Aadk Kluang

Aadk Kluang Khidmat Nasihat, Aduan & Bantuan Berkaitan Dadah

05/06/2026

β€˜CIRCLE’ MENENTUKAN MASA DEPAN DAN HALA TUJU KITA HARI ESOK

πŸ¦‹ Ramai orang beranggapan masa depan ditentukan oleh nasib atau kebolehan semata-mata. Hakikatnya, salah satu faktor yang paling besar mempengaruhi kehidupan seseorang ialah β€˜circle β€˜atau kelompok rakan yang berada di sekelilingnya.

πŸ¦‹ Jika kita sentiasa dikelilingi oleh individu yang rajin, berdisiplin dan mempunyai matlamat hidup yang jelas, secara tidak langsung kita akan terdorong untuk menjadi lebih baik. Sebaliknya, jika kita memilih untuk bersama mereka yang gemar melakukan perkara negatif, ponteng tanggungjawab atau terlibat dengan gejala tidak sihat, risiko untuk terikut-ikut juga semakin tinggi.

πŸ¦‹ Pilihlah rakan yang mampu mengingatkan ketika kita lalai, memberi semangat ketika kita jatuh dan mendorong kita ke arah kejayaan. Kerana akhirnya, β€˜circle’ yang kita pilih hari ini boleh menentukan di mana kita berada pada masa hadapan.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:
☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233




05/06/2026

BAHAGIA ATAU SENSARA

Setiap pilihan yang dibuat hari ini akan menentukan arah kehidupan pada masa hadapan.

Jangan tunggu sehingga kehilangan keluarga, kerjaya, kebebasan dan masa depan hanya kerana terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Masih belum terlambat untuk berubah dan membina semula kehidupan yang lebih bermakna.

Rawatan Sukarela AADK memberi peluang kepada individu yang ingin mendapatkan bantuan secara sukarela tanpa perlu menunggu sehingga berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Berani berubah, berani melangkah.
Kerana masa depan yang lebih baik bermula dengan satu keputusan yang tepat hari ini πŸ•ŠοΈ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣




Ah Soon ζž—ζ·»ι‘Ί AH SOON
Onn Hafiz Ghazi
MEDIA DIGITAL JOHOR

01/06/2026

🚭 HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2026 🚭

Setiap 31 Mei, dunia memperingati Hari Tanpa Tembakau Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya kesihatan akibat penggunaan tembakau dan nikotin.

Tema tahun ini, β€œMembongkar Tarikan Palsu, Menangani Ketagihan Nikotin dan Tembakau”, memberi fokus kepada taktik pemasaran yang menjadikan produk tembakau dan nikotin kelihatan menarik, khususnya kepada golongan muda.

Hakikatnya, di sebalik imej yang dipaparkan, penggunaan rokok dan produk berasaskan nikotin boleh menyebabkan ketagihan, menjejaskan kesihatan paru-paru dan jantung serta meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Sebagai agensi yang komited dalam usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat, AADK menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk membuat pilihan yang bijak dengan menjauhi rokok, v**e dan sebarang bentuk ketagihan yang boleh memudaratkan diri, keluarga serta masa depan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



01/06/2026

πŸ“±πŸ§  MEDIA SOSIAL: KETAGIHAN DIGITAL YANG TIDAK DISEDARI

Media sosial bukan sekadar platform untuk berhubung dan berkongsi maklumat. Di sebalik setiap β€œlike”, komen dan notifikasi, terdapat algoritma yang direka untuk menarik perhatian pengguna agar terus berada di hadapan skrin.

Penggunaan media sosial secara berlebihan boleh memberi kesan kepada perkembangan otak remaja, emosi, tumpuan, kualiti tidur serta meningkatkan risiko kebimbangan, kemurungan dan ketagihan digital.

Lebih membimbangkan, media sosial juga boleh menjadi medium penyebaran budaya negatif termasuk normalisasi penggunaan dadah, v**e dan bahan terlarang melalui kandungan yang kelihatan menarik, trend semasa atau pengaruh rakan sebaya. Pendedahan berterusan terhadap kandungan sebegini boleh mempengaruhi persepsi dan keputusan remaja terhadap tingkah laku berisiko.

Sebagai ibu bapa, pendidik dan anggota masyarakat, marilah kita bersama-sama membimbing generasi muda agar menggunakan media sosial secara bijak, beretika dan seimbang.

πŸ’‘ Kawal masa skrin.
πŸ’‘ Semak kandungan yang ditonton.
πŸ’‘ Pilih pengaruh yang positif.
πŸ’‘ Katakan TIDAK kepada dadah dan ketagihan dalam apa jua bentuk.

Ketagihan bukan hanya melibatkan dadah. Ketagihan digital juga boleh mengawal kehidupan jika tidak dikawal dari awal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





01/06/2026

🌿 KELUARGA BAHAGIA, TANPA DADAH 🌿

Cuti sekolah masih berbaki. Gelak tawa anak-anak dan cucu-cucu masih memenuhi ruang rumah di kampung. Namun tidak lama lagi, ibu bapa akan kembali bertugas dan kampung yang meriah ini akan kembali sunyi seperti biasa.

