JPKK Kg Perepat Klang

JPKK Kg Perepat Klang Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung ( JPKK ), Kg Perepat, Klang, Selangor. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Kg Perepat, Klang

20 Jun 2026 | 2.30 petangKompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐀𝐃 𝐓𝐎 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐓𝐌) 𝐙𝐎𝐍 ...
21/06/2026

20 Jun 2026 | 2.30 petang
Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐎𝐀𝐃 𝐓𝐎 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐓𝐌) 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

Alhamdulillah berkesempatan ke Majlis Perasmian Program Road To Maha 2026 (RTM) Zon Tengah yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang turut melancarkan Portal Pengawasan serta Intervensi Bekalan dan Pasaran Agromakanan (SISDA) bagi memperkasakan sistem pemantauan bekalan dan pasaran makanan negara melalui teknologi digital.

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


20 Jun 2026 | 8.00pagiSungai Kapar Besar, Klang𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔Alhamdulillah berksempatan hadir ke Progr...
21/06/2026

20 Jun 2026 | 8.00pagi
Sungai Kapar Besar, Klang

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

Alhamdulillah berksempatan hadir ke Program Cintai Sungai Klang 2026 yang telah berlangsung di Sungai Kapar Besar.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi, rakan strategik, komuniti setempat dan Ahli J/kuasa JPKK Kg Perepat sebagai sukarelawan yang bersama-sama sepanjang program berlangsung.

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁



‎𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”‎Salam Maal Hijrah buat semua ahli kariah Kampun...
17/06/2026

‎𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

‎Salam Maal Hijrah buat semua ahli kariah Kampung Perepat.

Ikhlas Dari:
𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁
serta seluruh warga kerja
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁





16 Jun 2026 | 3.00 petangDewan Orang Ramai Kg Perepat𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 (𝐉𝐄𝐑) 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈Alhamdulillah selesai progr...
17/06/2026

16 Jun 2026 | 3.00 petang
Dewan Orang Ramai Kg Perepat

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 (𝐉𝐄𝐑) 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

Alhamdulillah selesai program Jualan Jelajah Ehsan Rahmah Madani Kampung Perepat.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, sekali gus meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.

Terimakasih atas sambutan semua.

Yang terlibat :
1. Dato’ Sri Azizi Bin Haji Ayob
Penyelaras Parlimen Kapar
2. En Zakaria
Wakil Pejabat Penyelaras Parlimen Kapar
3. Warga Kampung Perepat
4. serta Ahli J/kuasa JPKK Kg Perepat

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


15 Jun 2026 | 11.00 pagi𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 ✅ Berksempatan bersama-sama Encik Zuraimi Bin Mohaini, Penghulu Mukim Ran...
17/06/2026

15 Jun 2026 | 11.00 pagi

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 ✅

Berksempatan bersama-sama Encik Zuraimi Bin Mohaini, Penghulu Mukim Rantau Panjang menziarahi rumah salah seorang penduduk yang terkena pokok tumbang.

Gotong-royong telah dibuat oleh AJK JPKK Kampung Perepat, melakukan pemangkasan pokok tumbang yang terkena rumah yang terlibat.

Walaupun ada sedikit kerosakan dibahagian bumbung rumah, tiada keroasakan lain yang melibatkan nyawa. Alhamdulillah syukur. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau.

Yang terlibat :
1. Encik Zuraimi Bin Mohaini
Penghulu Mukim Rantau Panjang
2. En Zakaria
Wakil Pejabat Penyelaras Parlimen Kapar
3. serta Ahli J/kuasa JPKK Kg Perepat

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


11 Jun 2026 | 9.15 malamMasjid Kampung Perepat𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉/𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐏𝐀𝐓Alhamdulillah berkesempatan men...
17/06/2026

11 Jun 2026 | 9.15 malam
Masjid Kampung Perepat

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐉/𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐏𝐀𝐓

Alhamdulillah berkesempatan menghadiri Mesyuarat J/Kuasa Masjid Kg Perepat bagi membincangkan beberapa perkara yang berbangkit. Dikesempatan itu, diadakan juga penyerahan watikah pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Perepat bagi sesi 2026-2030:

i. En. Shahrol Nizam Bin Aman
Setiausaha
ii. En. Ahmad Zin Bin Kadis
Bendahari
iii. En. Affan Bin Shaip
Penolong Setiausaha

“𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 & 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛” saya ucapkan kepada yang telah diberikan amanah dan kepercayaan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam memakmurkan rumah-Nya.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Syabas kepada semua barisan AJK yang memberikan komitmen dalam merancang dan melaksanakan tanggungjawap demi mengimarahkan peranan masjid untuk ahli kariah.

Yang terlibat :-
1. En. Ahmad Ridzwan Bin Yahya
Nazir Masjid Kampung Perepat
2. serta Ahli J/kuasa Masjid Kampung Perepat

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁
𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝐤𝐚𝐩 𝗣𝗲𝗻𝗮𝐬𝗶𝗵𝗮𝘁
𝗠𝗮𝐬𝐣𝗶𝐝 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


11 Jun 2026 | 10:00 pagiBilik Gerakan Daerah Pejabat Daerah/Tanah Klang𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈/...
15/06/2026

11 Jun 2026 | 10:00 pagi
Bilik Gerakan Daerah Pejabat Daerah/Tanah Klang

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈/ 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐀𝐔𝐌 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋. 𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙀𝙃𝙎𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 (𝙅𝙀𝙍) akan diadakan pada :-📅 Tarikh :  16 Jun 2026 (Selasa)⏰ Masa  :  3.00 petang - selesai📍...
14/06/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍

𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙀𝙃𝙎𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 (𝙅𝙀𝙍) akan diadakan pada :-

📅 Tarikh : 16 Jun 2026 (Selasa)
⏰ Masa : 3.00 petang - selesai
📍 Lokasi : Dewan Orang Ramai Kg Perepat

Jom ramai-ramai kita datang menjayakan program ini.

