Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Hospital Tengku Ampuan Rahimah An Official page for Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Akaun ini merupakan laman facebook rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Sekiranya anda menjumpai sebarang laman facebook Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang lain itu adalah bukan laman facebook rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Ag...
30/05/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilanjutkan usia dan diberkati kesihatan yang berpanjangan.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ป๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐ŸชทSemoga hari yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat ...
30/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿชท

Semoga hari yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan buat semua.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta warga kerja
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐ŸŒ™Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan buat sem...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐ŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan buat semua.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta warga kerja
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€-๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‘๐€๐… ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐‹๐„๐“๐€๐Š ๐Š๐„๐‘๐„๐“๐€Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan ber...
26/05/2026

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€-๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‘๐€๐… ๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐‹๐„๐“๐€๐Š ๐Š๐„๐‘๐„๐“๐€

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf akan dilaksanakan bermula 27 Mei 2026 di kawasan hadapan Kompleks Rawatan Harian (ACC), HTAR.

Sehubungan itu, kawasan terlibat akan ditutup sementara sepanjang tempoh kerja dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

10 Mei 2026 - Selamat Hari Ibu. Semoga segala jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu sentiasa dihargai dan dikenang, se...
18/05/2026

10 Mei 2026 - Selamat Hari Ibu.

Semoga segala jasa dan pengorbanan insan bergelar ibu sentiasa dihargai dan dikenang, serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan.

Bersempena dengan Sambutan Hari Ibu hari ini, kakitangan hospital telah mengedarkan kad ucapan yang telah disediakan oleh Ahli Lembaga Pelawat Hopsital kepada para ibu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ๐ŸŒธ

16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru!

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, dedikasi dan komitmen dalam mendidik serta membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak.

Segala usaha dan pengorbanan para guru dalam membangunkan modal insan serta menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat amat dihargai dan disanjung tinggi.

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Semoga para guru terus cemerlang dalam melaksanakan amanah demi kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‡๐“๐€๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐ˆ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“14 Mei 2026 โ€“ Majlis Perhimpunan Bulanan H...
15/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‡๐“๐€๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐ˆ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“

14 Mei 2026 โ€“ Majlis Perhimpunan Bulanan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi bulan Mei 2026 anjuran Unit Penyelia Jururawat telah berlangsung dengan meriah di Auditorium Permata, Kompleks Rawatan Harian HTAR.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) I, YBrs. Dr. Shahabuddin bin Ibrahim dan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk:

๐ŸŽฅ Tayangan montaj oleh Unit Penyelia Jururawat
๐ŸŽ Penyampaian sijil bagi Tokoh Jururawat HTAR 2026
๐ŸŽ Penyampaian sijil bagi penerima anugerah tertinggi bagi jabatan dan individu
๐Ÿ“ธ Sesi bergambar

Majlis turut diserikan dengan perasmian sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HTAR Tahun 2026 yang bertemakan "Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives."

Majlis dihadiri oleh YBrs. Puan Rajamoney a/p Nadason [Ketua Penyelia Jururawat], Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta kakitangan HTAR.

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Esah binti Mohd Amin, Ketua Jururawat U7, Jabatan Nefrol...
15/05/2026

๐€๐‹-๐…๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐‡

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Esah binti Mohd Amin, Ketua Jururawat U7, Jabatan Nefrologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

โ€œSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang berimanโ€.

Ikhlas daripada :
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja
Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang s...
12/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€

Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh warga jururawat yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara.

Terima kasih atas jasa, pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam memberikan rawatan serta penjagaan terbaik kepada setiap pesakit tanpa mengira waktu dan keadaan.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta Warga Kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐’๐€๐๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐† 08 Mei 2026 - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ingin menguc...
09/05/2026

๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐’๐€๐๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€, ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐†

08 Mei 2026 - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Daerah Klang atas sumbangan berupa goodies bag dan hamper barangan bayi kepada bayi kelahiran 8 Mei 2026 di Wad 4E, 5E dan 5F sempena Sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia.

Sumbangan ini disampaikan oleh YBrs. Tuan Murigan a/l Krishnan, Timbalan Pengerusi PBSM, Daerah Klang dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Renga Rajoo, VAD Komanden 22, barisan Ahli Jawatankuasa PBSM Daerah Klang serta kakitangan HTAR.

Semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan segala usaha murni ini diberkati serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Address

Jalan LANGAT
Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tengku Ampuan Rahimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share