25/08/2026
Berhati² lah di jalan raya
KENYATAAN MEDIA-KETUA POLIS DAERAH KOTA BELUD
KOTA BELUD | 25 Ogos 2026 – Kemalangan maut melibatkan sebuah lori dan Perodua Alza berlaku kira-kira jam 11.05 pagi di Jalan Kota Belud–Tuaran, kawasan Taman Nikmat.
Akibat kemalangan, pemandu Perodua Alza, wanita tempatan berusia 42 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan
Jalan 1987.
Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.