Pejabat Daerah Kluang

Pejabat Daerah Kluang πŠπ‹π”π€ππ† πŒπ€πŠπŒπ”π‘ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 2030 Pejabat Daerah Kluang (PDK) terletak di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Pejabat Kerajaan 1, 86000 Kluang, Johor.

Kawasan pentadbirannya meliputi 8 buah mukim. Pejabat Daerah Kluang adalah merupakan agensi kerajaan utama di daerah Kluang yang bertindak sebagai perancang dan penyelaras pembangunan daerah. Dari segi sosial, organisasi ini juga memainkan peranan sebagai agen kepada perubahan, penyambungan kepada lidah kerajaan dan pendokong kepada sistem pentadbiran berdasarkan budaya kerja yang cemerlang dan po

sitif. Kluang merupakan nama sebuah pekan dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 110km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu β€˜keluang’, yang bermaksud sejenis musang terbang ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu, tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta’zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalanraya dan keretapi. Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama yang lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Pejabat Daerah Kluang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kluang dan sekaligus pusat bagi perubahan, cabaran dan pengaruh dalam bentuk sosial dan budaya. Di samping itu Pejabat Daerah Kluang juga berperanan sebagai institusi sokongan pembangunan di peringkat akar umbi di setiap kawasan di daerah Kluang. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia, Kerajaan Negeri Johor telah mengasingkan pentadbiran daerah dan pentadbiran tanah melalui pembentukan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun Pejabat Daerah merupakan pentadbiran utama di peringkat daerah.

MAKLUMAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BUS MUAFAKAT JOHOR SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAH...
02/06/2026

MAKLUMAN PERKHIDMATAN SHUTTLE BUS MUAFAKAT JOHOR SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR TAHUN 2026

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYATSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR TAH...
02/06/2026

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYAT
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN JOHOR TAHUN 2026
(BAGI DAERAH MERSING, KLUANG & BATU PAHAT)

TARIKH : 6 JUN 2026
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : DATARAN TASIK KLUANG

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

01/06/2026

Β  – Dewan Negeri (DUN) Johor ke-15 secara rasminya dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Β  Pembubaran DUN Johor ke-15 ini dibuat selepas watikah pembubaran mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sela...

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYATSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR TAH...
01/06/2026

MAJLIS JAMUAN TEH BERSAMA RAKYAT
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN JOHOR TAHUN 2026

TARIKH : 6 JUN 2026
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : DATARAN TASIK KLUANG

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

01/06/2026
01/06/2026

Kerajaan Johor terus komited memastikan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra rakyat khususnya melibatkan golongan warga emas, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) serta penerima yang lain yang berkeperluan khas.

Pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan, maklum balas dan pengalaman penerima di lapangan bagi memastikan urusan semakan serta penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi manfaat kepada rakyat serta dapat diterima dengan lebih mudah, cepat dan teratur oleh Bangsa Johor.

Untuk semakan jadual, sila rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, JKM Negeri Johor - JKMNJ dan Pejabat-Pejabat Daerah.

Onn Hafiz Ghazi







01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKUMERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU

PADA 01 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA
PEGAWAI DAERAH KLUANG
WARGA KERJA PEJABAT DAERAH KLUANG
SERTA SELURUH RAKYAT DAERAH KLUANG

31 Mei 2026Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh Penganut Agama Buddha khususnya yang berada di Daerah Kluang.Semo...
31/05/2026

31 Mei 2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh Penganut Agama Buddha khususnya yang berada di Daerah Kluang.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua.

Ikhlas Daripada :
Puan Hajah Azurawati Binti Wahid
Pegawai Daerah Kluang
Serta Warga Kerja Pejabat Daerah Kluang

"β„™β„π•†π”½π”Όπ•Šπ•€π•†β„•π”Έπ•ƒ, π”Ήπ”Όβ„π”Όπ•π•†π•ƒπ•Œπ•Šπ•€ 𝔻𝕀𝔾𝕀𝕋𝔸𝕃 𝔻𝔸ℕ π•„π”Όβ„•π•Šπ”Όπ•π”Έβ„π•‹π”Όβ„π”Έπ•‚π”Έβ„• π•‚π•ƒπ•Œπ”Έβ„•π”Ύ"





Address

Kluang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6077721964

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Kluang:

Share