Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan

Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan Halaman Rasmi Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan

21/05/2026
KENYATAAN MEDIATIMBALAN MENTERI BESAR KELANTANSaya memandang serius peningkatan kes jenayah bunuh di Kelantan seperti ya...
20/05/2026

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN

Saya memandang serius peningkatan kes jenayah bunuh di Kelantan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Polis Negeri Kelantan. Berdasarkan rekod, sebanyak 7 kes direkodkan sepanjang tahun 2025, manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 5 kes telah dilaporkan. Perkembangan ini menunjukkan keperluan kepada pengukuhan segera terhadap strategi pencegahan dan intervensi sosial yang lebih menyeluruh.

Pendekatan menangani isu ini perlu diperkukuh berasaskan Maqasid Syariah, khususnya hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa) dengan penekanan kepada kerangka pencegahan (preventive framework), pengukuhan nilai kemanusiaan serta pembinaan daya tahan sosial masyarakat terhadap faktor pencetus jenayah.

Kerajaan negeri telah dan sedang melaksanakan pendekatan bersepadu melalui Program Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb) yang bertujuan memperkukuh kefahaman, penghayatan nilai serta pembentukan masyarakat berdisiplin dan berakhlak. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Menangani Masalah Sosial di peringkat negeri turut digerakkan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan termasuk PDRM, agensi agama, pendidikan dan pihak berkuasa tempatan.

Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sahsiah, di samping mempertingkatkan keberkesanan intervensi awal terhadap isu-isu sosial yang boleh membawa kepada peningkatan risiko jenayah.

Kerjasama rentas agensi ini akan terus diperkukuh melalui pendekatan yang lebih tersusun, berfokus dan berimpak tinggi bagi memastikan usaha pencegahan dapat dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat masyarakat.

Kerajaan Negeri Kelantan kekal komited untuk memperkukuh agenda keselamatan dan pembangunan insan secara seimbang dan yakin bahawa melalui kerjasama semua pihak serta penghayatan nilai dalam masyarakat, Kelantan akan terus berada pada landasan yang stabil, aman dan sejahtera seiring dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan
Timbalan Menteri Besar Kelantan
3 Zulhijjah 1447H bersamaan dengan 20 Mei 2026

02/02/2026

Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menghampiri bulan Ramadan yang mulia. Malam Nisfu Syaaban hadir sebagai medan muhasabah dan penilaian iman sebelum kita melangkah ke madrasah tarbiah yang agung. Pada malam inilah Allah SWT melihat seluruh makhluk-Nya dan mengurniakan keampunan kepada semua hamba-Nya kecuali dua golongan sebagaimana sabda Nabi SAW iaitu mereka yang mensyirikkan Allah dan mereka yang memelihara permusuhan di dalam hati.

Hadith ini mengandungi peringatan yang sangat mendalam. Ia bukan sekadar khabar gembira tentang keluasan rahmat Allah tetapi juga ancaman halus terhadap penyakit hati yang sering dipandang ringan. Syirik merosakkan asas tauhid manakala permusuhan meruntuhkan binaan ukhuwah. Kedua-duanya menutup jalan menuju maghfirah walaupun zahir amal kelihatan banyak dan tersusun.

Kita sering berbicara tentang kebangkitan Islam, pembinaan ummah dan kesinambungan perjuangan. Namun adakah hati kita telah dibersihkan daripada hasad, dendam dan rasa paling benar. Bagaimana mungkin kita mengharapkan pertolongan Allah sedangkan kita masih enggan berdamai sesama insan. Bagaimana mungkin kita berdoa agar dosa diampunkan sedangkan kita sendiri enggan mengampunkan.

Malam Nisfu Syaaban mendidik kita bahawa pembaikan ummah bermula dengan pembaikan jiwa. Jalan menuju Ramadan bukan hanya laluan ibadah jasad tetapi perjalanan penyucian hati dan pelurusan niat. Inilah titik persiapan untuk melahirkan insan rabbani yang hidupnya terikat dengan Allah, akhlaknya terpelihara dan jiwanya tunduk kepada kebenaran.

Jika kita benar-benar mengharapkan Ramadan yang diberkati dan diterima, maka bersihkanlah hati sebelum membersihkan amal. Jangan kita melangkah ke bulan puasa dengan jiwa yang sarat permusuhan dan dada yang sempit dengan ego. Sesungguhnya maghfirah Allah itu luas, tetapi ia hanya menyapa hati yang kembali dengan tawaduk, ikhlas dan penuh keinsafan.

Moga kita tergolong dalam hamba yang dipandang dengan rahmat, diampunkan dengan kasih sayang, dan dipersiapkan untuk memikul amanah Islam dengan jiwa yang sejahtera.

Address

Aras 9 MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim
Kota Bharu
15503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan:

Share