Penerangan PGRS Kadamaian

Penerangan PGRS Kadamaian Biro Penerangan Kadamaian & Media@RD PGRS DUN N11 Kadamaian KOTA BELUD

MAJLIS MERAIKAN PERPINDAHAN TEMPAT BERTUGAS BAHARU OKK DATUK ROSLAN DURAMAN BERLANGSUNG PENUH PENGHAYATANKOTA BELUD, 8 J...
08/07/2026

MAJLIS MERAIKAN PERPINDAHAN TEMPAT BERTUGAS BAHARU OKK DATUK ROSLAN DURAMAN BERLANGSUNG PENUH PENGHAYATAN

KOTA BELUD, 8 Julai 2026 – Majlis Meraikan Perpindahan Tempat Bertugas Baharu telah berlangsung dengan penuh penghormatan pada jam 10.40 pagi di Pejabat Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

Majlis tersebut diraikan sempena perpindahan OKK Datuk Roslan daripada jawatan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Kota Belud (Bahagian Kadamaian) ke Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Sabah di Istitut Latihan Mahkamah Anak Negeri bertempat di Penampang. Turut diraikan dalam majlis berkenaan ialah sambutan ulang tahun kelahiran OKK Raandan bin Bansayan, Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Bahagian Pintasan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran , para Ketua Daerah, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Anak Negeri (KAN), Ketua-Ketua Kampung serta kakitangan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

Dalam ucapan beliau, OKK Datuk Roslan Duraman menegaskan bahawa sepanjang memegang amanah sebagai Ketua Daerah, keutamaan sentiasa diberikan kepada kebajikan dan kepentingan rakyat. Beliau mengingatkan bahawa setiap warga Mahkamah Anak Negeri hendaklah sentiasa menyantuni masyarakat dengan penuh hormat, mesra dan berintegriti, di samping memastikan setiap urusan rakyat dipermudah serta dilaksanakan secara cekap, telus dan berkesan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ketua Kampung, WKAN, KAN serta seluruh warga Mahkamah Anak Negeri atas sokongan, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya di Kota Belud.

Mengakhiri ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar hubungan yang telah terjalin tidak terhenti dengan perpindahan tersebut. Menurut beliau, "Perpindahan bukanlah noktah kepada sebuah perhubungan, sebaliknya merupakan kesinambungan kepada hubungan yang lebih erat dan mantap demi memperkasakan institusi Mahkamah Anak Negeri pada masa hadapan."

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan menyentuh hati, sekali gus menjadi tanda penghargaan terhadap jasa serta kepimpinan OKK Datuk Roslan Duraman sepanjang menerajui Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud. Para hadirin turut mendoakan agar beliau terus cemerlang dan diberikan kejayaan dalam menggalas amanah baharu di ILMAN Penampang.




Tahniah !...Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Zainudin Bin Aman atas pelantikan sebagai Setiausaha Keraj...
30/06/2026

Tahniah !...

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Zainudin Bin Aman atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Semoga terus dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan kecemerlangan dalam memikul amanah demi kemajuan Negeri Sabah serta kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada,
OKK Datuk Roslan Duraman
Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Kota Belud
merangkap
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah N11 Kadamaian

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KG. GONOK, GONTI, LUBAHKOTA BELUD, 1 Jun 2026. Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Gonok, ...
01/06/2026

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KG. GONOK, GONTI, LUBAH

KOTA BELUD, 1 Jun 2026. Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Gonok, Gonti, Lubah berlangsung dengan suasana perpaduan apabila mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat serta para tetamu jemputan yang hadir pada hari ini.

Majlis yang diadakan bersempena sambutan Pesta Kaamatan 2026 itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian merangkap Timbalan Ketua Menteri III serta Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah melalui wakilnya dalam majlis sambutan kaamatan tersebut. Sambutan Kaamatan merupakan tradisi penting masyarakat Kadazandusun dan komuniti KDMR sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian serta medium memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir, OKK Datuk Roslan Duraman, Ketua Daerah MAN merangkap Ketua Masyarakat KDM Kota Belud, sebagai tetamu jemputan khas. Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk kampung dan para pemimpin komuniti yang hadir.