Di sebalik keriuhan percutian, inilah saat yang paling berharga untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan. Luangkan masa berbual, mendengar cerita anak-anak, berkongsi nasihat dan menanam nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Kasih sayang, perhatian dan komunikasi yang baik dalam keluarga merupakan benteng awal yang mampu melindungi anak-anak daripada pelbagai pengaruh negatif termasuk penyalahgunaan dadah.

Apabila cuti berakhir dan masing-masing kembali kepada rutin harian, biarlah kenangan manis bersama keluarga menjadi kekuatan yang terus membimbing mereka ke arah kehidupan yang sihat, selamat dan bebas daripada dadah.

Kerana pencegahan tidak bermula di sekolah atau di tempat kerja.

Pencegahan bermula di rumah. ❀️

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





29/05/2026

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.

Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. β€˜Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



29/05/2026

Ramai orang berhenti di tengah jalan bukan sebab mereka gagal, tapi sebab mereka tak nampak hasil serta-merta. Dalam dunia yang serba pantas (TikTok, instant delivery, AI yang bagi jawapan dalam sesaat), kita makin hilang sabar dengan proses pertumbuhan diri yang organik.

Bayangkan sebuah kiub ais di dalam bilik yang sejuk (-5Β°C).
πŸ‘‰πŸ» Anda naikkan suhu ke -4Β°C... tiada apa berlaku.
πŸ‘‰πŸ» Naikkan ke -3Β°C... masih tiada apa berlaku.
πŸ‘‰πŸ» Naikkan ke -2Β°C, kemudian -1Β°C... kiub ais masih beku.
πŸ‘‰πŸ» Tiba-tiba, pada suhu 0Β°C, ais mula cair.

Adakah kenaikan suhu dari -5Β°C ke -1Β°C itu sia-sia? TidakβŒβ—. Itu adalah persediaan. Cairnya ais pada 0Β°C adalah hasil terkumpul (compounded) daripada usaha-usaha kecil yang nampak macam tak jadi apa sebelum ini.

Jangan berhenti hanya sebab anda belum nampak "pencairan" itu lagi.
Percaya pada proses. Teruskan menaikkan "suhu" usaha anda. Bila sampai masanya, semua usaha itu akan meledak sekaligus.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN AADK DAERAH KLUANGAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan Progra...
22/05/2026

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN AADK DAERAH KLUANG

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang telah melaksanakan Program Ceramah dan Pameran pada 21 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Haji Hassan Yunos, Renggam.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Norlizawati binti Ismail dengan pengisian berkaitan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan membentuk jati diri yang positif, berdisiplin dan bebas daripada gejala sosial.

Pelbagai pengisian telah dijalankan sepanjang program termasuk ceramah antidadah, pameran kesedaran serta perkongsian maklumat berkaitan kesan dan risiko penyalahgunaan dadah terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

✨ Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada para pelajar agar sentiasa menjauhi penyalahgunaan dadah serta menjadi generasi muda yang cemerlang, berintegriti dan bertanggungjawab terhadap masa depan diri, keluarga dan negara.

🌟 Ikuti kami untuk mendapatkan pelbagai info, aktiviti semasa, program komuniti, pendidikan pencegahan dadah serta perkongsian bermanfaat daripada AADK Daerah Kluang. Sokongan dan kerjasama anda amat bermakna dalam usaha mewujudkan komuniti yang sihat, sejahtera dan bebas dadah. πŸ’š

Untuk mendapatkan info aktiviti dan maklumat semasa AADK Daerah Kluang, sila ikuti:

LIKE πŸ‘ | COMMENT πŸ’¬ | SHARE πŸ”„

πŸ“˜ FB AADK Daerah Kluang
https://www.facebook.com/share/1HTPC5xjXX/

🎡 TikTok AADK Daerah Kluang
https://www.tiktok.com/.daerah.kluan?_r=1&_t=ZS-93UeKSQn0EC





Mesyuarat Rumah Komuniti Renggam Bil. 1/2026 telah diadakan bersama Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Kl...
22/05/2026

Mesyuarat Rumah Komuniti Renggam Bil. 1/2026 telah diadakan bersama Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Kluang bertempat di Rumah Komuniti Renggam.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Halid bin R. Alvy selaku Pengerusi Rumah Kominiti AADK Daerah Kluang, manakala daripada Unit Rawatan Perubatan AADK Daerah Kluang diketuai oleh Puan Hani Suzila Jasmani.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pembentangan statistik klien serta program-program yang telah dijalankan di Rumah Komuniti Renggam. Selain itu, turut dibincangkan perancangan program-program akan datang bagi memperkukuhkan lagi usaha rawatan, pemulihan dan kesejahteraan komuniti.

Semoga segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada klien dan masyarakat setempat dalam melahirkan komuniti yang lebih sejahtera, prihatin dan bebas dadah.

Untuk mendapatkan info aktiviti dan maklumat semasa AADK Daerah Kluang, sila ikuti:

LIKE πŸ‘ | COMMENT πŸ’¬ | SHARE πŸ”„

πŸ“˜ FB AADK Daerah Kluang
https://www.facebook.com/share/1HTPC5xjXX/

🎡 TikTok AADK Daerah Kluang
https://www.tiktok.com/.daerah.kluan?_r=1&_t=ZS-93UeKSQn0EC






Address

Aras 1, Bangunan Persekutuan, Jalan Batu Pahat
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aadk Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share