Malaysia Makkal Sakti Party - MMSP

Malaysia Makkal Sakti Party - MMSP Makkal Sakti! MMSP’s energy found a motivated and inspired President in R.S.Thanenthiran. Of distributive justice.

Makkal Sakti (MMSP) the great rallying cry of the watershed 12th Malaysian General Elections made Indians relevant and significant again. Their stinging slogan of people’s power quickly found emotional ground and ready acceptance in the stirring hearts of all Malaysians. HINDRAF (Hindu Rights Action Force) was at the forefront of this seismic shift, rising from a murmuring groundswell and appealin

g to all Malaysians that there had to be another way, another basis, another alternative. The Malaysia Makkal Sakti Party (MMSP) was meaningfully born of this great dynamic, metamorphosing from potent spirit to manifest action. It’s trajectory did not go unnoticed, and it was registered on the 11th of May 2009 as a Malaysian political party for all, but clearly drawing its base from Malaysian Indians. And clearly seeking to connect the power of the people to the leaders of the people, poetic in their song that the power of the leaders was ultimately drawn from the power of the people. MMSP’s speedy registration is a clear recognition of its formidable potential as an alternative for the distraught Malaysian Indian community. An acute social Activist, he was the former National Co-ordinator of HINDRAF whilst their leaders were detained under the ISA and its Chairman was in self-exile in London. Thanenthiran’s unstinted and courageous leadership had continued to coalesce HINDRAF’s cacophony of disparate voices into an orchestrated drum-roll chorus of impassioned voices announcing in crisp harmony the exciting dawn of a new era in Malaysian politics. MMSP has been tremendously supported by the people. The President and his dedicated team have amassed 50,000 members in a short span of time. Motion demands change, and MMSP’s message is the promise of a better future and service in the pursuit of social justice. Of economic betterment. Of equitable opportunity. Of spiritual and temporal empowerment. Of human rights. Of fairness and justice. Of education and cultural empathy. Of peace and communal harmony. Of growth and evolution. Of Nation-building. And of placing human dignity and the human personality in all equations. MMSP is honoured to be officially launched on 10th October 2009 by our distinguished Prime Minister, Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

MMSP PERKUKUH KOMITMEN BERSAMA BARISAN NASIONAL MENJELANG PRN JOHORPada Ahad, 7 Jun 2026, Datuk Seri R.S. Thanenthiran, ...
09/06/2026

MMSP PERKUKUH KOMITMEN BERSAMA BARISAN NASIONAL MENJELANG PRN JOHOR

Pada Ahad, 7 Jun 2026, Datuk Seri R.S. Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), telah menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Johor Barisan Nasional yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi di EduCity, Johor.

Turut hadir ialah En. K. Kugeswaran selaku Naib Presiden MMSP, Dato’ Sugumaran selaku Pengerusi MMSP Negeri Johor merangkap Naib Presiden MMSP, En. Ganapathy selaku Pengerusi MMSP Negeri Sembilan merangkap Ketua Penerangan MMSP, En. Ramasamy selaku Ahli Exco Tertinggi Parti, serta barisan kepimpinan dan ahli-ahli Badan Perhubungan MMSP Negeri Johor.

Majlis tersebut menghimpunkan lebih 15,000 pejuang Barisan Nasional daripada seluruh Johor, sekali gus memperlihatkan semangat, kesatuan dan kesiapsiagaan jentera parti-parti komponen dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri Johor yang akan menerajui persiapan dan gerak kerja menghadapi pilihan raya akan datang.

Kehadiran kepimpinan serta ahli-ahli MMSP Negeri Johor mencerminkan komitmen berterusan parti dalam memperkukuhkan kerjasama dan semangat setiakawan bersama semua parti komponen Barisan Nasional demi memastikan kemenangan gabungan tersebut.

Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh para penyokong dan akar umbi yang hadir membuktikan keyakinan yang terus diberikan kepada Barisan Nasional dalam meneruskan agenda kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Parti Makkal Sakti Malaysia akan terus memainkan peranan aktif sebagai rakan komponen Barisan Nasional serta komited untuk bekerja bersama seluruh jentera gabungan dalam memastikan Johor terus maju, makmur dan sejahtera.








PROGRAM KELAS BAKERI - DARI DAPUR KE HATIPergerakan Puteri MMSP Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Program Kelas Ba...
08/06/2026

PROGRAM KELAS BAKERI - DARI DAPUR KE HATI

Pergerakan Puteri MMSP Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Program Kelas Bakeri “Dari Dapur Ke Hati” pada 7 Jun 2026 di Pejabat MMSP Negeri Kedah dengan penyertaan seramai 50 peserta dari seluruh negeri. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri RS Thanenthiran atas sokongan dan peluang yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Program telah disempurnakan oleh Pn Jayaletchumi selaku wakil kepada Datin Seri Vaney, Penasihat Biro Wanita dan Biro Puteri. Turut hadir sebagai tetamu khas Saudari Shazwin Ishak, Timbalan Ketua Puteri UMNO Negeri Kedah. Hadir bersama Cik Shandhi, Setiausaha Kerja kepada YBhg. Datuk Seri Presiden merangkap Setiausaha Parti Makkal Sakti Negeri Pulau Pinang, Cik Valermathi, Ketua Puteri Negeri Kedah, Pn Maria, Ketua Wanita Negeri Kedah, serta Chef Tina daripada TR Vokasional Academy.

