15/08/2021
1. Adik-Beradik
2. Sanak Saudara
3. Jiran Tetangga
4. Kawan Sekolah
5. Kawan Sekerja
6. Penghulu Kampung
7. Imam Mukim
8. Wakil Rakyat
9. JKM
10. Majlis Agama
11. Kuil Buddha
12. Kuil Hindu
13. Gereja Kristian
14. Gudhara Sikh
15. NGO - pertubuhan kebajikan
16. NGI - orang perseorangan
17. Agensi Kerajaan seperti PDRM
18. Syarikat Korporat
19. KRT - Rukun Tetangga
20. Kerajaan Negeri
Nah...ada 20 saluran bantuan kebajikan yang boleh salurkan bantuan atau yang boleh kita mohon bantuan!
Saluran-saluran ini telah wujud sekian lama tanpa kita sedari dan ianya berkembang sesuai dengan arus semasa.
Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dikurniakan warganegara yang pemurah dan prihatin sejak sekian lama.
Dengan sedemikian banyak saluran kebajikan ini dan kekerapan bantuan yang ditawarkan sejak PKP diperkenalkan, kalangan marhaem terutamanya warga B40 agak beruntung.
Berbanding B40, warga M40 lebih merana. Dengan rumah besar, kereta dua, motosikal ekzos besar dan baju berjenama, agak sukar M40 untuk ke hadapan atau mendapat pengiktirafan sebagaimana B40.
Namun saya percaya, M40 mempunyai kelebihan kurniaan Tuhan untuk 'survive' dalam pandemik ini. Akal dan semangat mereka adalah aset mereka.
Ada yang tersungkur tetapi ramai yang masih berjaya bertahan. Cuma persoalannya, sampai bila?
Bukan semua M40 yang jatuh, boleh bingkas bangun dengan segera. Akan ada yang ambil masa. Akan ada yang terus kecewa.
Bulan Oktober-November nanti jangkanya negara akan mula menikmati imuniti kelompok. Itu adalah titik permulaan untuk rakyat bangkit memulihkan kehidupan.
Walaupun masih ada ancaman delta, lambda dan lain-lain, sekurang-kurangnya kita sudah ada tempat bermula.
Hakikatnya, selepas suntikan vaksin, rakyat perlukan suntikan semangat untuk pulih.
Semoga kerajaan yang ada sekarang ini atau yang akan ditakdirkan Tuhan pada esok hari adalah sebuah kerajaan yang mampu menyuntik semangat rakyat untuk bangkit.
Bukan kerajaan yang mengheret rakyat dalam permainan politik untuk kepentingan diri semata-mata.
Rakyat Malaysia ramai yang baik-baik. Semoga Allah takdirkan pemimpin yang baik-baik untuk memacu negara tercinta ini.
Ir. Meor Shamshir
Ambang Pertemuan Abah & Agong @15.08.21