Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Government Organization, Ibu Pejabat , Lembaga Kenaf & Tembakau Negara, Kota Bharu.

Pasir Mas | 19 Oktober 2022, Rabu.Sekitar lawatan Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) YBrs Tuan Hj Ab Azi...
19/10/2022

Pasir Mas | 19 Oktober 2022, Rabu.

Sekitar lawatan Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) YBrs Tuan Hj Ab Aziz Kadir ke kilang berasaskan produk nanas di sungai keladi, Pasir Mas Kelantan. Turut hadir Ketua Pengarah LKTN Ybrs Tuan Hj Idris Mohd Salleh dan kakitangan pejabat LKTN daerah Pasir Mas.

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SEMUA.Manfaat kan cuti umum ini dengan riadah bersama keluarga. Dan jika keluar bercuti berha...
16/09/2022

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SEMUA.

Manfaat kan cuti umum ini dengan riadah bersama keluarga. Dan jika keluar bercuti berhati hati di jalan raya.

KETEREH, KELANTAN | 31 OGOS 2022Tidak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan ...
31/08/2022

KETEREH, KELANTAN | 31 OGOS 2022

Tidak lengkaplah sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos tanpa perarakan kemerdekaan. Kontijen Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) yang terdiri daripada 35 pegawai telah menyertai perarakan sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Keterah yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob. Menteri Besar Kelantan dan turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Nik Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat kerana bertungkus lumus mewakili LKTN dalam perarakan hari ini. Turut hadir memeriahkan sambutan pada hari ini ialah YBhg. Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir, Pengerusi LKTN.

“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-65.”
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama”






Selamat menyambut hari kebangsaan ke 65 buat semua.Bersama kita menjaga keharmonian negara kita dari anasir anasir luar ...
30/08/2022

Selamat menyambut hari kebangsaan ke 65 buat semua.

Bersama kita menjaga keharmonian negara kita dari anasir anasir luar yang bersifat merosakkan. Bersama kita dalam memupuk perpaduan dan sifat kekitaan.

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

YBrs Tuan Hj Ab Aziz Ab Kadir
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

KUCHING, SARAWAK | 24 OGOS 2022Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan satu Majlis Perjumpaan bersama ...
25/08/2022

KUCHING, SARAWAK | 24 OGOS 2022

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan satu Majlis Perjumpaan bersama industri kenaf di Kuching, Sarawak. Seramai 22 pemain industri kenaf telah hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Idris Mohd Salleh, Ketua Pengarah LKTN serta memberi maklum balas berkenaan minat dengan industri kenaf yang perlu dibangunkan di negeri Sarawak. Antara industri yang menjadi tumpuan adalah industri berasaskan makanan ternakan kenaf dan industri pulpa bagi menghasilkan produk biodegradasi khususnya bagi penggunaan dalam industri makanan seperti pembungkusan yang mesra alam. Pemain industri yang hadir turut memaklumkan berkenaan ketersediaan tanah untuk menanam tanaman kenaf seluas antara 1,000 ke 10,000 hektar di negeri Sarawak dengan kerjasama dari pihak syarikat-syarikat korporat dan juga koperasi seperti berikut:

1. Koperasi Harwood
2. Koperasi Kariah Masjid Darul Ulum Kalok Betong Berhad
3. KHEMP Berhad
4. KH Setia Trading Sdn. Bhd.

Turut hadir di majlis pada hari ini ialah Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir, Pengerusi LKTN dan Ahli Lembaga Pengarah LKTN.

Teruskan menyokong industri kenaf negara🌱



JAKARTA, INDONESIA | 16 OGOS 2022Majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama antara Kenaf Venture Global Sdn Bhd (KVG) deng...
17/08/2022

JAKARTA, INDONESIA | 16 OGOS 2022

Majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama antara Kenaf Venture Global Sdn Bhd (KVG) dengan Gubernur Aceh dan PT Kenaf Diwana Sanjaya telah diadakan di The Ritz-Carlton Jakarta.

Majlis disaksikan bersama oleh En Adlan bin Mohd Shaffieq, Charge d'Affaires Kedutaan Malaysia di Indonesia dan YBrs Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir, Pengerusi LKTN.




ROMPIN | 11 OGOS 2022Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara hari ini telah menerima Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato' Sri Dr...
11/08/2022

ROMPIN | 11 OGOS 2022

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara hari ini telah menerima Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) ke Kawasan Penanaman Kenaf Merchong, Pekan, Pahang.

