Kluang 居銮

Kluang 居銮 Page ini adalah kesinambungan untuk berkongsi info-info semasa trending media sosial terutama Kluang.

Refurbished computer for salePrice:RM300CPU:Intel® Core™ i3-2120 ProcessorMotherboard:Gigabyte H61MRAM:DDR3-8GBGraphic:I...
03/02/2025

Refurbished computer for sale
Price:RM300

CPU:Intel® Core™ i3-2120 Processor
Motherboard:Gigabyte H61M
RAM:DDR3-8GB
Graphic:Intel® HD Graphics 2000
Hard Disk:500GB
OS:Windows 10

Whatsapp 018-7933 878

Refurbished computer for salePrice:RM400CPU:Intel® Core™ i5-3570 ProcessorMotherboard:Asus H61M-KRAM:8GB(DDR3)Graphic:In...
17/01/2025

Refurbished computer for sale
Price:RM400

CPU:Intel® Core™ i5-3570 Processor
Motherboard:Asus H61M-K
RAM:8GB(DDR3)
Graphic:Intel® HD Graphics 2500
Hard Disk:500GB
OS:Windows 10

Whatsapp 018-7933 878

【Sinar Harian】Warga emas ditemukan mati dalam kebun sawit07 Ogos 2023KLUANG - Seorang lelaki warga emas ditemukan mening...
08/08/2023

【Sinar Harian】

Warga emas ditemukan mati dalam kebun sawit

07 Ogos 2023

KLUANG - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.50 pagi sebelum menghubungi anggota di Balai Polis Simpang Renggam.

"Susulan itu anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke lokasi kejadian dan menemukan lelaki itu yang lengkap berpakaian berusia 64 tahun di tepi kenderaan tersebut.

"Lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia selama kira-kira tiga hari dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan mayat diserahkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifisasikan sebagai kematian mengejut (SD).

Pada masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam yang memaklumkan penemuan tersebut.

KLUANG - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi kenderaan pacuan empat roda dalam kebun sawit di Kampung Paya Mas 2, Simpang Renggam dekat sini pada...

25/07/2023

Makluman: 7.45 petang tadi sekumpulan gajah sebanyak 15 ekor berada di seberang BSI area MARDI.

Masih ada orang tak takut disaman。。。
23/07/2023

Masih ada orang tak takut disaman。。。

【Sinar Harian】Lelaki maut tercampak keluar dari treler18 Julai 2023KLUANG – Seorang lelaki maut tercampak keluar dari tr...
19/07/2023

【Sinar Harian】

Lelaki maut tercampak keluar dari treler

18 Julai 2023

KLUANG – Seorang lelaki maut tercampak keluar dari treler dipandunya selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 71.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 9.44 malam itu mengakibatkan mangsa dikenali sebagai Zulkifli, 54, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan treler remuk teruk pada bahagian hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nizar Ma'mun berkata, seramai 12 anggota dari BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi tersebut dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT). Mangsa yang tercampak keluar dari treler disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.20 malam," ujarnya.

KLUANG - Seorang lelaki maut tercampak keluar dari treler dipandunya selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 71.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat...

【Sinar Harian】Pekerja kontraktor TNB maut, rakan cedera dilanggar BMW15 Julai 2023KLUANG – Seorang pekerja kontraktor Te...
19/07/2023

【Sinar Harian】

Pekerja kontraktor TNB maut, rakan cedera dilanggar BMW

15 Julai 2023

KLUANG – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 83, Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 3 petang berhampiran Taman Sri Impian itu melibatkan sebuah kereta BMW, Proton Wira dan sebuah jentera berat jenis Case.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas kereta BMW yang dipandu individu dikenali sebagai Khui, 26, datang dari arah Kota Tinggi ke Kluang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar kereta Proton Wira serta Jengkaut yang diletakkan di tepi jalan arah bertentangan serta pekerja kontraktor TNB," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bahrin berkata, akibat kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Hizran Aiman, 23, cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Tambahnya, seorang lagi pekerja Kontraktor TNB, Muhammad Hizran Aiman, 23, mengalami kecederaan di tangan kiri dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini manakala pemandu kereta BMW, Proton Wira serta Jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pemandu kereta BMW ditahan untuk pemeriksaan saringan air kencing namun didapati tiada pengaruh dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

KLUANG - Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan di Kilometer 83, Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini pada...