Dalam kesempatan tersebut, OKK Datuk Roslan Duraman menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas kejayaan menganjurkan sambutan yang bukan sahaja memelihara warisan budaya masyarakat KDMR, malah menjadi platform memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk kampung.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan Kaamatan perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda sebagai simbol identiti, perpaduan dan penghargaan terhadap adat serta budaya masyarakat Sabah yang berbilang kaum.

Sambutan berakhir dalam suasana penuh harmoni dan muhibah, sejajar dengan semangat Kaamatan yang mengangkat nilai kesyukuran, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Program seumpama ini dilihat terus memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya serta mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di kawasan Kadamaian.






30/05/2026

KOTOBIAN TADAU KAAMATAN KUMAA DOKOYU NGAWI...

OKK DATUK ROSLAN DURAMAN UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026KOTA BELUD | 30hb Mei 2026 : Ketua Daerah dan Ketua M...
30/05/2026

OKK DATUK ROSLAN DURAMAN UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026

KOTA BELUD | 30hb Mei 2026 : Ketua Daerah dan Ketua Masyarakat KDM Kota Belud, OKK Datuk Roslan Duraman menyeru seluruh masyarakat di Sabah khususnya di kawasan Kadamaian agar terus memelihara semangat perpaduan, keharmonian dan budaya warisan sempena sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2026.

Menurut beliau, sambutan Kaamatan bukan sekadar pesta menuai, tetapi merupakan simbol kesyukuran, penyatuan masyarakat serta penghargaan terhadap adat dan budaya yang diwarisi turun-temurun.

“Pesta Kaamatan adalah lambang kekuatan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sabah. Semangat inilah yang perlu terus dipupuk demi memastikan keharmonian dan kemakmuran masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengajak generasi muda agar terus menghargai budaya tradisi serta memainkan peranan penting dalam memartabatkan identiti masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau berharap sambutan Kaamatan tahun ini dapat menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

“Kaamatan mengajar kita erti kesyukuran, hormat-menghormati dan semangat kekitaan. Nilai inilah yang menjadi asas kepada keharmonian Sabah selama ini,” tambah beliau.

OKK Datuk Roslan Duraman turut mengambil kesempatan mengucapkan:

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026”
kepada seluruh rakyat Sabah khususnya masyarakat di Kota Belud dan Kadamaian.

Disediakan oleh:
DRD Media Official
Datuk Roslan Duramab

Salam Aidiladha 1447H / 2026MPada hari yang penuh keberkatan ini, Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H, saya i...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Pada hari yang penuh keberkatan ini, Rabu, 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Parlimen Kota Belud khususnya masyarakat di Kadamaian, Kota Belud dan kawasan sekitarnya.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan yang dipupuk melalui ibadah korban dapat memperkukuhkan perpaduan, kasih sayang dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat kita.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar setiap pengorbanan dan usaha kita diterima serta diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kehidupan yang penuh rahmat.

Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Salam Aidiladha daripada:
OKK Datuk Roslan Duraman
PGRS N11 Kadamaian

“Bersatu • Berkhidmat • Untuk Rakyat”

INTI PATI PENSTRUKTURAN SEMULA PARTI DIBENTANG DALAM PERSIDANGAN AGUNG KHAS GAGASAN RAKYATSICC, 17 Mei — Persidangan Agu...
17/05/2026

INTI PATI PENSTRUKTURAN SEMULA PARTI DIBENTANG DALAM PERSIDANGAN AGUNG KHAS GAGASAN RAKYAT

SICC, 17 Mei — Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini menyaksikan beberapa usul penting berkaitan pindaan perlembagaan parti dibentangkan bagi memperkukuhkan struktur organisasi serta memperkemaskan pentadbiran parti di semua peringkat.

Antara inti pati utama yang diusulkan ialah penstrukturan semula jumlah bahagian parti daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian menerusi pindaan Fasal 16.1. Cadangan tersebut dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan pentadbiran parti agar lebih tersusun, efektif dan selaras dengan keperluan semasa politik negeri Sabah.

