23/07/2025
πππππ ππππππ ππππππππππ ππππππππ (ππππ), πππ πππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ πππ ππππππππππππ ππππππ ππ. ππππ ππππππ πππ ππππππ
π
23 Julai 2024M | 27 Muharram 1447H
π Felda Kahang Timur, Kluang
Dalam suasana penuh keinsafan dan kasih sayang sesama rakan seperjuangan, warga Sektor Pengurusan Maklumat (SPMK), Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah hadir menyantuni En. Mohd Sharil bin Klivon di kediamannya di Felda Kahang Timur bagi menzahirkan sokongan moral dan keprihatinan atas pemergian anakanda tercinta beliau, Allahyarham Muhammad Adib.
Kunjungan ini disertai oleh Puan Azlini binti Ali (Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat), Puan Marina binti Yusof (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), dan Cik Suzilah binti Hashim (Penyelaras PTIS Negeri Johor).
Turut bersama dalam semangat solidariti ini ialah wakil Pas**an Teknikal ICT Sekolah (PTIS) Negeri Johor daripada tiga unit, iaitu Unit 1 (PTIS daerah Johor Bahru, PTIS daerah Pontian dan PTIS daerah Kulai), Unit 2 (PTIS daerah Batu Pahat, PTIS daerah Pasir Gudang, PTIS daerah Kota Tinggi dan PTIS daerah Mersing) serta Unit 3 (PTIS daerah Segamat, PTIS daerah Muar, PTIS daerah Kluang dan PTIS daerah Tangkak).
Kehadiran ini mencerminkan kekuatan ukhuwah dalam kalangan warga SPMK, yang sentiasa bersatu hati dalam saat s**a dan duka. Ia menjadi lambang bahawa ikatan yang terjalin di medan tugas turut membawa makna mendalam dalam kehidupan peribadi.
Dalam sesi kunjungan ini, En. Mohd Sharil turut berkongsi sedikit mengenai perjalanan hidup anakandanya, Allahyarham Muhammad Adib. Beliau menceritakan tentang peribadi Adib yang tenang, taat kepada ibu bapa, menjaga solat serta sangat menghormati orang sekeliling. Menurut beliau, sifat-sifat terpuji yang ditunjukkan oleh Allahyarham wajar dijadikan pedoman dan teladan buat generasi muda hari ini.
βAdib anak yang tidak banyak bicara tetapi cukup menjaga adab. Dia ringan tulang, sentiasa bertanya khabar dan sangat taat kepada ibu bapa. Walaupun sekejap masa Allah beri untuk saya bersamanya, saya redaβ¦ dan saya harap kisahnya dapat jadi contoh kepada kita semua,β ujar beliau dengan penuh sebak namun redha.
Dalam ucapan penutupnya, beliau turut menyatakan rasa terharu dan terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat:
βSaya amat berterima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat dari SPMK dan PTIS dari seluruh daerah. Kehadiran ini sangat menyentuh hati dan memberi kekuatan kepada saya dan keluarga. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.β
Terima kasih semua.