【Bernama】Gajah sesat masuk penjara Kluang21 DISEMBER 2022KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Pe...
21/12/2022

【Bernama】

Gajah sesat masuk penjara Kluang

21 DISEMBER 2022

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor hari ini mengesahkan berlaku kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang, di sini, Isnin lepas.

Pengarahnya Aminuddin Jamin berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam dan menggegaskan tiga petugas jabatan itu ke lokasi.

Beliau berkata gajah dewasa itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang dikenali sebagai 'Grup Tenang', yang difahamkan kira-kira 15 ekor.

Menurut Aminuddin, susulan itu, pihaknya menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah 'tembak dan halau' serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.

"Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.

"Seterusnya, pihak Perhilitan akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan provokasi terhadap gajah sekiranya bertembung dan berhubung dengan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.

【Utusan】Dana masjid Bandar Sri Impian masih belum cukup, orang ramai dijemput menyumbang21 DISEMBER 2022KLUANG – Orang r...
21/12/2022

【Utusan】

Dana masjid Bandar Sri Impian masih belum cukup, orang ramai dijemput menyumbang

21 DISEMBER 2022

KLUANG – Orang ramai dijemput menghulurkan sumbangan bagi membolehkan sebuah masjid dapat dibina sebagai kegunaan penganut beragama Islam di Bandar Sri Impian dekat sini untuk menjalankan aktiviti keagamaan khususnya untuk menunaikan solat.

Timbalan Pengerusi Pembangunan Masjid Taman Sri Impian, Mohd Sabri Abd Kadir berkata, perancangan sejak lebih 10 tahun itu sehingga kini hanya mampu mengumpul hampir RM3 juta sedangkan kos yang diperlukan adalah sebanyak kira-kira RM7 juta.

Katanya, tanah seluas kira-kira 4.04686 hektar yang disumbangkan oleh Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (Kopketa) sudah bersedia untuk dibangunkan dan hanya kosnya sahaja yang belum mencukupi.

“Oleh yang demikian kami amat berterima kasih kepada orang ramai yang sudi untuk sama-sama menyumbang bagi merealisasikan pembinaan masjid ini.

” Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan terus ke akaun Bank Islam (01-050-01-003390-5) dan berharap ia cukup tidak lama lagi,”katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Mohb Sabri pihaknya juga belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri atau pusat menyebabkan perancangan pembinaan masjid ini tidak dapat dilaksanakan.

Ujarnya lagi, ada juga penyumbang berskala besar bertanya tentang status pembinaan masjid ini dan mereka memahami apabila diterangkan keadaan sebenar yang berlaku.

“Diharapkan lebih ramai lagi yang sudi untuk menyumbang agar masjid yang dibina nanti dapat dimanfaatkan oleh hampir 10,000 orang yang tinggal di taman perumahan ini.

“Pada masa ini, kami hanya menggunakan dua buah surau yang dinaik taraf sebagai masjid sebagai pusat kegiatan keagamaan dan ianya hanya mampu menampung kegunaan sekitar 800 orang jemaah sahaja,” Katanya.

KLUANG: Orang ramai dijemput menghulurkan sumbangan bagi membolehkan sebuah masjid dapat dibina sebagai kegunaan penganut beragama Islam di Bandar Sri Impian dekat sini untuk menjalankan aktiviti keagamaan khususnya untuk menunaikan solat. Timbalan Pengerusi Pembangunan Masjid Taman Sri Impian, Mohd...

