Penyelaras DUN Sg Kandis

Penyelaras DUN Sg Kandis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penyelaras DUN Sg Kandis, Social service, No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas, Klang.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ & ๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐ƒ๐”๐ ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐Š๐š๐ง๐๐ข๐ฌ๐Ÿ“… Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah...
26/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ & ๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐ƒ๐”๐ ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐Š๐š๐ง๐๐ข๐ฌ

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: SMAT Sultan Hisamuddin, Kg. Jawa, Klang

Majlis ini bukan hanya untuk mereka yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, tetapi untuk semua anak muda yang sedang membina masa depan dan mencari halatuju selepas SPM.

โœจ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ:
โœ… Penghargaan khas kepada pelajar cemerlang
๐Ÿ’ฐ Saguhati penyertaan untuk semua pelajar
โœ… Pendedahan peluang sambung belajar & halatuju kerjaya
โœ… Booth pameran institusi & agensi pendidikan
๐ŸŽ 100 pendaftaran awal akan menerima hadiah Smart Watch
๐ŸŽ‰ Cabutan bertuah menarik untuk para peserta yang hadir

๐Ÿ“Œ Penyertaan booth melibatkan:
โ€ข Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) โ€“ Kemaskini Anak Istimewa Selangor kelahiran 2008
โ€ข Yayasan Selangor
โ€ข Universiti Islam Selangor (UIS)
โ€ข Universiti Selangor (UNISEL)
โ€ข Selangor Technical Skills Development Center (STDC)
โ€ข MARA
โ€ข Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
โ€ข BPSM (Pinjaman Pelajar Selangor)

๐Ÿ“ ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง:
โœ”๏ธ Tinggal dalam kawasan DUN Sungai Kandis
โœ”๏ธ Ibu atau bapa merupakan pengundi DUN Sungai Kandis

๐Ÿ“ Permohonan & dokumen boleh diisi melalui QR Code yang disediakan di e-banner program atau melalui pautan berikut:
[Borang Permohonan Program](https://forms.gle/muXuQZadgABzRpHZA?utm_source=chatgpt.com)

๐Ÿ“† Tarikh permohonan dibuka:
14 Mei 2026 โ€“ 31 Mei 2026

๐Ÿ“ฃ Semua lepasan SPM 2025 DUN Sungai Kandis dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat, inspirasi dan peluang untuk melangkah ke masa depan yang lebih cerah.

๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐„๐Œ๐๐” ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘Alhamdulillah, selesai sesi serahan 5 ekor lembu dan 8 ekor kambing korban ...
26/05/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‹๐„๐Œ๐๐” ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

Alhamdulillah, selesai sesi serahan 5 ekor lembu dan 8 ekor kambing korban daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada sebahagian JPKK dan komuniti dalam kawasan DUN Sungai Kandis sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mengimarahkan ibadah korban serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan urusan serahan ini. Semoga segala usaha dan amal kebajikan diterima serta diberkati Allah SWT.

Anwar Ibrahim
Amirudin Shari
PINS - Pusat Informasi Negeri Selangor



26/05/2026
Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan di Program Jualan Ehsan Rahmah pagi ini di Masjid Kota Raja, Kampung Jawa.Raya...
25/05/2026

Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan di Program Jualan Ehsan Rahmah pagi ini di Masjid Kota Raja, Kampung Jawa.

Raya dah semakin dekat, orang ramai mula hadir seawal pagi untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan. Nombor giliran juga hampir habis kerana sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

Walaupun begitu, insyaAllah barangan jualan masih ada untuk para pengunjung yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini demi membantu rakyat membuat persiapan Aidiladha dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Alhamdulillah, Larian Obor SUKMA kini tiba di Klang sebagai simbol semangat perpaduan, keamanan dan kemanusiaan yang men...
25/05/2026

Alhamdulillah, Larian Obor SUKMA kini tiba di Klang sebagai simbol semangat perpaduan, keamanan dan kemanusiaan yang menyatukan seluruh rakyat.

Ustaz Zawawi turut hadir menyambut kedatangan obor SUKMA bersama para pemimpin masyarakat dan anak-anak muda yang penuh semangat menyokong pembangunan sukan negara.

Semoga temasya SUKMA kali ini terus menjadi medan melahirkan atlet berkualiti serta mengeratkan ukhuwah dan perpaduan antara negeri-negeri di Malaysia.

21/05/2026
Mesyuarat berkaitan isu trafik di hadapan Kilang Gardenia serta cadangan penambahan kawasan parkir Gardenia telah diadak...
19/05/2026

Mesyuarat berkaitan isu trafik di hadapan Kilang Gardenia serta cadangan penambahan kawasan parkir Gardenia telah diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.

Turut hadir wakil daripada Team MBSA, pihak Gardenia, Ketua Kampung Bukit Naga Tok Zul serta Jawatankuasa JPKK Kg Bukit Naga.

Semoga hasil perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan membantu melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Anwar Ibrahim
Amirudin Shari
PINS - Pusat Informasi Negeri Selangor
JPKK Bukit Naga




Dengan penuh rasa dukacita, saya menziarahi keluarga Allahyarham En. Husin Samuri atau lebih dikenali sebagai Tok Sen, K...
18/05/2026

Dengan penuh rasa dukacita, saya menziarahi keluarga Allahyarham En. Husin Samuri atau lebih dikenali sebagai Tok Sen, Ketua Kampung Teluk Menegun yang telah kembali ke pangkuan Ilahi akibat serangan kanser.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan simpati serta penghargaan kepada balu dan keluarga Allahyarham atas segala jasa, pengorbanan serta bakti beliau kepada masyarakat sehingga ke akhir hayat.

Allahyarham merupakan seorang pemimpin masyarakat yang sangat komited dan disenangi penduduk setempat. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kekuatan.

Al-Fatihah.

Anwar Ibrahim
Amirudin Shari
Jpkk Kg Telok Menegon




Selamat Menyambut Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang sentiasa gigih mendidik, membimbing dan membentuk gene...
16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik yang sentiasa gigih mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan negara.

โ€œGuru Pemacu Reformasi Pendidikanโ€ menjadi tema Hari Guru 2026, menghargai peranan guru sebagai tonggak utama dalam melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak.

Terima kasih cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah. Semoga terus diberikan kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa.

Ikhlas daripada
Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh anak muda khususnya di DUN Sungai Kandis.Tema tahun ini, โ€œMengge...
15/05/2026

Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh anak muda khususnya di DUN Sungai Kandis.

Tema tahun ini, โ€œMenggerak Beliaโ€ amat bertepatan dalam melahirkan generasi muda yang aktif, berilmu, berani mencuba serta menjadi penggerak kepada kemajuan masyarakat dan negara.

Golongan belia adalah aset penting masa depan. Teruskan melangkah ke hadapan dengan semangat perpaduan, kepimpinan dan nilai murni demi membina Malaysia yang lebih baik.

Semoga anak-anak muda terus cemerlang dalam pendidikan, pekerjaan, sukan, keusahawanan dan khidmat masyarakat.

Ikhlas daripada,
Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis

14/05/2026

Address

No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas
Klang
41200

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:30
Tuesday 10:00 - 16:30
Wednesday 10:00 - 16:30
Thursday 10:00 - 16:30
Friday 10:00 - 00:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras DUN Sg Kandis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category