20/03/2026
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026M dalam suasana aman, harmoni dan penuh keberkatan.
Hari Raya Aidilfitri adalah hari KEMENANGAN bagi seluruh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu manifestasi kejayaan kita melawan hawa nafsu, memperkukuh keimanan serta meningkatkan rasa empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan Setinggi-tinggi PENGHARGAAN kepada seluruh ahli BERSATU Bahagian Kluang dan juga para pendukung Parti Perikatan Nasional yang terus istiqamah, setia dan komited dalam memperjuangkan agenda parti. Semangat kebersamaan dan kesatuan inilah yang menjadi resepi kekuatan parti.
Aidilfitri juga adalah masa untuk kita mempereratkan silaturrahim, memaafkan segala kesilapan dan memperbaharui tekad untuk masa depan yang lebih baik. Saya menyeru agar kita semua terus memupuk nilai perpaduan, hormat-menghormati serta mengelakkan sebarang perpecahan demi kestabilan masyarakat dan negara.
Kepada Seluruh Warga Kluang, marilah kita jadikan sambutan Aidilfitri ini sebagai titik permulaan untuk memperkukuh ukhwah dan mempertingkatkan semangat kebersamaan dalam membina sebuah komuniti yang lebih sejahtera, progresif dan berdaya maju.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kembali kepada semua anak rantau yang pulang ke kampung halaman bagi sama-sama menyambut Aidilfitri.
Akhir kata, Saya dan seluruh kepimpinan BERSATU Bahagian Kluang ingin mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT dan kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Walillahilham..
Sekian,
وَبِاللّٰهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةُ، وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tuan Haji Mohd Talib Bin Haji Mohd Salim
Ketua BERSATU Bahagian Kluang
BERSATU | BERAMANAH | BERMARUAH
Haji Mohd Talib MS
SirYusz Al Hajj
Mohd Haizan Jaafar
Mohd Firdaus Mohd Yunos
RiZana Rashid
Ayen Erin
Srikandi Bersatu Kluang