Penduduk Kg Jambu

Penduduk Kg Jambu +6° 8' 37.89", +102° 16' 28.78"

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM IFTAR PERDANAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan segala hormatnya saya, Mohd ...
28/02/2026

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM IFTAR PERDANA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan segala hormatnya saya, Mohd Hazazi Hasmi, selaku Bendahari Masjid Ar-Rahman Mukim Jambu, ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan Program Iftar Perdana yang akan diadakan pada:

Tarikh: 7 Mac 2026 / 17 Ramadhan 1447
Hari: Sabtu

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kariah serta memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh keberkatan.

Bagi memastikan kelancaran majlis ini, pihak masjid memerlukan dana sebanyak RM5,000 bagi menampung kos penyediaan makanan, minuman, kelengkapan serta urusan logistik program.

Sehubungan dengan itu, sumbangan boleh disalurkan terus kepada:
• Mohd Hazazi Hasmi (Bendahari)
• Che Kamaruddin bin Che Mohamad
• Rozi bin Ismail (Tok Siak)

Segala sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Sekian, wassalam.

Yang benar,
Mohd Hazazi Hasmi
Bendahari
Masjid Ar-Rahman Mukim Jambu

🌟 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 🌟Assalamualaikum sahabat semua,Masjid Ar-Rahman, Mukim Jambu sedang mengumpul dana un...
30/05/2025

🌟 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 🌟

Assalamualaikum sahabat semua,
Masjid Ar-Rahman, Mukim Jambu sedang mengumpul dana untuk penggantian karpet masjid. Anggaran kos adalah sebanyak RM80,000.

Bayangkan setiap langkah kaki orang yang solat di atas karpet itu, insyaAllah mengalir juga pahala kepada para penyumbang. Kita bantu sikit-sikit pun sudah cukup bermakna.

🕌 Sumbangan boleh disalurkan ke:

𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺: 𝟬𝟯𝟬𝟭𝟴𝟬𝟮𝟬𝟮𝟭𝟮𝟯𝟴𝟱

Mari kita rebut peluang pahala jariah ini bersama-sama! 🌸

Semoga Allah membalas setiap sumbangan kalian dengan keberkatan dunia & akhirat. 🤲

✅ Mohon share post ini supaya lebih ramai boleh menyumbang!

Location masjid : https://maps.app.goo.gl/rinTJwgt3NgxKuj57?g_st=com.google.maps.preview.copy

Assalaamualaikum ahli group Penduduk Kg Jambu. Mohon sumbangan dari anda semua utk membantu masjid kita ada tempat seles...
25/05/2024

Assalaamualaikum ahli group Penduduk Kg Jambu.
Mohon sumbangan dari anda semua utk membantu masjid kita ada tempat selesa utk parking.
Mohon sebarkan juga sebanyak mungkin, semoga lebih cepat untuk dapatkn sumbangan dn proses pembeli tanah tersebut.

Assalaamualaikum warga kampung jambu. Pakak lapangkan maso malam ni, mari jemaah di masjid dan mendengar ceramoh dari Us...
03/08/2023

Assalaamualaikum warga kampung jambu.

Pakak lapangkan maso malam ni, mari jemaah di masjid dan mendengar ceramoh dari Ustaz Haji Mokhtar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan perjalanannya menuju syurga. Malaikat akan menaungi penuntut ilmu dengan sayapnya kerana reda terhadap perkara yang dia lakukan.

Assalaamualaikum warga Kampung Jambu.Masjid Ar-Rahman Mukim Jambu sedang membina bangunan serbaguna di hadapan masjid.Su...
08/11/2020

Assalaamualaikum warga Kampung Jambu.
Masjid Ar-Rahman Mukim Jambu sedang membina bangunan serbaguna di hadapan masjid.
Sumbangan anda amat di perlukan bagi melancarkan proses pembinaan bangunan tersebut.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i.
Pahala sedekah jariah akan terus mengalir kepada orang yang melakukannya sedangkan sedekah lain, pahalanya tidak berterusan mengalir seperti sedekah amal jariah atau wakaf. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)

Assalaamualaikum.Semua di jemput hadir malam ini untuk mengimarahkan masjid, dapat tambah ilmu dan dapat pahala niat i't...
07/10/2020

Assalaamualaikum.
Semua di jemput hadir malam ini untuk mengimarahkan masjid, dapat tambah ilmu dan dapat pahala niat i'tikaf.

Assalaamualaikum dan selamat pagi.Pakak mari belako2 penduduk kg jambu, memeriohkan program kuca suro kg kito ni.Tempat ...
12/09/2020

Assalaamualaikum dan selamat pagi.
Pakak mari belako2 penduduk kg jambu, memeriohkan program kuca suro kg kito ni.
Tempat : Depan masjid mukim jambu
Masa : 8.30 pagi hingga masok suro

Address

Kg Jambu Chempaka
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penduduk Kg Jambu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share