Selain itu, persidangan turut membincangkan penstrukturan jawatankuasa parti melibatkan Ahli Majlis Tertinggi (AMT), Ahli Jawatankuasa Bahagian serta Ahli Jawatankuasa Cawangan menerusi beberapa pindaan fasal utama dalam perlembagaan parti.
Turut mendapat perhatian ialah cadangan berkaitan syarat penubuhan cawangan yang dinaikkan daripada 30 ahli kepada 50 ahli. Langkah itu bertujuan memastikan setiap cawangan mempunyai kekuatan keanggotaan yang lebih kukuh dan aktif dalam menggerakkan agenda perjuangan parti di peringkat akar umbi.

Dalam masa sama, struktur Jawatankuasa Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis di peringkat negeri, bahagian dan cawangan turut dicadangkan untuk diperkemas melalui beberapa peraturan baharu yang dibentangkan dalam persidangan tersebut.

Terdapat beberapa lagi usul yang telah dibentangkan. Secara keseluruhannya, Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan lancar. Pembentangan beberapa usul penting berkaitan penstrukturan semula parti memperlihatkan komitmen kepimpinan untuk memperkukuhkan organisasi, memperkemaskan pentadbiran serta memastikan parti terus relevan dan mantap dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Cadangan pindaan yang dibentangkan turut mencerminkan usaha parti dalam memperkasakan peranan akar umbi, memperkukuh struktur kepimpinan serta meningkatkan keberkesanan gerak kerja di semua peringkat. Semangat para perwakilan yang hadir, disertai kibaran bendera dan laungan “Gagasan Rakyat!” yang bergema di Dewan Sipadan 3, jelas menggambarkan solidariti dan keyakinan terhadap hala tuju perjuangan parti.

Diharapkan segala ketetapan dan usul yang dipersetujui dalam persidangan ini akan menjadi asas kukuh kepada kestabilan, kekuatan dan masa depan Parti Gagasan Rakyat Sabah demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri Sabah.

RUMAH KITA, KITA JAGA!





PERSIDANGAN AGUNG KHAS PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH17 Mei 2026 (Ahad)Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Ki...
17/05/2026

PERSIDANGAN AGUNG KHAS PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH

17 Mei 2026 (Ahad)

Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Pada hari ini telah berlangsung Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu dengan kehadiran para perwakilan, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), pimpinan bahagian serta para jemputan dari seluruh Sabah.

Seawal jam 7.00 pagi, para perwakilan mula hadir bagi sesi pendaftaran dan menikmati sarapan pagi yang disediakan di Sipadan 1 dan Sipadan 2 sebelum memasuki dewan persidangan. Suasana penuh mesra dan semangat perpaduan jelas dapat dilihat apabila para perwakilan berkumpul dan berinteraksi sesama ahli parti.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Bahagian N.11 Kadamaian, Roslan turut meraikan para perwakilan dengan sesi sarapan pagi sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan dalam perjuangan parti.

Pada jam 9.15 pagi, para perwakilan bersama Ahli Majlis Tertinggi memasuki Dewan Sipadan 3 bagi mengikuti perjalanan persidangan. Ketibaan Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden disusuli dengan ketibaan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Hajiji Noor pada jam 9.45 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu rasmi parti “Gagasan Rakyat Rumah Kita”, diikuti bacaan doa oleh Azaman Ruslan.

Suasana di Dewan Sipadan 3 menjadi semakin bersemangat apabila kibaran bendera parti memenuhi ruang dewan sambil laungan “Gagasan Rakyat!” bergema dengan penuh semangat dan patriotik dalam kalangan para perwakilan. Semangat solidariti dan perjuangan jelas terpancar apabila seluruh dewan bersatu hati memberikan sokongan kepada kepimpinan parti demi memperkukuhkan perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah.