Lawatan kerja YB Menteri dimulakan dengan lawatan ke Tapak Tanaman Kenaf Pekebun Kecil dimana telah dijalankan demonstrasi pemprosesan batang kenaf dan demonstrasi bio-retting. YB Menteri seterusnya diberi penerangan mengenai teknologi mesin mencuci fiber serta penerangan berkenaan Gred dan Standard Kenaf. Lawatan kerja YB Menteri diakhiri dengan sesi pameran produk-produk bio-komposit kenaf.

Kawasan penanaman kenaf di Merchong merupakan kawasan utama penanaman kenaf di Negeri Pahang. Keluasan tanaman Negeri Pahang bagi tahun 2021 adalah 649 hektar melibatkan 511 penanam dan merupakan pengeluar utama bahan mentah kenaf di Malaysia.

Teruskan menyokong industri kenaf negara🌱

Dr Adham Baba
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)




Pelancaran bendera sempena bulan kemerdekaan di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) oleh Pengerusi LKTN...
07/08/2022

Pelancaran bendera sempena bulan kemerdekaan di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) oleh Pengerusi LKTN pada pagi ini.

Simbolik pelepasan konvoi kenderaan LKTN oleh Pengerusi LKTN dan Ketua Pengarah LKTN.

KUALA LUMPUR | 27 JULAI 2022Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian MoU di antara syarikat Kenaf Ven...
27/07/2022

KUALA LUMPUR | 27 JULAI 2022

Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian MoU di antara syarikat Kenaf Venture Global (KVG) bersama dua syarikat iaitu OMEGA Group dan Habiterra disaksikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin.

Syarikat KVG mengambil bahagian di Malaysia International Agricommodity Expo & Summit (MIACES) dan Majlis Menandatangani MoU ini merupakan salah satu inisiatif untuk meluaskan kerjasama teknikal dan perdagangan industri kenaf bersama-sama syarikat daripada Asia Tenggara dan Afrika.

Tujuan utama perjanjian adalah pengembangan industri kenaf di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran. Secara khususnya, kolaborasi syarikat KVG bersama Omega Group menumpukan kepada perluasan tanah untuk penanaman kenaf, manakala kolaborasi bersama syarikat Habiterra adalah untuk menumpukan kepada pembinaan teknologi perumahan modular.

Turut mengiringi YBM adalah Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Yang Berusaha Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir ke Majlis Menandatangani MoU yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
Kenaf Venture Global Sdn Bhd



KUALA LUMPUR|26 JULAI 2022Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini telah merasmikan Eksp...
27/07/2022

KUALA LUMPUR|26 JULAI 2022

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini telah merasmikan Ekspo & Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) di MITEC, Kuala Lumpur.

Jom beramai- ramai hadir ke MIACES yang berlangsung dari Selasa hingga Khamis ini. Jangan lupa singgah di booth LKTN untuk mengenali industri kenaf dengan lebih dekat.

Terima kasih juga kepada YBhg. Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir (Pengerusi LKTN) dan Ahli Lembaga Pengarah LKTN yang turut bersama-sama di dalam (MIACES) hari ini.

Teruskan menyokong industri kenaf negara🌱



KOTA BHARU | 26 JUN 2022Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah menganjurkan Program Kecergasan dan Goto...
26/06/2022

KOTA BHARU | 26 JUN 2022

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah menganjurkan Program Kecergasan dan Gotong Royong "Jom Fit & Cergas LKTN" di Ibu Pejabat LKTN. Program ini disertai oleh Ketua Pengarah LKTN, Tuan Hj Idris Mohd Salleh serta seluruh warga kerja yang berpusat di ibu pejabat.

Program bermula dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan di sekitar Ibu Pejabat LKTN.

Turut hadir menyemarakkan aktiviti pada hari ini ialah Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Yang Berusaha Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir. Semoga LKTN kekal bersih bersama warga yang sihat.



KETEREH|18 JUN 2022Program Khidmat Komuniti Setempat di Masjid AI-IJabah Buloh Poh, Ketereh Kelantan yang dihadiri oleh ...
18/06/2022

KETEREH|18 JUN 2022

Program Khidmat Komuniti Setempat di Masjid AI-IJabah Buloh Poh, Ketereh Kelantan yang dihadiri oleh YBhg. Tuan Hj. Ab. Aziz Ab. Kadir (Pengerusi LKTN) dan En. Azemi Sepian (Pengarah LKTN Negeri Kelantan) bersama pegawai-pegawai LKTN.

Turut diadakan beberapa aktiviti di samping mini pameran produk-produk LKTN.Semoga program turun padang sebegini akan mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dan kakitangan awam kerajaan terutama LKTN.

Terima kasih dan teruskan menyokong industri kenaf negara🌱



Address

Ibu Pejabat , Lembaga Kenaf & Tembakau Negara
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share