Rejimen Ke-5 Artileri Diraja

Rejimen Ke-5 Artileri Diraja Info terkini berkaitan Rejimen Ke-5 Artileri Diraja Elemen Markas Rejimen telah dipindahkan dan menduduki Kem Desa Pahlawan pada bulan Okt 1979.

Rejimen Ke-5 Artileri Diraja telah ditubuhkan pada 1 Mei 1979 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan penubuhan elemen Markas Rejimen dan Bateri Markas. Komponen Markas ini kemudiannya telah digabungkan dengan 11 Bateri Bebas (Taiping – Bateri C), 13 Bateri Bebas (Kluang – Bateri A), 14 Bateri Bebas (Kluang – Bateri B) dan Bateri 7 Artileri (Kem Lok Kawi – Bateri D) untuk membentuk Rejimen Ke-4 Ar

tileri Diraja. Pada tahun 1981, designasi pasukan ini telah diubah kepada Rejimen Ke-21 Artileri Diraja (Bantuan Rapat). Perubahan ini adalah disebabkan oleh proses pengstrukturan semula keseluruhan Kor Artileri. Seterusnya pada 1 Jan 1988, perolehan Meriam 155 mm FH 70 serta penubuhan Rejimen Ke-21 Artileri Diraja (Bantuan Am) telah sekali lagi mengubah designasi pasukan ini menjadi Rejimen Ke-5 Artileri Diraja sehingga sekarang.

15/08/2025
Pegawai Memerintah, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim dan seluruh warga 5 RAD menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...
03/06/2025

Pegawai Memerintah, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim dan seluruh warga 5 RAD menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham PW Il Nor Azmi bin Ali Basah dari pasukan 5 RAD yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Jun 25. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.


𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 (𝗣𝗧𝗧𝗥) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟱KOK LANAS...
29/05/2025

𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 (𝗣𝗧𝗧𝗥) 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟱

KOK LANAS: Rejimen Ke-5 Artileri Diraja telah menganjurkan Lembaga Kenaikan Pangkat PTTR Siri 1/2025. Lembaga Kenaikan Pangkat ini telah dilaksanakan mulai 20 hingga 27 Mei 25, yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu pemeriksaan dokumen dan pelaksanaan Ujian Kecergasan Asas, kawad kaki, semboyan dan baca peta. Selain itu, calon turut diuji dengan melaksanakan kaedah mengajar semasa temuduga akhir dilaksanakan. Perlaksanaan LKP ini melibatkan seramai 13 anggota terdiri daripada 12 calon Bombardier dan 1 calon Lance Bombardier yang telah disenarai pendek dan layak untuk dipertimbangkan bagi sokongan kenaikan pangkat.

Objektif utama Lembaga Kenaikan Pangkat ini adalah untuk mengenalpasti dan memperakukan PTTR yang berpotensi dan layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat. Dalam sesi temuduga yang diadakan, penilaian prestasi calon telah dibuat melalui kaedah mengajar berpandukan kepada aspek-aspek seperti tahap pengetahuan ketenteraan, pengetahuan am, pemikiran logik dan kritis, kebolehan mengutarakan idea, tahap keyakinan diri serta keterampilan diri calon.

Temuduga Akhir dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah 5 RAD, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim serta ahli-ahli panel lain yang terdiri daripada Penolong Pegawai Memerintah, Ketua-Ketua Bateri, Pegawai Rekod Pasukan dan SMR 5 RAD yang dilaksanakan pada 27 Mei 25.

Diharapkan lembaga ini dapat membolehkan semua ahli panel menilai seterusnya menyokong anggota yang benar-benar layak untuk kenaikan pangkat seterusnya demi kebaikan organisasi dan pasukan.

Pelaksanaan aktiviti ini sejajar dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Sumber Manusia, Cakna Etos Kepahlawanan bagi melahirkan warga Tentera Darat yang profesional dan memiliki jati diri yang unggul berlandaskan nilai-nilai murni.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengerusi RAD, Lt Jen Dato' Ahmad bin Abu Bakar di atas pemakaian pangkat Lt Jen dan p...
28/05/2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengerusi RAD, Lt Jen Dato' Ahmad bin Abu Bakar di atas pemakaian pangkat Lt Jen dan perlantikan sebagai Ketua Staf Tentera Darat pada 28 Mei 25.

Ikhlas daripada:
Pegawai Memerintah, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim dan seluruh warga 5 RAD.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Komander Artileri Divisyen 2 Divisyen, Brig Jen Zamri bin Mat Esa di atas pemakaian pa...
28/05/2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada Komander Artileri Divisyen 2 Divisyen, Brig Jen Zamri bin Mat Esa di atas pemakaian pangkat Brig Jen pada 28 Mei 25.

Ikhlas daripada:
Pegawai Memerintah, Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim dan seluruh warga 5 RAD

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔KOK LANAS: Seramai 6 Pegawai dan 130 Ang...
26/05/2025

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗥𝗘𝗞𝗢𝗗 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

KOK LANAS: Seramai 6 Pegawai dan 130 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Rekod Pasukan Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD) yang diadakan pada 26 Mei 25 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini telah diketuai oleh Lt Mohd Hazizie bin Md Nor, Kapten Bateri Markas selaku Ketua Perbarisan.

Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Rekod Pasukan dimulakan dengan Pegawai Rekod Pasukan, Kapt Muhammad Khalid bin Johari menerima tabik hormat diikuti pemeriksaan perbarisan serta ucapan. Upacara diteruskan dengan Pegawai Rekod Pasukan yang baru, Lt Muhamad Razzi bin Mohd Rashid menerima tabik hormat, ketibaan Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim, Pegawai Memerintah 5 RAD, nyanyian lagu Kor RAD dan upacara diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pegawai Rekod Pasukan 5 RAD yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 5 RAD.

Perbarisan diteruskan lagi dengan Upacara Pemakaian Beret Kor RAD dengan penuh tradisi kepada 10 Perajurit Muda yang telah bertukar masuk ke 5 RAD setelah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan pada 18 Mei 25. Upacara diakhiri dengan acara bergambar.

Upacara perbarisan ini selari dengan Perintah Ulung PTD Ke-30 melalui teras yang pertama iaitu Sumber Manusia - Cakna Etos Kepahlawanan dalam memperkasakan organisasi pasukan.


𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗥𝗔𝗙 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝟱 𝗥𝗔𝗗KOK LANAS: Pada 23 Mei 25, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tente...
26/05/2025

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗞𝗥𝗔𝗙 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝟱 𝗥𝗔𝗗

KOK LANAS: Pada 23 Mei 25, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD) telah mengadakan Kelas Jahitan dan Sulaman Kraf Tangan bertempat di Rumah BAKAT 5 RAD. Seramai 13 ahli BAKAT telah menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan bagi persiapan menghadapi pertandingan Kraf Tangan di peringkat 2 Divisyen yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kelas tersebut telah dimulakan dengan penerangan serta demostrasi sulaman benang dan jahitan oleh Puan Tini ak Sirais selaku tenaga pengajar. Turut hadir Puan Suliza binti Shafei selaku Naib Pengerusi BAKAT 5 RAD.


𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗜𝗙𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔KOK LANAS: Pegawai Memerintah Rejimen Ke-5 Arti...
25/05/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗜𝗙𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝟭 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

KOK LANAS: Pegawai Memerintah Rejimen Ke-5 Artileri Diraja (5 RAD), YBhg Lt Kol Samsul Kamil bin Abu Zarim telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Pendidikan Islam Fardhu Ain (PIFA) Tahap 1 Siri di Surau Al-Hidayah, 5 RAD.

Seramai 17 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri dari pasukan 5 RAD, 8 SSB dan 8 Komp Angkut KPD terlibat dalam Kursus PIFA yang dilaksanakan bermula dari 19 hingga 23 Mei 2025. Kursus ini telah dianjurkan oleh Sel Agama 5 RAD di bawah pimpinan Mej Khairulaman bin Adenan, Pegawai Agama Pasukan. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota mengenai pengetahuan asas Fardhu Ain bagi mengekalkan jati diri serta pegangan agama dan akidah yang kukuh, merangkumi aspek Tauhid, Ibadah, Akhlak dan Al-Quran. Kursus ini juga merupakan salah satu syarat kepada anggota Tentera Darat dalam kenaikan pangkat Pbt/Gnr ke LKpl/LBdr.

Turut hadir dalam majlis adalah Penolong Pegawai Memerintah, Ketua-Ketua Bateri dan Sarjan Mejar Rejimen Pasukan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan ucapan oleh YBhg Pegawai Memerinta, acara bergambar dan diakhiri dengan jamuan ringan.


𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 (𝗣𝗧𝗧𝗞) 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔KOK LANAS: Wisma Bestari 5 RAD telah melak...
25/05/2025

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 (𝗣𝗧𝗧𝗞) 𝗥𝗘𝗝𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘-𝟱 𝗔𝗥𝗧𝗜𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

KOK LANAS: Wisma Bestari 5 RAD telah melaksanakan Hari Pengajian PTTK yang bertajuk Tatacara Pengendalian Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) Mengikut Garis Panduan Protap pada 21 Mei 25. Seramai 13 Pegawai dan 36 PTTK telah bersama-sama membincangkan tajuk hari pengajian tersebut yang banyak memberi manfaat dan panduan untuk menganjurkan LMIT di peringkat pasukan.

Penceramah bagi Hari Pengajian PTTK 5 RAD kali ini dipilih dikalangan PTTK bagi melahirkan PTTK yang berilmu serta bersedia untuk memimpin dan berkongsi ilmu dengan anggota pimpinan. Selain itu juga, bagi menjadikan PTTK lebih berinovasi dan berpengetahuan tinggi dari segi ilmu ketenteraan.

Objektif utama hari pengajian ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan perancangan, persiapan dan pelaksanaan LMIT yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Protap agar latihan yang dijalankan dapat mencapai objektif.

Pelaksanaan hari pengajian ini sejajar dan bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan dalam melahirkan anggota yang lebih berdisiplin, berpengetahuan, dan bersedia menghadapi cabaran di medan operasi.


Address

Rejimen Ke-5 Artileri Diraja, Kem Desa Pahlawan
Kota Bharu
16500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Ke-5 Artileri Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share