Pejabat Kesihatan Daerah Kluang at Kluang Sihat

Pejabat Kesihatan Daerah Kluang at Kluang Sihat Pejabat Kesihatan Daerah Kluang
Bangunan Pentadbiran,
Kompleks Kesihatan Kluang,
Jalan Hospital Lama

11/06/2026

Lindungi Diri, Lindungi Ummah: Vaksinasi Cegah Measles.

Mari ikuti Siri Podcast Bulanan yang bertemakan "Kesedaran Measles dan Hukum Vaksinasi dari Sudut Islam" bersama Moderat...
09/06/2026

Mari ikuti Siri Podcast Bulanan yang bertemakan "Kesedaran Measles dan Hukum Vaksinasi dari Sudut Islam" bersama Moderator Dr Nazmeen Adline Fawwazah binti A Fauzi, Pegawai Perubatan dan bersama dua Panel iaitu Dr Muadz bin Azahari, Pakar Perubatan Keluarga serta Penampilan Khas Ustaz Amirul Asyraf Bin Sulaiman dari Pejabat Kadi Daerah Kluang
yang akan disiarkan pada:

Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Link page: https://www.facebook.com/share/1BE3UJzPiv/?mibextid=wwXIfr

Jom saksikan, jangan lupa untuk like & follow Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. E-sijil akan disediakan.

Stay tuned! πŸ‘‹πŸ»

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengendalian daging korban yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan daging yang diagihkan sentiasa bersih, selamat dan berkualiti.

Oleh itu, pengendalian dan penyimpanan daging korban perlu dikendalikan mengikut tip seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban dicemari bakteria.

Utamakan keselamatan makanan demi kesihatan keluarga tersayang.
Keselamatan makanan tanggungjawab bersama.
Makanan selamat, Aidiladha nikmat.




πŸ“’ PEMAKLUMAN KLINIK KESIHATAN DAERAH KLUANGUntuk makluman orang ramai, Klinik Kesihatan Daerah Kluang akan beroperasi se...
26/05/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN KLINIK KESIHATAN DAERAH KLUANG

Untuk makluman orang ramai, Klinik Kesihatan Daerah Kluang akan beroperasi seperti biasa pada 26, 28 dan 29 Mei 2026 serta 3 hingga 5 Jun 2026.

Klinik akan ditutup pada 27 Mei 2026 sempena Cuti Raya Haji dan turut ditutup pada 30 & 31 Mei serta 1 & 2 Jun 2026 sempena cuti umum.

Sila rancang urusan kesihatan anda dengan lebih awal. Terima kasih.

26/05/2026

Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Beberapa tip kami nak kongsikan kepada anda di luar sana sepanjang perayaan berkenaan.

Ibadah korban penuh keberkatan, keselamatan makanan jangan dilupakan. Keselamatan makanan tanggungjawab bersama.

Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
Pejabat Kesihatan Daerah Kluang




πŸ“Œ AKTIVITI UNIT HIV/STI/HEP C PKD KLUANGUnit HIV/STI/Hep C Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dengan kerjasama Intan Life Z...
19/05/2026

πŸ“Œ AKTIVITI UNIT HIV/STI/HEP C PKD KLUANG

Unit HIV/STI/Hep C Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dengan kerjasama Intan Life Zone Kluang terus komited dalam memperkasakan usaha promosi kesihatan, pendidikan pencegahan serta saringan kesihatan kepada komuniti dan populasi kunci di daerah Kluang melalui beberapa program sepanjang Mei 2026.

