PN Kluang居銮国盟

PN Kluang居銮国盟 居銮国盟现由土团党,回教党和民政党组成,我们服务对象主要是居銮民众?

Ayuh sama-sama hadir ke Himpunan Jentera Perikatan Nasional Negeri Johor 29.8.2024 jam 9.00 malam.Jumpa kita di sana!
28/08/2024

Ayuh sama-sama hadir ke Himpunan Jentera Perikatan Nasional Negeri Johor 29.8.2024 jam 9.00 malam.

Jumpa kita di sana!


KENYATAAN MEDIAPERIKATAN NASIONAL KLUANG BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA KECIL DUN MAHKOTAAssalamualaikum dan salam sejahte...
19/08/2024

KENYATAAN MEDIA
PERIKATAN NASIONAL KLUANG BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA KECIL DUN MAHKOTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Perikatan Nasional Parlimen Kluang (PN Kluang) yang bersidang pada malam tadi telah membuat beberapa keputusan penting khususnya yang berkaitan dengan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota akan diadakan tidak lama lagi.

2. Seperti mana yang telah diketahui umum, PRK DUN Mahkota perlu diadakan apabila ADUN Mahkota allahyarhamah Dato' Syarifah Azizah Syed Zain telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos yang lalu.

3. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan bahawa hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota adalah pada 28 September ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal p**a masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September 2024.

4. PN Kluang memberikan fokus terhadap kesiapsiagaan untuk menghadapi PRK ini dengan membentuk jentera pilihan raya yang melibatkan ketiga-tiga parti komponen serta pengagihan peranan yang akan diselaraskan dari masa ke masa.

5. PN Kluang juga akan sentiasa akur dengan apa jua keputusan yang ditetapkan oleh PN negeri Johor dan PN Pusat termasuklah yang berkaitan dengan soal calon kerana apa yang penting adalah untuk memastikan PN akan berjaya memenangi PRK ini nanti.

6. PN Kluang akan terus mengeratkan hubungan sesama ahli parti komponen dengan semangat setiakawan yang telah terjalin selama ini iaitu semangat "Tiga Sekawan" yang telah diwujudkan sejak tahun 2021 lagi.

7. PN Kluang juga menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PN khususnya di Kluang untuk turut sama menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan bagi merialisasikan hasrat untuk menawan DUN Mahkota.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan bersama ;

Mohd Nor bin Lingan
Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Kluang

Haji Mohd Nor bin Mohamad
Yang Dipertua PAS kawasan Kluang

Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang

Tarikh : 19 Ogos 2024


Demi bangsa Johor, undilah Perikatan Nasional 👍👍👍
23/02/2022

Demi bangsa Johor, undilah Perikatan Nasional 👍👍👍



Perikatan Nasional Pilihan Rakyat Johor, Demi Bangsa JohorUndilah Perikatan Nasional 👍👍👍
23/02/2022

Perikatan Nasional Pilihan Rakyat Johor, Demi Bangsa Johor

Undilah Perikatan Nasional 👍👍👍



PERIKATAN NASIONAL PILIHAN RAKYAT JOHOR

Alhamdulillah, tinggal Empat hari lagi akan berlakunya Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum Negeri Johor (PRN Johor). Sebentar tadi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin bin Yassin memaklumkan bahawa senarai nama calon PN akan diumumkan pada hari Khamis ini. Bukan sahaja para penyokong PN sahaja yang terntunggu-nunggu senarai calon malah pihak lawan dan rakyat Johor juga dilihat menanti dengan penuh debaran siapakah bakal dipilih sebagai wakil PN dalam PRN Johor ini nanti.

Seperti yang dinyatakan dalam ucapan TSMY di Kota Tinggi baru-baru ini, PN tidak bergaduh pun dalam menentukan kerusi di antara parti komponen PN, malah ianya telah diselesaikan dalam masa seminggu sahaja. Apa yang penting, kata TSMY adalah iltizam kita yang betul-betul dan bersungguh-sungguh dalam membentuk kerajaan dan bagaimana kita hendak mentadbir urus kuasa yang bakal diamanahkan dengan cara yang betul dan telus.

Seperti yang disebut oleh TSMY, PN juga menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun sekiranya menang PRN Johor ini. Saya percaya dengan pengalaman yang sangat luas sebagai mantan PM dan MB Johor serta pengalamannya yang tinggi dalam memimpin negara serta pernah menjadi Menteri Besar Johor ini dapat membantu negeri ini. Saya sangat optimis dan saya yakin ianya satu tawaran yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh rakyat Johor.

