJK Kelantan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kelantan

12/06/2026

Muar: Impian seorang jurusolek meraih keuntungan hasil pelaburan ditawarkan kenalan lelaki warga asing berkecai apabila kerugian lebih RM200,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.

11/06/2026

LHDN warns public about urgent payment scams.

11/06/2026

Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.

🧠UJI IQ SCAM ANDA! 🧠

Adakah anda cukup bijak untuk mengenal pasti modus operandi (MO) scam yang semakin licik?

Cuba jawab soalan-soalan dalam poster ini dan lihat tahap kesedaran anda terhadap jenayah komersil.

✅ 10 – 12 Betul : Tahap “Scam Hunter”
✅ 7 – 9 Betul : Tahap “Scam Aware”
⚠️ 4 – 6 Betul : Berisiko Menjadi Mangsa
🚨 0 – 3 Betul : Sasaran Mudah Scammer

Ingat, scammer sentiasa mencari mangsa yang leka dan kurang peka terhadap taktik penipuan terkini.

🔎 SEMAK sebelum bertindak
✔️ SAHKAN sebelum mempercayai
🧠 BERFIKIR sebelum klik
⚠️ BERWASPADA setiap masa

Kongsikan skor anda di ruangan komen dan cabar ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menguji tahap IQ Scam mereka‼️‼️‼️‼️

Marilah sama- sama Test IQ kita👍
Anda boleh memberikan jawapan di ruangan komen‼️

Jawapan yang tepat akan diberikan pada Jam 2359 hrs‼️









10/06/2026
10/06/2026
10/06/2026

KUALA LUMPUR: Seramai 68 kakitangan daripada 14 bank berjaya menyekat transaksi penipuan dan aktiviti kewangan mencurigakan bernilai lebih RM139 juta pada 2025, sekali gus menyelamatkan dana pelanggan daripada menjadi mangsa jenayah penipuan.

10/06/2026
09/06/2026

Kuala Lumpur: Perasaan takut ketinggalan atau fear of missing out (FOMO) dalam kalangan peminat tegar kumpulan K-pop dikenal pasti antara punca utama ramai menjadi mangsa penipuan tiket BTS.

08/06/2026




ARTIKEL PILIHAN: HARGA MURAH, TIDAK MASUK AKAL JADI MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM TALIAN - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 8 Jun 2026 - Polis mengesan peningkatan bagi kes penipuan belian dalam talian (online scam) yang semakin licik memperdayakan mangsa menggunakan platform media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, taktik yang digunakan sindiket itu mempunyai corak pergerakan atau modus operandi yang sangat teratur bagi menjerat pembeli yang mencari barangan di bawah harga pasaran.

"Sindiket penipuan ini dikesan memulakan jerat mereka dengan memaparkan iklan yang sangat menarik di pelbagai media sosial dan platform dalam talian.

"Mereka menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak masuk akal bersama tawaran-tawaran menarik lain semata-mata untuk memancing perhatian mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1367171/harga-murah-tidak-masuk-akal-jadi-modus-operandi-penipuan-dalam-talian

Sumber: Harian Metro

08/06/2026

🚨 SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA 🚨
Mereka menyamar sebagai “pegawai rasmi” Boost, Shopee, Grab, SPayLater…
👉 Nampak legit, tapi sebenarnya ia adalah perangkap 😈

⚠️ Modus Operandi: antaranya nak “Upgrade akaun”, “Naikkan limit”, “Pengesahan keselamatan”
👉 Lepas tu suruh: 📷 Scan QR & 🔢 Bagi OTP

❗ HAKIKAT SEBENAR:
QR = akses akaun anda
OTP = kunci penuh akaun anda

⏱️ SEKIRANYA BOCOR? Dalam sekelip mata saja:
💸 Duit dalam akaun atau e-wallet anda akan lesap;
📉 Transaksi berlaku tanpa kita sedar atau kebenaran;
📊 Hutang meningkat;
🔐 Akaun kita diambil alih & Risiko menjadi keldai akaun sangat tinggi.

🛑 INGAT INI:
❌ Jangan scan QR dari call / WhatsApp / SMS dari sumber yang tidak dikenali;
❌ Jangan kongsi OTP dengan pihak ketiga;
❌ Syarikat yang sah TAK AKAN minta OTP.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sources: IPD Barat Daya


Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Jalan Bayam
Kota Bharu
15990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097455622

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSJK Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JSJK Kelantan:

Share