12/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Noor Shafa binti Mohd Shah atas kejayaan cemerlang meraih Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) sempena PEMANIS Negeri Sabah 2026.
Pertandingan yang berlangsung pada 9 Mei 2026 di Kota Marudu ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mengharumkan nama sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
Tahniah sekali lagi atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan. 🌹✨