【Sinar Harian】Dua maut, enam cedera nahas dua kenderaan28 NOVEMBER 2022KLUANG – Dua lelaki maut, manakala enam lagi cede...
28/11/2022

【Sinar Harian】

Dua maut, enam cedera nahas dua kenderaan

28 NOVEMBER 2022

KLUANG – Dua lelaki maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta di Jalan Kluang Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong di sini pada petang Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.29 petang.

"Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan Van Camplacer dan sebuah Proton Wira," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

"Terdapat empat orang lelaki menaiki kereta Proton Wira. Dua daripadanya tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang belakang pemandu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Anggota bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan memotong sebahagian rangka kereta menggunakan alat pemotong khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia ialah Muhammad Khairul Rosli, 17, dan Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal, 20.

"Manakala mangsa yang cedera di dalam kereta Proton Wira ialah Mohammed Haziq Kamarul Azhar, 17 dan seorang lagi yang belum diperoleh maklumat identitinya.

KLUANG - Dua lelaki maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan kereta di Jalan Kluang Simpang Renggam berhampiran Kampung Sungai Sayong di sini...

【Sinar Harian】Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori23 NOVEMBER 2022KLUANG – Seorang pemuda maut selepas kereta ...
24/11/2022

【Sinar Harian】

Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori

23 NOVEMBER 2022

KLUANG – Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini pada Rabu.

Kemalangan pada jam 5.30 petang itu mengakibatkan lelaki berkenaan, Muhammad Nur Fitri Azlan, 23, mengalami kecederaan teruk di kepala, lutut sebelah kiri dan badan sebelum maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berkenaan melibatkan kereta Honda Civic dipandu mangsa dengan lori jenis Scania.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori berkenan datang dari arah Renggam menghala ke Simpang Renggam manakala kereta tersebut dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori tersebut.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Norhisam Ihwan berkata, sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT).

"Terdapat seorang mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta Honda Civic. Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan Rescue Tools.

KLUANG - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21Jalan Renggam, Simpang Renggam di sini pada Rabu. Kemalangan pada jam...

【Kosmo】Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang23 NOVEMBER 2022KLUANG – Selepas kejadian serangan ke atas ternakan di ...
24/11/2022

【Kosmo】

Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang

23 NOVEMBER 2022

KLUANG – Selepas kejadian serangan ke atas ternakan di Felda Bukit Tongkat melibatkan kematian dua ekor anak lembu dilaporkan berlaku pada hari Sabtu lalu, binatang buas dipercayai harimau membaham seekor haiwan di sebuah ladang di Felda Ulu Dengar, di sini Ahad lalu.

Peneroka Felda Ulu Dengar, yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 55, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 6 petang apabila bangkai anak lembu ditemui di ladang berkenaan.

Katanya, melihat keadaan itu dan mendengar kejadian sama di Felda Bukit Tongkat menyebabkan timbul kerisauan apatah lagi bangkai anak lembu itu tidak dimakan dan hanya ditinggalkan selepas dibunuh.

“Selepas kejadian, kami tidak lagi membiarkan lembu berkeliaran di dalam ladang berhampiran pinggir hutan namun memilih kawasan anak selamat untuk ternakan ini meragut rumput.

“Namun apa yang dibimbangkan adalah keselamatan pekerja dan peneroka yang melakukan kerja di dalam ladang berkenaan kerana bimbang Harimau datang lagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya lagi, sebagai langkah keselamatan, semua pekerjaan samada merumput atau memotong dahan dan buah sawit dihentikan seketika di ladang terbabit.

Ujarnya, satu laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dilakukan agar tindakan segera dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

KLUANG – Selepas kejadian serangan ke atas ternakan di Felda Bukit Tongkat melibatkan kematian dua ekor anak lembu dilaporkan berlaku pada hari Sabtu lalu, binatang buas dipercayai harimau membaham seekor haiwan di sebuah ladang di Felda Ulu Dengar, di sini Ahad lalu. Peneroka Felda Ulu Dengar, ya...

Address

Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kluang 居銮 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share