MPKB-BRI Penguatkuasaan

MPKB-BRI Penguatkuasaan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPKB-BRI Penguatkuasaan, Government Organization, Kota Bharu.

*OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI*Sepanjang bulan Februari 2023,  - Bahagian ...
10/03/2023

*OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI*

Sepanjang bulan Februari 2023, - Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI telah melaksanakan operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan untuk semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Sepanjang bulan Februari 2023 sebanyak 642 premis telah dilawati merangkumi 3 zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 90 premis tidak memiliki lesen. 25 premis gagal pamer lesen manakala 37 premis beroperasi dengan lesen sudah tamat tempoh. Premis perniagaan yang dilawati meliputi kawasan pentadbiran Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Pemeriksaan bertujuan memastikan semua premis perniagaan memiliki lesen premis perniagaan dan lesen pengiklanan yang sah sebagaimana yang ditetapkan dibawah Undang Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019.

Mana-mana premis yang tidak memiliki lesen premis tahunan yang sah akan dikenakan tindakan kompaun serta notis 14 hari bagi meremedi kesalahan. Sekiranya pemilik terus ingkar, tindakan sitaan akan dikenakan terhadap premis selain pendakwaan di mahkamah.

Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran Majlis, di samping memastikan kesejahteraan dan kemakmuran bandar Kota Bharu.

*OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI*Sepanjang bulan Januari 2023,  - Bahagian P...
22/02/2023

*OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI*

Sepanjang bulan Januari 2023, - Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI telah melaksanakan operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan untuk semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Sepanjang bulan Januari 2023 sebanyak 514 premis telah dilawati merangkumi 3 zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 78 premis tidak memiliki lesen. 21 premis gagal pamer lesen manakala 27 premis beroperasi dengan lesen sudah tamat tempoh. Premis perniagaan yang dilawati meliputi kawasan pentadbiran Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Pemeriksaan bertujuan memastikan semua premis perniagaan memiliki lesen premis perniagaan dan lesen pengiklanan yang sah sebagaimana yang ditetapkan dibawah Undang Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019.

Mana-mana premis yang tidak memiliki lesen premis tahunan yang sah akan dikenakan tindakan kompaun serta notis 14 hari bagi meremedi kesalahan. Sekiranya pemilik terus ingkar, tindakan sitaan akan dikenakan terhadap premis selain pendakwaan di mahkamah.

Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran Majlis, di samping memastikan kesejahteraan dan kemakmuran bandar Kota Bharu.

01/12/2020

KOTA BHARU - Bukan saja masih berada di kedai makan ketika sudah melebihi jam 10 malam, malah satu keluarga turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila membawa kanak-kanak berusia enam tahun bersama-sama.

ADMIN [28/11/2020]Pemantauan Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PK...
27/11/2020

ADMIN [28/11/2020]

Pemantauan Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 21 Nov 2020 hingga 6 Disember 2020.

Pemantauan yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia bagi memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan agar dipatuhi oleh masyarakat dan premis-premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI bagi mengekang penularan wabak Covid-19.



ADMINAnggota Penguatkuasa MPKB-BRI membantu pihak PDRM bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dibawah Akta 342 Penc...
22/03/2020

ADMIN

Anggota Penguatkuasa MPKB-BRI membantu pihak PDRM bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dibawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (14 Hari) bagi menyekat dan memutuskan rantaian penularan Wabak Covid-19 dipatuhi oleh masyarakat.

Antara tugas anggota penguatkuasa ialah memastikan premis-premis perniagaan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan membantu PDRM memastikan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dipatuhi.

Antara tugasan yang dilakukan bermula 18 - 21 Mac 2020 ialah :

🔷 Memberi arahan penutupan kepada semua premis perniagaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara seperti kedai dobi, kedai kain, kedai bahan binaan, perabot dan sebagainya yang bukan premis menjual barangan keperluan harian

🔷 Arahan kepada premis kedai makan, restoren dan penjaja agar menjual makan secara bungkusan dan pandu lalu sahaja dan tidak dibenarkan makan minum atau berkumpul. Jika didapati ada perlanggaran tersebut, arahan menyusun semua kerusi meja dalam premis dibuat SEGERA.