Pilihan kini terletak di tangan para pengundi di dalam PRN Johor yang berjumlah 2.57 juta nanti. Bak kata Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Johor mampu menjadi ‘guru’ kepada negeri lain dalam berpolitik dengan menjadikan Sabah sebagai contoh untuk diteladani yang terbukti berjaya menghasilkan satu bentuk pemerintahan yang baik ketika ini.

Yok orang Johor, kita pilih PERIKATAN NASIONAL

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
22 Februari 2022



彭炜洺向大家拜年了。。。。SELAMAT MENYAMBUT HARI TAHUN BARU CINA。 #炜洺服务
31/01/2022

彭炜洺向大家拜年了。。。。SELAMAT MENYAMBUT HARI TAHUN BARU CINA。

#炜洺服务

KENYATAAN MEDIATAJUK : PERIKATAN NASIONAL KLUANG BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI JOHORPerikatan Nasional Parlimen Kl...
21/01/2022

KENYATAAN MEDIA
TAJUK : PERIKATAN NASIONAL KLUANG BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Perikatan Nasional Parlimen Kluang yang bersidang pada malam ini telah membuat beberapa keputusan penting khususnya yang berkaitan dengan kemungkinan akan berlakunya Pilihan Raya Negeri Johor (PRN Johor) dalam masa terdekat ini.

PN Kluang melihat bahawa bukanlah menjadi satu keutamaan untuk diadakan PRN pada ketika memandangkan tiada apa-apa isu pergolakan yang berlaku dalam kerajaan. Tiada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Dato' Haji Hasni bin Mohammad. Malah Menteri Besar Johor mendapat sokongan dalam urusan pentadbiran oleh wakil rakyat daripada BERSATU dan PAS.

Walau bagaimana pun, PN Kluang terus berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi PRN Johor sekiranya DUN Johor dibubarkan dalam masa terdekat.

PN Kluang telahpun membuat beberapa keputusan bersama untuk menghadapi PRN Johor bagi kerusi DUN Mahkota dan Mengkibol dan menyerahkan kepada kepimpinan PN Johor untuk membuat keputusan nanti.

PN Kluang akan terus mengeratkan hubungan sesama ahli parti dalam pelbagai program yang bakal diadakan di Kluang.

Setiakawan yang telah terjalin selama ini akan terus diperkukuhkan untuk memastikan peranan PN Kluang dalam menyantuni masyarakat di Kluang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan bersama ;

Mohd Nor bin Lingan
Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Kluang

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Dipertua PAS kawasan Kluang

Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang

Tarikh : 21 Januari 2022


Terima kasih untuk liputan media.
10/11/2021

Terima kasih untuk liputan media.

KENYATAAN MEDIA PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG TAJUK : PERIKATAN NASIONAL KLUANG YAKIN KEJAYAAN BESAR DI PRN MELAKA ...
09/11/2021

KENYATAAN MEDIA
PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG

TAJUK : PERIKATAN NASIONAL KLUANG YAKIN KEJAYAAN BESAR DI PRN MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perikatan Nasional Parlimen Kluang (PN Kluang) meletakkan keyakinan penuh kepada calon-calon mewakili Parti Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Melaka bermula semalam dengan sesi Penamaan Calon.

Calon-calon yang mewakili BERSATU, PAS dan GERAKAN telah dipilih berdasarkan kepada latar belakang pendidikan, pengalaman politik dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dilihat sangat layak untuk diberikan peluang bagi mewakili rakyat Melaka dalam DUN Melaka demi kesejahteraan rakyat di sana.

Kejayaan kerajaan PN dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha dilakukan kerajaan PN menjadi kayu ukur bagi pengundi di Melaka untuk memilih calon-calon PN.

Justeru PN Kluang mengajak semua rakyat Melaka untuk berani melakukan perubahan. Inilah peluang dan ruang untuk penduduk Melaka mewujudkan kerajaan yang berwibawa, bersih dan berintegriti.

Sekian, terima kasih.

Kenyataan bersama ;

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Dipertua PAS kawasan Kluang

Mohd Nor bin Lingan
Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Kluang

Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang

Tarikh : 9 November 2021



30/09/2021

Address

Kluang
86###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PN Kluang居銮国盟 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share