28/07/2025
๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐จ๐ญ๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐ ๐๐ซ๐ข๐ก๐๐ญ๐ข๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐ข
01. PAS Kawasan Kota Belud ingin menyatakan rasa prihatin dan kebimbangan yang mendalam terhadap isu buli yang masih menjadi ancaman senyap dalam kalangan pelajar, khususnya mereka yang tinggal di asrama sekolah.
02. Buli bukan sekadar isu disiplin, tetapi satu perbuatan zalim yang memberi kesan psikologi, emosi, dan dalam kes-kes tertentu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.
03. Laporan dan kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar enggan bersuara kerana takut dibalas, atau tidak yakin dengan sistem pelindungan sedia ada.
04. Sebagai gerakan Islam yang menjunjung nilai keadilan dan perlindungan terhadap yang lemah, PAS Kawasan Kota Belud menegaskan bahawa setiap murid berhak mendapat persekitaran pembelajaran yang selamat dan bebas daripada sebarang bentuk penganiayaan.
Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh api nerakaโฆ"
(Surah Hud, ayat 113)
Sabda Rasulullah SAW:
"Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi."
Para sahabat bertanya, "Kami faham membantu orang yang dizalimi, tapi bagaimana p**a membantu orang yang zalim?"
Nabi SAW menjawab, "Kamu mencegahnya daripada terus melakukan kezaliman, itulah bentuk pertolongan terhadapnya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
05. Atas prinsip ini, PAS Kawasan Kota Belud:
1. Menyokong penuh sebarang siasatan bebas dan telus terhadap sebarang kes buli, tanpa campur tangan atau cubaan menyembunyikan kebenaran. Termasuklah isu berkaitan arwah adik Zara Qairina yang dikaitkan dengan isu buli.
2. Mendesak agar pihak berwajib dan institusi pendidikan memperkemas pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah serta mewujudkan saluran pelaporan yang selamat dan efektif untuk mangsa.
3. Menyeru agar semua sekolah, khususnya yang berasrama, melaksanakan audit keselamatan dan budaya dalaman, agar tiada budaya โsenior menekan juniorโ yang dianggap sebagai adat.
4. Mendidik masyarakat termasuk guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir agar lebih cakna dan tidak memandang remeh isyarat awal penderaan emosi, mental atau fizikal dalam kalangan pelajar.
06. Isu buli perlu ditangani secara serius dan menyeluruh. Jangan tunggu tragedi sebelum bertindak. Masyarakat yang diam adalah masyarakat yang turut bersubahat.
07. PAS Kawasan Kota Belud komited untuk terus memperjuangkan suara mangsa dan memastikan semua pihak, tanpa mengira latar belakang, mendapat perlindungan, keadilan dan peluang untuk bersuara. Setiap nyawa dan maruah pelajar adalah amanah yang tidak boleh diabaikan.
08. Semoga dengan pendedahan dan tindakan berterusan, kita mampu mewujudkan sistem pendidikan yang lebih selamat, rahmah dan berintegriti untuk generasi akan datang.
Ustaz Mustaqim bin Aling
Naib Yang Dipertua
PAS Kawasan Kota Belud
25 Julai 2025
BIRO PENERANGAN DAN MEDIA BAHARU PAS KAWASAN KOTA BELUD
Pautan Berita:
https://harakahdaily.net/2025/07/pas-sabah-tuntut-keadilan-untuk-zara-qairina/