🔷 Arahan bersurai kepada penjual di pasar minggu, pasar tani dan pasar malam untuk menyimpan semua peralatan seperti khemah, kerusi, meja dan semua bahan jualan dengan SEGERA.

🔷 Memberi arahan kepada semua pasar raya agar menjarakkan sejauh 1 meter antara pelanggan di kaunter bayaran.

🔷 Arahan bersurai kepada orang ramai yang berkumpul di tempat rekreasi, padang bola, gelanggang sukan, kaki lima kedai dan sebagainya.

🔷 Bermula 21 Mac 2020 (Sabtu) arahan oleh MPKB-BRI iaitu penutupan semua premis perniagaan bermula jam 7 malam hingga 7 pagi termasuk kedai serbaneka seperti 7E, stesyen minyak, kedai makanan segera seperti KFC McD Pizza Hut, kedai telekomunikasi, kedai makan, pasar raya, kedai runcit dan sebagainya




Arahan Penutupan Premis
21/03/2020

Arahan Penutupan Premis

Admin1/2/2020Anggota Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI membuat pemantauan dan terus memastikan Pantai Cahaya Bulan (PCB) ...
01/02/2020

Admin

1/2/2020

Anggota Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI membuat pemantauan dan terus memastikan Pantai Cahaya Bulan (PCB) sentiasa dalam keadaan bersih dan memberi keselesaan kepada yang mengunjunginya.

Walaupun cuti panjang Tahun Baru Cina yang baru sahaja berakhir, kemeriahan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) pada cuti hari minggu tetap meriah dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Kelantan. Kehadiran anak-anak dan guru pengiring dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Bayu, Baling turut memeriahkan lagi suasana petang disini.

Kerjasama yang baik dari peniaga/penjaja yang tidak lagi berniaga di atas bangku yang dikhaskan kepada para pengunjung memberi lebih keselesaan kepada pengunjung yang hadir.




AdminWalaupun cuti kelepasan, anggota Penguatkuasa MPKB-BRI tetap bertugas pada cuti hujung minggu yang bersamaan dengan...
27/01/2020

Admin

Walaupun cuti kelepasan, anggota Penguatkuasa MPKB-BRI tetap bertugas pada cuti hujung minggu yang bersamaan dengan cuti Tahun Baharu Cina bermula Jumaat 24 Jan 2020 hingga Isnin 27 Jan 2020...

Pantai Cahaya Bulan menjadi tumpuan utama warga Kota Bharu dan para pelancong dari luar Kelantan untuk beriadah dan berehat bersama keluarga.

Sikap peniaga dan pengunjung yang menjaga kebersihan pantai PCB jelas menunjukkan mereka mematuhi dan menyahut Kempen Kelantanku Bersih.

Kawalan perniagaan dan penjaja memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman di gerai-gerai makan dengan harga yang berpatutan sekaligus menunjukkan peniaga mementingkan keberkatan dalam menjalankan urusan perniagaan.

Anggota Penguatkuasa MPKB-BRI yang sentiasa berada di persekitaran pantai PCB menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan maklumat dan memastikan kebersihan berada pada tahap yang baik dan terurus tanpa mengeluarkan sebarang kompaun.




ADMIN15/1/2020Usai latihan jasmani mingguan, anggota Bhg Penguatkuasaan MPKB-BRI sekali lagi melakukan aktiviti gotong r...
16/01/2020

ADMIN

15/1/2020

Usai latihan jasmani mingguan, anggota Bhg Penguatkuasaan MPKB-BRI sekali lagi melakukan aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran Pantai Kundur, Kedai Buluh untuk memastikan kebersihan dan keceriaanya terjaga bagi memberi keselesaan kepada pengunjung. Panorama pokok rhu yang tersusun indah, sesuai untuk bergambar dan mengabadikan kenangan berkunjung di sini bersama keluarga.




Address

Kota Bharu
15###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKB-BRI Penguatkuasaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share