KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat

KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat "Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"

28/05/2026

Terima kasih UNICEF Malaysia.

✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨“𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 ...
26/05/2026

✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨

“𝘉𝘶𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘨𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘬𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢-𝘕𝘺𝘢 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘵𝘢𝘬𝘸𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶.”
(𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝘼𝙡-𝙃𝙖𝙟𝙟: 37)

Semoga Aidiladha kali ini mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam setiap langkah kehidupan.

🤲 Semoga segala amalan dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙄𝙉𝙂𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙏𝙐𝙇𝙐𝙎 𝙄𝙆𝙃𝙇𝘼𝙎
𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙎𝙀𝙇𝙐𝙍𝙐𝙃 𝙒𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼
𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙇𝘼𝙉𝙏𝘼𝙉

𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 — 𝘿𝙞 𝙎𝙞𝙣𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖...

🕋𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐢?Ibadah haji ialah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang...
26/05/2026

🕋𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐢?

Ibadah haji ialah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mampu dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan.

📍 𝗗𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 & 𝗯𝗶𝗹𝗮?
- Dilaksanakan di Mekah
- Pada bulan Zulhijjah (8 hingga 13 Zulhijjah)

🔑 𝗥𝘂𝗸𝘂𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 (𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻)
- Niat (Ihram)
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Sa’i antara Safa dan Marwah
- Bercukur/Tahallul
- Tertib

🕌 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝗮𝗸 𝗛𝗮𝗷𝗶
👉 𝗪𝘂𝗸𝘂𝗳 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵
- Dilakukan pada 9 Zulhijjah
- Dianggap sebagai intipati utama haji
- Tanpa wukuf, haji tidak sah

🌙 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶
- Membersihkan diri daripada dosa
- Melatih kesabaran, disiplin dan keikhlasan
- Mengukuhkan persaudaraan umat Islam seluruh dunia

💡 𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸
- Jutaan umat Islam berkumpul setiap tahun
- Semua jemaah memakai pakaian ihram (simbol kesamarataan)
- Tiada perbezaan darjat, bangsa atau pangkat

𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 — 𝘿𝙞 𝙎𝙞𝙣𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong KEMAS.
26/05/2026

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong KEMAS.

𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Pengurusan Tertinggi serta warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengucapkan tahniah kepada kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atas kejayaan meraih 49 pingat dalam pertandingan 𝑊𝑜𝑟𝑙𝑑 𝐶ℎ𝑒𝑓𝑠 𝐶ℎ𝑎𝑚𝑝𝑖𝑜𝑛𝑠ℎ𝑖𝑝 2026.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kemahiran dan kesungguhan warga KEMAS dalam mengetengahkan potensi kulinari luar bandar ke persada dunia. KKDW akan terus menyokong usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu mengharumkan nama negara.





23/05/2026
𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐇𝐄𝐅 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔JOHOR BAHRU, 23 Mei – Kejohanan kulinari ber...
23/05/2026

𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐇𝐄𝐅 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔

JOHOR BAHRU, 23 Mei – Kejohanan kulinari bertaraf antarabangsa, World Chef Championship (WCC) 2026 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, berjaya menghimpunkan seramai 2,389 orang peserta terdiri daripada chef profesional, penggiat industri makanan serta bakat kulinari dari pelbagai negara.

Program yang berlangsung bermula 19 hingga 23 Mei 2026 itu menjadi platform penting dalam mengetengahkan kreativiti, kemahiran serta inovasi dunia masakan di peringkat global dengan pelbagai kategori dipertandingkan termasuk masakan panas, pastri dan seni hiasan makanan.

Dalam kejohanan tersebut, dua peserta dari KEMAS Kelantan berjaya mengharumkan nama negara apabila masing-masing meraih Pingat Perak. Mereka ialah Zamzuraidi Patuan dari KEMAS Jeli menerusi hidangan Kari Ikan Tradisional serta Nur Fazilah Husin dari KEMAS Rantau Panjang dengan masakan Thai Tom Yam Chicken.

Kejayaan ini membuktikan kemampuan peserta tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus memperkukuhkan lagi reputasi KEMAS dalam melahirkan bakat kulinari berkemahiran tinggi.

Selain itu, seramai 49 orang peserta dari kontinjen KEMAS seluruh negara turut menyertai pertandingan ini dalam pelbagai kategori.

Selain pertandingan, pengunjung turut disajikan dengan demonstrasi masakan, pameran makanan serta perkongsian ilmu daripada chef profesional.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta yang telah mengharumkan nama KEMAS Kelantan di persada negara. Semoga kejayaan ini akan memangkin semangat para kakitangan KEMAS yang lain untuk terus mencipta nama dengan cemerlang di masa akan datang.

𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙎 — 𝘿𝙞 𝙎𝙞𝙣𝙞 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖...

22/05/2026
20/05/2026

Kita up sikit wakil peserta dari Kelantan yang menyertai pertandingan World Chef Championship 2026 yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Darul Ta’zim.

Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua orang peserta. 👏🏽👏🏽

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 Seramai lima orang pegawai KEMAS telah terlibat dala...
18/05/2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈

Seramai lima orang pegawai KEMAS telah terlibat dalam urusan pertukaran penempatan sebagai langkah memperkukuh struktur dan keberkesanan organisasi.

Kesemua pegawai berkenaan telah melapor diri kepada Penolong Pengarah Unit Sumber Manusia dan Pengurusan Pengurusan KEMAS Negeri, Pn. Yusnieda Yakub yang mewakili Pengarah KEMAS Negeri.

Sesi lapor diri ini menjadi platform penting bagi memastikan kelancaran proses penyesuaian tugas serta penyampaian amanah di lokasi baharu.

Pertukaran ini juga diharap dapat menyuntik semangat baharu dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, selaras dengan peranan KEMAS sebagai agensi pembangunan komuniti.

Pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan serta mengharapkan agar semua pegawai terus memberikan perkhidmatan cemerlang di tempat baharu.

Berikut adalah senarai pegawai-pegawai yang bertukar:
1. En. Mat Rodi Hamat. Dari KEMAS Tanah Merah ke Unit Pembangunan Komuniti dan Pendidikan Kemahiran (PKK) KEMAS Negeri
2. En. Mohd Shamfaizzal Hussin. Dari KEMAS Kuala Krai ke KEMAS Tumpat.
3. Pn. Siti Farah Sheikh Hassan. Dari KEMAS Tumpat ke KEMAS Machang.
4. En. Ahmad Zaid Ab. Hamid. Dari Kemas Bachok ke KEMAS Pasir Puteh.
5. Pn. Zariha Mat Yunus. Dari KEMAS Pasir Puteh ke KEMAS Bachok.

"𝗠𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦, 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗔𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻"

Address

Tingkat 9 Wisma Persekutuan, Jalan Bayam
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Kelantan - Jabatan Kemajuan Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share