Dalam ucpan Presiden, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa seluruh kepimpinan parti perlu terus merendah diri dan menghargai pengorbanan akar umbi yang sentiasa setia bersama perjuangan parti. Beliau berkata, “Jangan sesekali kita sombong dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang. Kekuatan sebenar perjuangan ini bukan terletak pada nama besar atau pangkat, tetapi pada akar umbi yang terus setia bersama parti ketika susah mahupun senang.”

Beliau turut menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti agar sentiasa mendengar suara rakyat serta terus bekerja keras demi memastikan kestabilan politik dan pembangunan Sabah dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Persidangan kemudiannya diteruskan dengan pembentangan pindaan perlembagaan parti oleh Setiausaha Agung, Mohd Razali Mohd Razi sebelum sesi perbahasan dijalankan.

Secara keseluruhannya, persidangan berlangsung dalam suasana harmoni dan tersusun. Diharapkan keputusan serta ketetapan yang dicapai dalam persidangan ini akan terus memperkukuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat negeri Sabah.

Rumah Kita, Kira Jaga!




Penstrukturan PGRS membawa perubahan kemampanan gerak kerja yang lebih berkarisma.
15/05/2026

Penstrukturan PGRS membawa perubahan kemampanan gerak kerja yang lebih berkarisma.

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗠𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗚𝗥𝗦 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜

Saya menyambut baik langkah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) untuk membawa pindaan berkaitan penstrukturan jumlah bahagian parti daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian, sebagaimana yang terkandung dalam agenda Persidangan Agung Khas PGRS di bawah Fasal 16.1.

Pindaan ini merupakan satu langkah strategik dan berpandangan jauh bagi memastikan struktur parti lebih kemas, tersusun dan berkesan dalam menghadapi cabaran politik semasa. Penstrukturan daripada 74 bahagian kepada 26 bahagian bukan sekadar perubahan angka. Ia adalah usaha memperkukuh gerak kerja parti supaya lebih fokus, lebih mudah diselaraskan dan lebih berupaya digerakkan secara menyeluruh di peringkat akar umbi.

Saya percaya, struktur yang lebih tersusun akan membantu mengurangkan pertindihan gerak kerja, mempercepat penyampaian arahan, serta memastikan tenaga dan sumber parti dapat digunakan dengan lebih cekap. Melihat keadaan politik hari ini yang semakin mencabar, parti memerlukan organisasi yang bukan sahaja besar dari segi sokongan, tetapi juga kuat dari segi disiplin, penyelarasan dan keberkesanan jentera.

Pindaan ini juga wajar dilihat sebagai langkah untuk memperkukuh perpaduan dalaman. Apabila gerak kerja disusun mengikut struktur yang lebih kemas, pemimpin dan jentera di setiap kawasan dapat bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara terpisah-pisah. Saya ingin menegaskan bahawa penstrukturan ini tidak harus dilihat sebagai pengurangan peranan mana-mana pihak. Sebaliknya, ia adalah penyusunan semula kekuatan agar PGRS terus menjadi parti tempatan Sabah yang lebih mantap, responsif dan dekat dengan rakyat.

Sebagai Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah, saya melihat kekuatan PGRS sebagai sangat penting kepada kestabilan GRS dan kerajaan negeri. PGRS yang tersusun dan kukuh akan turut memperkukuh GRS sebagai gabungan politik tempatan yang menjadi tunjang kepada kestabilan Sabah. Saya juga percaya bahawa langkah ini mencerminkan keberanian dan kebijaksanaan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Presiden PGRS dan Pengerusi GRS dalam melakukan penyesuaian yang perlu demi masa depan parti.

Apa yang penting, semua pihak perlu melihat pindaan ini dengan jiwa besar. Ia bukan soal mengecilkan ruang, tetapi soal menyusun semula kekuatan. Ia bukan soal mengurangkan peranan, tetapi soal memperkukuh gerak kerja. Saya yakin penstrukturan ini akan menjadikan PGRS lebih bersedia, lebih tersusun dan lebih kukuh dalam meneruskan perjuangan membela rakyat serta mempertahankan kepentingan Sabah.

Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan
Ketua Penerangan
Parti Gagasan Rakyat Sabah
15 Mei 2026

Address

Kadamaian
Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan PGRS Kadamaian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share