Program ini turut mendapat sokongan daripada para pemimpin dan ahli parti termasuk En. Sangaran, En. Arumugam, En. Kuppusamy, En. Anandhan, Pn Ellamah, Pn Kalyani, Pn Saroja dan Pn Gandhimathi. Melalui sesi demonstrasi dan latihan amali yang dikendalikan oleh Chef Tina, para peserta berjaya menimba ilmu serta kemahiran asas dalam bidang bakeri dan keusahawanan makanan.

Tahniah dan syabas kepada Pergerakan Puteri MMSP Negeri Kedah, Datuk OG Shanmugam, ahli jawatankuasa penganjur serta semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkasakan wanita dan melahirkan lebih ramai usahawan pada masa hadapan.

Dirgahayu Tuanku.Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan sembah ucapan ikhlas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka...
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan sembah ucapan ikhlas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 (15 Zulhijjah 1447H).

Wishing everyone a joyful, meaningful, and blessed Wesak Day.
31/05/2026

Wishing everyone a joyful, meaningful, and blessed Wesak Day.

SAMBUTAN HARI IBU KEBANGSAAN 2026 ❤️🌸Parti Makkal Sakti telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Ibu Kebangsaan pada 24 ...
26/05/2026

SAMBUTAN HARI IBU KEBANGSAAN 2026 ❤️🌸

Parti Makkal Sakti telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Ibu Kebangsaan pada 24 Mei 2026, jam 2.30 petang di Capital Senawang Hall, Seremban, Negeri Sembilan dengan penuh meriah, penghormatan dan kasih sayang buat insan bergelar ibu.

Program ini telah dianjurkan di bawah pimpinan Puan Jayaletchimi selaku Ketua Wanita MMSP Kebangsaan bersama Saudari Sumitra selaku Ketua Puteri MMSP Kebangsaan serta seluruh EXCO dan Biro Wanita & Puteri MMSP yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Turut bersama memeriahkan program ialah Datin Seri Vaney Thanenthiran yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada pergerakan wanita serta puteri parti.

Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden MMSP, Datuk Seri R.S. Thanenthiran bersama barisan kepimpinan parti termasuk Naib Presiden Y. Subramanian, K. Kugesvaran, Dato B. Sukumaran serta Ahli Majlis Tertinggi MMSP.

Pelbagai aturcara menarik telah diadakan sepanjang program termasuk sesi perkongsian mengenai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu, persembahan tarian, nyanyian serta acara pemotongan kek Hari Ibu yang menjadikan suasana program begitu meriah dan penuh emosi.

Seorang ibu merupakan insan yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan. Kasih sayang, doa dan pengorbanan seorang ibu menjadi kekuatan kepada keluarga serta pembentuk generasi masa depan. Sambutan ini bukan sahaja menghargai jasa ibu, tetapi juga mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghormati dan menyayangi ibu sepanjang hayat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Sambutan Hari Ibu Kebangsaan ini dengan penuh dedikasi dan semangat kekeluargaan.

Malaysia Makkal Sakti Party
Bersatu • Berkhidmat • Berjuang

Pemuda MMSP Pahang telah berjaya menganjurkan program Jungle Tracking Adventure di Raub, Pahang pada 23 Mei 2026 (Sabtu)...
26/05/2026

Pemuda MMSP Pahang telah berjaya menganjurkan program Jungle Tracking Adventure di Raub, Pahang pada 23 Mei 2026 (Sabtu).

Program ini telah dipimpin oleh Ketua Pemuda Raub, Saudara Pravin, dengan sokongan penuh kepimpinan Pemuda MMSP Negeri Pahang.

Program ini turut mendapat sokongan Ketua Negeri Pahang MMSP, Mr. Kaneshwaran (Ketua Bahagian Indera Mahkota), yang telah membawa penyertaan peserta dari Indera Mahkota sebagai tanda komitmen terhadap perpaduan dan penglibatan akar umbi.

Turut serta, Ketua Pemuda Negeri Pahang, Saudara Puren, yang turut membawa peserta dari Indera Mahkota bagi mengeratkan kerjasama antara bahagian.

Ucapan terima kasih juga kepada Saudara Kapten Kalai, Ketua Bahagian Raub merangkap Timbalan Pengerusi Negeri Pahang, atas sokongan dan penyertaan beliau bersama pasukan dalam menjayakan program ini.

