27/04/2026
KENYATAAN MEDIA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TERHADAP DUA PENERBITAN DI BAWAH AKTA 301
PUTRAJAYA, 16 April 2026 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum persoalan yang dibangkitkan berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap dua buah penerbitan bertajuk "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10" dan "Komrad AS/ (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah" yang telah dikenakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301].
Dalam hal ini, KDN ingin menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan dibuat berdasarkan penilaian semasa dan kepentingan keselamatan awam, dan bukan semata-mata bergantung kepada tarikh penerbitan sesuatu bahan.