πŸ—“οΈ 1. Program Felda β€œDesaku Mendunia”
πŸ“ Dewan Semarak Felda Kahang Timur
πŸ“… 09 Mei 2026
🀝 Anjuran bersama: AADK Daerah Kluang
🎯 Aktiviti: Promosi kesihatan, booth pameran dan saringan kesihatan

πŸ—“οΈ 2. Program Sentuhan Insani Orang Tahanan Di Bawah Akta Dadah Berbahaya 1985
πŸ“ Dewan Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam
πŸ“… 12 Mei 2026
🀝 Anjuran bersama: Kementerian Dalam Negeri
🎯 Aktiviti: Promosi kesihatan dan booth pameran

πŸ—“οΈ 3. Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Daerah Kluang
πŸ“ SMK Tun Hussein Onn
πŸ“… 14 Mei 2026
🀝 Anjuran bersama: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang
🎯 Aktiviti: Promosi kesihatan, booth pameran dan saringan kesihatan

Terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program-program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan HIV/STI/Hepatitis C serta menggalakkan amalan hidup sihat.

,BersamaLindungi



🌿 Gotong-Royong Hari Ini, Komuniti Bebas Denggi Esok! 🦟Syabas dan tahniah kepada En Roslan dan COMBI Taman Seri Impian a...
18/05/2026

🌿 Gotong-Royong Hari Ini, Komuniti Bebas Denggi Esok! 🦟

Syabas dan tahniah kepada En Roslan dan COMBI Taman Seri Impian atas inisiatif menganjurkan program gotong-royong sebagai langkah proaktif dalam usaha pencegahan demam denggi di komuniti setempat.

Semangat sukarelawan dan kebersamaan seperti ini wajar dijadikan contoh kepada semua komuniti. Diharapkan lebih banyak kumpulan COMBI lain tampil ke hadapan untuk bersama-sama menjayakan misi Sifar Denggi demi kesejahteraan masyarakat.

β€œKomuniti bergerak, denggi terhapus!”

🀝 Gerak Mesra, Komuniti Sejahtera, Denggi Terkawal! 🦟Tahniah dan penghargaan kepada ahli majlis Majlis Perbandaran Kluan...
18/05/2026

🀝 Gerak Mesra, Komuniti Sejahtera, Denggi Terkawal! 🦟

Tahniah dan penghargaan kepada ahli majlis Majlis Perbandaran Kluang En Izaluddin Bin Akmat kerana menganjurkan Program Gerak Mesra sebagai usaha mendekati komuniti dalam memperkukuh kesedaran dan tindakan pencegahan demam denggi.

Melalui semangat kebersamaan, setiap langkah kecil yang diambil hari ini mampu membawa perubahan besar ke arah komuniti bebas denggi.

Mari ikuti Siri Podcast Bulanan yang bertemakan Obesiti Tanpa Komorbid: Bom Jangka atau Peluang Kedua? bersama Moderator...
14/05/2026

Mari ikuti Siri Podcast Bulanan yang bertemakan Obesiti Tanpa Komorbid: Bom Jangka atau Peluang Kedua? bersama Moderator Dr Muhammad Irfan Bin Arifin, Pegawai Perubatan, dam Panel Dr Noor Ezzean Ezzati binti Mohd Othman, Pakar Perubatan Keluarga serta penampilan khas Dr Nor Hana binti Ahamad Bahuri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang akan disiarkan pada:

Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Link page: https://www.facebook.com/share/1BE3UJzPiv/?mibextid=wwXIfr

Jom saksikan, jangan lupa untuk like & follow Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. E-sijil akan disediakan. Stay tuned πŸ‘πŸ»

Di sebalik aduan dan rungutan pesakit, ada juga yang menghargai khidmat dan jasa kami. Kata-kata seperti ini amat bermak...
13/05/2026

Di sebalik aduan dan rungutan pesakit, ada juga yang menghargai khidmat dan jasa kami. Kata-kata seperti ini amat bermakna bagi kami untuk terus bangkit dan menjadi penyuntik semangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Penghargaan sebegini jarang diterima, namun nilainya sangat besar bagi kami! 🌹

Tahniah buat KK Kahang Batu 22!

Address

Bangunan Pentadbiran, Kompleks Kesihatan Kluang, Jalan Hospital Lama
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6077721852

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kluang at Kluang Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kluang at Kluang Sihat:

Share