13/08/2026
โผ๏ธ ๐ฏ๐ฌ๐ฉ๐จ๐ฏ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ต๐๐จ๐ณ๐จ๐ฏ๐ฎ๐ผ๐ต๐จ๐จ๐ต ๐ฒ๐จ๐ซ ๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐ฌ๐ต๐จ๐ณ๐จ๐ต & ๐บ๐ผ๐ฉ๐บ๐ฐ๐ซ๐ฐ ๐ฉ๐ผ๐ซ๐ฐ ๐ด๐จ๐ซ๐จ๐ต๐ฐ
Orang ramai diingatkan supaya tidak menyerahkan atau membenarkan Kad Pengenalan milik sendiri digunakan oleh orang lain bagi mendapatkan kemudahan atau subsidi BUDI MADANI secara tidak sah.
๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก:
Menggunakan Kad Pengenalan milik orang lain atau menyalahgunakan identiti individu lain untuk mendapatkan subsidi/kuota BUDI MADANI yang bukan hak pengguna sebenar.
๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก:
Sekiranya perbuatan tersebut melibatkan penyalahgunaan harta secara tidak jujur, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574), tertakluk kepada fakta serta elemen kes.
๐ ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐ก:
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meminjamkan Kad Pengenalan atau kuota subsidi kepada pihak lain. Jangan mengambil kesempatan terhadap kemudahan subsidi yang diberikan kerajaan.
๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