11/06/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐊𝐉𝐍)
9 JUN 2026 SELASA
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan bertujuan membincangkan isu-isu pentadbiran, teknikal dan perundangan berkaitan kerja pengukuran kadaster bagi pengeluaran pelan hakmilik tanah dan strata di Negeri Kelantan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan dihadiri pegawai-pegawai JUPEM Kelantan serta wakil PEJUTA Negeri Kelantan daripada firma Jurukur Tanah Berlesen iaitu LSr Hj Mohd Fadzli bin Hashim dan LSr Hasruzei bin Daud.
Mesyuarat turut membincangkan hala tuju profesion ukur dan geomatik serta langkah-langkah meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang peranan dan pentingnya profesion ukur dalam membantu mengurus dan menyelesaikan urusan pembangunan tanah terutamanya di Negeri Kelantan.