21/04/2022
PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT SIRI I PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU
KOTA BHARU, 21 April- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out Siri I Peringkat Daerah Kota Bharu bertempat di Masjid Al-Ikhsan, Taman Sri Bongor, Kota Bharu, Kelantan.
Program berbentuk aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Al-Ikhsan telah bermula pada jam 11.00 pagi dan telah disertai oleh seramai 20 orang belia setempat. Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dan Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Projek serta Puan Nurnajwa binti Che Kar, wakil Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah turut hadir ke program ini.
Masyarakat setempat menyambut baik program ini dan diharap semoga ianya dapat memberi kesedaran serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelawan belia dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.