Program ini berjaya mengeratkan hubungan, memperkukuhkan semangat belia, dan memperkenalkan MMSP kepada masyarakat dengan lebih dekat.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 202524 Mei 2026 - Capital Senawang Conversation Centre, Negeri Sembilan.Parti Makk...
25/05/2026

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025

24 Mei 2026 - Capital Senawang Conversation Centre, Negeri Sembilan.

Parti Makkal Sakti Malaysia telah mengadakan sesi penghargaan khas kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2025 dengan pencapaian 8A hingga 11A.

Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan akademik yang dicapai, Parti Makkal Sakti Malaysia telah menyampaikan sijil penghargaan serta sumbangan wang tunai kepada para pelajar tersebut.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar cemerlang. Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan serta menjadi kebanggaan masyarakat dan negara.

TAKLIMAT & LATIHAN PACABA MMSP Parti Makkal Sakti Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Taklimat & Latihan PACABA ...
25/05/2026

TAKLIMAT & LATIHAN PACABA MMSP

Parti Makkal Sakti Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Taklimat & Latihan PACABA Pilihanraya pada 24 Mei 2026, jam 9.00am hingga 12.30pm di Capital Senawang Exhibition Hall, Seremban, Negeri Sembilan.

Hampir 600 ahli parti dari seluruh negara telah hadir dan menyertai program ini dengan penuh semangat serta komitmen demi memperkukuhkan persediaan jentera parti menghadapi pilihanraya akan datang.

Program ini telah dikendalikan oleh Datuk Dr. A.T. Kumararajah, Setiausaha Eksekutif MIC, bersama pasukannya yang telah berkongsi penerangan, pengalaman dan panduan berkaitan proses pilihanraya, peranan PACABA serta tanggungjawab penting jentera di hari pengundian.

Taklimat yang sangat informatif ini berjaya memberi kesedaran dan pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta mengenai perjalanan proses pilihanraya secara menyeluruh. Program seperti ini amat penting dalam melahirkan jentera yang lebih bersedia, berdisiplin dan efektif demi memperkukuhkan kekuatan parti menjelang PRU akan datang.

Majlis penutup program turut diserikan dengan kehadiran YBHG Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden Malaysian Indian Congress. Beliau menyatakan rasa terharu dan bangga melihat komitmen, disiplin serta semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Parti Makkal Sakti Malaysia yang hadir dari seluruh negara bagi menimba ilmu dan memperkukuhkan jentera parti.

Datuk Seri R.S. Thanenthiran turut menekankan bahawa ilmu dan pendedahan seperti ini akan memberi pengetahuan yang lebih baik kepada ahli-ahli parti, selain membantu membentuk jentera yang lebih mantap dan tersusun. Beliau juga menyatakan bahawa lebih banyak program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan demi memperkasakan parti di semua peringkat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjadi tulang belakang, urusetia, sukarelawan serta ahli-ahli yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Komitmen dan semangat anda semua amat dihargai.

24/05/2026
Sambutan Ulang Tahun ke-80 Malaysian Indian CongressSembahyang kesyukuran telah diadakan di Sri Mahamariamman Temple sem...
23/05/2026

Sambutan Ulang Tahun ke-80 Malaysian Indian Congress

Sembahyang kesyukuran telah diadakan di Sri Mahamariamman Temple semalam dalam suasana penuh tradisi, spiritual dan keharmonian dengan pelbagai upacara keagamaan yang berlangsung dengan begitu meriah dan penuh makna.

Presiden MIC YBhg. Tan Sri Vigneswaran dan Timbalan Presiden YB Datuk Seri M. Saravanan bersama seluruh saf kepimpinan tertinggi MIC serta bekas-bekas pemimpin parti telah turut serta dalam sembahyang tersebut sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan dan perjuangan MIC selama 80 tahun.

Presiden Malaysia Makkal Sakti Party Datuk Seri R.S. Thanenthiran, Naib Presiden En. K. Kugeswaran, Ketua Puteri Kebangsaan Sdri. Sumitra ,En Samy Murugan,En.Tamilselvam,Tim Pengerusi MMSP,Negeri Selangor,Bendahari MMSP Negeri Perak serta beberapa pimpinan Makkal Sakti turut hadir menyertai upacara tersebut dalam semangat perpaduan dan kebersamaan masyarakat India negara ini.

Ini merupakan acara pertama sempena sambutan ulang tahun ke-80 MIC di mana pelbagai program dan aktiviti telah disusun sepanjang tahun bagi memperingati sejarah perjuangan parti serta menghargai jasa pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah banyak berkorban demi masyarakat India di negara ini.

Kita berdoa agar MIC akan terus mengorak langkah dengan lebih progresif, memperkukuhkan perjuangan masyarakat India, mempertahankan hak rakyat serta terus menjadi suara penting demi masa depan generasi akan datang.

Selamat Ulang Tahun ke-80 MIC. Semoga terus kukuh, dihormati dan relevan dalam landskap politik negara.

Address

72-G, Pusat Perniagaan Raya Barat, Jalan Raya Barat, Kawasan 1
Klang
41100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Makkal Sakti Party - MMSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share