**Peringatan : Sila bawa kad pengenalan untuk dapatkan nombor giliran dan wang tunai untuk urusan pembayaran.

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


8 Jun 2026 | 3.00 petangPusat Komuniti JPKK Kg PerepatTaklimat Program Cadangan Penggantian Paip Air Bersama Air Selango...
10/06/2026

8 Jun 2026 | 3.00 petang
Pusat Komuniti JPKK Kg Perepat

Taklimat Program Cadangan Penggantian Paip Air Bersama Air Selangor

Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Projek Penggantian Paip Baharu bagi tahun 2026/2027 di Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat sepanjang kira-kira 4 kilometer.

Taklimat ini turut dihadiri oleh Dato’ Sri Azizi Dato’ Sri Azizi Bin Hj Ayob, Penyelaras Parlimen Kapar serta wakil-wakil penduduk bagi mendapatkan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan projek yang bertujuan meningkatkan kualiti bekalan air dan keselesaan penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Air Selangor atas komitmen serta kerjasama yang diberikan. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar demi memastikan kemudahan asas yang lebih baik serta memberi manfaat kepada seluruh warga Kampung Perepat.

Yang terlibat:
1. Dato’ Sri Azizi Bin Hj Ayob
Penyelaras Parlimen Kapar
2. wakil Air Selangor
3. Pantas Technologies Sdn Bhd
(wakil Kontraktor)
4. wakil-wakil penduduk Jalan Kebun Baru
5. serta AJK JPKK Kg Perepat

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁


10 Zulhijjah 1446H | 27 Mei 2026 (Rabu)9.00pagi - 2.00petangTapak Penyembelihan Ibadah Qurban Kampung Perepat𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀...
03/06/2026

10 Zulhijjah 1446H | 27 Mei 2026 (Rabu)
9.00pagi - 2.00petang
Tapak Penyembelihan Ibadah Qurban Kampung Perepat

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 : 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐍𝐔𝐑𝐔𝐋 𝐈𝐌𝐀𝐍

‎بسم الله الرحمن الرحیم
‎السلام علیکم و رحمة الله و برکاته

Mewakili seluruh Pihak Pengurusan Ibadah Qurban 1447H/2026M anjuran bersama JPKK Kg Perepat dan Surau Nurul Iman dengan kerjasama Dandany Sdn Bhd serta Mypert syukur ke hadrat Ilahi, telah selesai Penyembelihan serta pengagihan kepada ahli kariah Surau Nurul Iman, Kampung Perepat. Tahun ini, sebanyak:
🐂 13 ekor lembu

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Encik Zuraimi Bin Mohaini Penghulu Mukim Rantau Panjang, sudi hadir memeriahkan dari awal sehingga tamat program ini.

Ucapan terima kasih yang tidak mampu dibalas dengan kata-kata kepada penyumbang secara langsung dan tidak langsung terutamanya Dato’ Rashdan Bin Haspar, Pengarah Dandany Sdn Bhd yang banyak memudahkan urusan sepanjang program ini berlangsung.

Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Encik Hasni Bin Dasimin (Obe), Encik Soffian Ariff (Yiyip) serta Encik Firdaus Hailani selaku Pengarah Program Ibadah Qurban 1447H/2026M berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak masjid yang memberikan kerjasama yang sangat baik

Tahniah juga diucapkan kepada para peserta qurban, terima kasih kepada para sukarelawan yang bertugas serta yang memeriahkan program ini.

Mohon seribu kemaafan andai ada kekurangan dari Pihak Pengurusan Ibadah Qurban 1447H/2026M sepanjang program pada hari ini.

Semoga Allah SWT terus menurunkan rahmatnya buat seluruh ahli kariah, diberikan perlindungan serta keselamatan dunia akhirat. InshaaAllah, sekian terima kasih.

Jazakallah Khair
‎جَزاكَ اللهُ خَـيْراً

Yang terlibat:
𝗧𝐞𝐭𝐚𝗺𝐮 𝐊𝐞𝐡𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁
1. Encik Zuraimi Bin Mohaini
Penghulu Mukim Rantau Panjang

𝐑𝐚𝗸𝐚𝐧 𝐒𝘁𝐫𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸
2. Datin Ayuni & Encik Khairuriduan
wakil Al Madinah International
Foundation (MIF.)
3. wakil-wakil Hasene International
(NGO Jerman-Tukiye)
4. Surau Nurul Iman, Kg. Perepat
5. Dato’ Rashdan Bin Haspar
Pengarah Dandany Sdn Bhd
6. Mypert

𝗧𝐮𝗿𝐮𝘁 𝐇𝗮𝐝𝐢𝗿
7. Encik Hasni Bin Dasimin (Obe),
Encik Soffian Ariff (Yiyip) serta
Encik Firdaus Hailani
Pengarah Program Ibadah Qurban
1447H/2026M
8. Penduduk Kampung Perepat
9. AJK Surau Nurul Iman, Kg. Perepat
10. serta AJK JPKK Kg Perepat

𝐀𝐅𝐅𝐄𝐍𝐃𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠/𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢
𝗝𝐏𝗞𝗞 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝐧𝐠 𝗣𝗲𝗿𝗲𝐩𝐚𝘁
merangkap Penasihat Program

serta

Faizz Hj Wagimin
Pengerusi Surau Nurul Iman
Kampung Perepat
merangkap Penasihat Program





Address

Lot 14106, Jalan Kampung Perepat, Batu 8 1/2, Kapar
Klang
42200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg Perepat Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share