Pejabat Perikanan Daerah Kluang

Pejabat Perikanan Daerah Kluang Berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat semasa kepada komuniti perikanan daerah Kluang

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU

PADA 01 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA
PEGAWAI DAERAH KLUANG
WARGA KERJA PEJABAT DAERAH KLUANG
SERTA SELURUH RAKYAT DAERAH KLUANG

29/05/2026

✨VIDEO PROMOSI PROJEK PENTERNAKAN IKAN TILAPIA MERAH MENGGUNAKAN SISTEM BIOFLOK MILIK JPKK KAMPUNG CHOKRO, SIMPANG RENGGAM✨

Warga Kluang tahu tak apa itu sistem bioflok? Secara ringkasnya, ia adalah teknologi “kitar semula” yang sangat efisien di mana bakteria akan menukar sisa ternakan kepada sumber protein atau flok untuk dimakan semula oleh ikan.

Sistem ini membolehkan penternakan ikan dengan kepadatan yang tinggi walaupun dalam ruang yang kecil. Sistem ini juga dapat menjimatkan kos operasi kerana ia terbukti mampu mengurangkan kos pembelian dedak sehingga 20-30%.

Warga Kluang yang teringin nak rasa makan ikan tilapia yang diternak menggunakan sistem ini bolehlah membuat tempahan pada JPKK Kampung Chokro, Simpang Renggam.

Pejabat Perikanan Negeri Johor
DOF Malaysia




27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuh nilai pengorbanan serta menyemai semangat keikhlasan dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan rahmat serta kesejahteraan buat kita semua.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Azahari Bin Haji Othman
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan)
serta seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia.







27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, semoga ukhuwah terus diperkukuh, rezeki dipermudahkan dan kehidupan sentiasa dirahmati.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain
Ketua Pengarah Perikanan
serta seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia.







Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. S...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. Semoga ibadah korban kali ini dapat dilakukan dengan sempurna serta diterima Allah SWT.

Aidiladha setiap tahun mengingatkan kita tentang sirah Nabi Ibrahim a.s serta anakanda Baginda Nabi Ismail a.s. yang menjadi pedoman buat umat Islam akan besarnya erti pengorbanan yang berlandaskan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Kluang

PROGRAM PEMUTIHAN DAN PERLESENAN PREMIS AKUAKULTUR DAERAH KLUANG TAHUN 2026 (SEKTOR 1 : PALOH)Kluang, 22 Mei 2026 Progra...
26/05/2026

PROGRAM PEMUTIHAN DAN PERLESENAN PREMIS AKUAKULTUR DAERAH KLUANG TAHUN 2026 (SEKTOR 1 : PALOH)

Kluang, 22 Mei 2026

Program Pemutihan dan Perlesenan premis akuakultur daerah Kluang telah dimulakan hari ini melibatkan sektor penternakan di mukim Paloh.

Sebanyak 2 premis telah dilawat pada hari ini iaitu premis Iz Aquaculture dan Fauzi Rehan Agro Farm . Kedua-dua premis ini menjalan penternakan ikan air tawar seperti ikan keli, ikan tilapia dan ikan patin.

Pihak Jabatan akan terus memantau dan memberi sokongan kepada semua kumpulan sasar dan komuniti perikanan bagi meningkatkan lagi potensi pengeluaran yang akan menyumbang kepada sekuriti makanan negara ini.

Pejabat Perikanan Negeri Johor




25/05/2026


22/05/2026

✨KEMPEN KESEDARAN ANCAMAN IKAN ASING DI PERAIRAN UMUM✨

Pejabat Perikanan Daerah Kluang dan Jabatan Perikanan Negeri Johor ingin mengingatkan orang ramai bahawa melepaskan ikan asing ke perairan umum adalah dilarang kerana boleh memberi kesan serius terhadap ekosistem semula jadi dan sumber perikanan tempatan.

Ikan asing yang dilepaskan boleh:
• Mengancam spesies ikan tempatan melalui persaingan makanan dan habitat
• Menyebarkan penyakit kepada hidupan akuatik sedia ada
• Mengganggu keseimbangan ekosistem sungai, tasik dan empangan

Antara spesies ikan asing air tawar adalah seperti Keli Afrika,Tilapia, Ikan Bandaraya, Pacu, Lampam Jawa, Lampam Siam, Baung Ekor Merah dan Udang Kara Sepit Merah

Alternatifnya, orang ramai boleh melepaskan ikan asli tempatan (dengan nasihat daripada Jabatan Perikanan Negeri Johor) seperti Baung Kuning, Lampam Sungai, Terbol, Sebarau, Kelah, Tengas, Kelabau dan Udang Galah

Orang ramai dinasihatkan:
• Tidak melepaskan sebarang spesies ikan asing ke perairan umum
• Mendapatkan nasihat Jabatan Perikanan sebelum menjalankan sebarang aktiviti pelepasan ikan
• Melupuskan ikan peliharaan secara bertanggungjawab

Bersama kita pelihara sumber perikanan dan biodiversiti Negeri Johor untuk manfaat bersama.

Pejabat Perikanan Negeri Johor
DOF Malaysia
Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi




21/05/2026

PENYERAHAN BANTUAN SISTEM PENYAMPAIAN & KHIDMAT SOKONGAN (SPeKS) AKUAKULTUR BAGI PENTERNAK DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Kluang- 20 MEI 2026

Penyerahan bantuan SPeKS Bil.1 tahun 2026 kepada 3 penternak di daerah Kluang iaitu En Norhayat bin Kasim, En Zakuan Bin Yunos dan En Shahkobat Ariffin bin Khamis telah dijalankan hari ini. Semua penerima selesai menerima benih dan makanan ikan.

PPD Kluang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih pada semua pihak yang terlibat. Diharap bantuan yang diberikan ini dapat meningkatkan jumlah pengeluaran setiap penternak.

Onn Hafiz Ghazi
Zahari Sarip.
MEDIA DIGITAL JOHOR
Pejabat Perikanan Negeri Johor





MESYUARAT AGUNG DAN PERBINCANGAN HALATUJU MYKP KAHANG BERSAMA PUSAT KHIDMAT DUN KAHANG19 MEI 2026 - Mesyuarat Agung Tahu...
20/05/2026

MESYUARAT AGUNG DAN PERBINCANGAN HALATUJU MYKP KAHANG BERSAMA PUSAT KHIDMAT DUN KAHANG

19 MEI 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan dan sesi perbincangan halatuju myKP Kahang telah diadakan pada hari ini. Lebih manis mesyuarat pada kali ini turut dihadiri bersama pegawai dari Pusat Khidmat Dun Kahang yang sangat menyokong pergerakan komuniti ini.

Antara agenda utama mesyuarat pada kali ini adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pengurusan myKP Kahang yang baru untuk memacu pembangunan dan kejayaan komuniti ini.

Mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu semasa komuniti di sana terutamanya kumpulan nelayan di samping melihat projek-projek berpontensi untuk diketengahkan.

PPD Kluang menzahirkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa baru yang dilantik. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Pusat Khidmat Dun Kahang atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada aktiviti perikanan di daerah ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan di masa akan datang demi kemajuan bersama.

Pejabat Perikanan Negeri Johor





Address

Bangunan Persekutuan Daerah Kluang
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share