Ameerah Pasir Tumboh

Ameerah Pasir Tumboh Page ini merupakan page rasmi bagi Ameerah Dun Kawasan Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

08/05/2026

Ai, Selawat dak lagi?

Kalau belum, jom selawat sama-sama.
اللهم صلّ على سيدنا محمد

06/05/2026
06/05/2026

Dunia terus berubah, namun perjuangan Islam tidak pernah terhenti. Dari satu zaman ke satu zaman, gerakan Islam bangkit mendepani pelbagai cabaran seperti penjajahan, serangan pemikiran, dan perubahan masyarakat.

Persoalannya, sejauh mana kita benar-benar memahami sejarah perjuangan ini?

Hakikatnya, untuk membaca arah masa depan, kita perlu menelusuri akar sejarahnya dengan jujur dan mendalam. Tanpa kefahaman ini, kita mudah hilang arah, bahkan tersasar dalam memahami erti sebenar perjuangan.

Atas kesedaran inilah, Ameerah Negeri Kelantan membawakan satu pengisian khas Liqa’ Fikri yang akan mengupas perjalanan gerakan Islam dalam dunia moden.

✨ HAMRA’ 1.0 – Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

🗓 7 Mei 2026 (Khamis)
🕘 8:30 malam
📍 Zoom Meeting

🎙 Kupasan oleh:
YB Dr. Riduan Mohamad Nor

Kupasan ini akan membuka perspektif kita tentang bagaimana gerakan Islam bangkit, berhadapan dengan cabaran zaman, dan terus bertahan hingga ke hari ini serta apa peranan kita dalam meneruskan legasi tersebut.

.0

06/05/2026
07/03/2026

RAMADAN BULAN AL-QURAN 🌙

Sempena Nuzul al-Quran, Ameerah Kelantan ingin memperingati satu peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril di Gua Hira. Peristiwa ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan titik permulaan turunnya petunjuk Ilahi yang menjadi panduan hidup seluruh umat manusia.

Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi kehidupan.
Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Semoga dengan memperingati peristiwa ini, kita semua diberi kekuatan untuk terus mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan utama dalam setiap langkah kehidupan.




[ SALAM RAMADAN 1447H ]Selamat mengerjakan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia. Ikhlaskan hati dalam setiap ib...
18/02/2026

[ SALAM RAMADAN 1447H ]

Selamat mengerjakan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia. Ikhlaskan hati dalam setiap ibadah dan ketaatan yang dilaksanakan. Semoga Ramadan tahun ini antara yang terbaik buat kita semua berbanding tahun sebelumnya dan menambahkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.

رمضان كريم
تقبّل الله من ومنكم🤲🏻✨



Esok Doh Ibu Ayah. Pakat Hadir bawa si cilik pintar ya!🥰
15/01/2026

Esok Doh Ibu Ayah. Pakat Hadir bawa si cilik pintar ya!🥰

15/01/2026
15/01/2026
EPISOD PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2026📚Macam mana anak-anak ibu ayah semua pagi tadi? Seronok atau ada yang masih berat n...
11/01/2026

EPISOD PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2026📚

Macam mana anak-anak ibu ayah semua pagi tadi? Seronok atau ada yang masih berat nak lepaskan tangan ibu ayah lagi? 😄

Ada yang teruja nak jumpa kawan, ada juga yang menitiskan air mata kerana terpisah dengan ibu ayah.

Bila balik sekolah p**a, macam-macam gaya kita tengok.
Ada yang tudung senget bengek, awalnya putih tapi balik-balik penuh 'corak', ada juga yang teruja cerita tanpa henti 😅

Walau apa pun keadaannya, itulah tanda mereka sedang membesar, belajar dan berani melangkah ke dunia sendiri.

Apa yang penting, ibu ayah mesti berikan semangat dan sokongan penuh buat anak-anak masing-masing.

Semoga mereka terus diberi kejayaan, menjadi insan berilmu dan berakhlak, demi agama, bangsa dan negara.

Jangan Lupa Like, Follow dan Share.


#2026

Address

Pasir Tumboh
Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Pasir Tumboh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share