21/09/2025
21.09.2025 | AHAD
INFO SEMASA
Dulu kotor, sekarang bersih!
Dulu rumah sampah di Taman OUG ini sangat kotor. Sisa plastik, kotak polisterin, sisa perabot, kulit durian dan sisa makanan lain menimbun.
Setiap hari, pekerja pembersihan memerlukan 3-4 jam sehari dan 3 lori diperlukan untuk membersihkan 2.4 tan sampah dari kawasan ini!
Sekarang, setelah SWCorp menaik taraf rumah sampah ini melalui Overseas Union Garden Sdn. Bhd., penduduk sekitar tidak lagi membuang sampah sewenang-wenangnya. Ini hasil didikan dan kempen berterusan daripada SWCorp.
Jika dulu, semua peniaga membuang semua sampah di sini. Sekarang:
1. Mereka dinasihatkan supaya meletakkan plastik sampah di tong sampah di hadapan premis untuk dikutip secara door to door oleh Alam Flora Sdn. Bhd.
2. Peniaga pasar pagi dinasihatkan supaya meletakkan plastik sampah mereka di kawasan yang ditetapkan.
3. Semua orang diajar supaya mengasingkan sisa pepejal sebelum membuangnya di tong kitar semula.
Jika anda tak pasti cara untuk mengasing dan membuang sampah anda, ini caranya:
1. Hubungi hotline 1 800 88 7472 untuk bertanya cara melupuskan sisa pepejal anda.
2. Rujuk jadual kutipan sampah pukal di taman perumahan anda.
π°: https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2023/12/14/fence-installed-to-deter-dumping
Sumber : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp