Cawangan Sri Bakti

Cawangan Sri Bakti Facebook Rasmi UMNO Cawangan Sri Bakti di Kg. Baru 2, Jalan Kebun, DUN Sg. Kandis, Bahagian Kota Raja

Mantap! πŸ’ͺπŸΌπŸ’™
21/09/2023

Mantap! πŸ’ͺπŸΌπŸ’™

Padu! πŸ’ͺπŸΌπŸ’™
21/09/2023

Padu! πŸ’ͺπŸΌπŸ’™

05/09/2023

UMNO parti yang Paling banyak Berjasa buat Negara. Kami Orang UMNO..biarpun parti dihenyak & dihujani dengan pelbagai Fitnah Jahat & diburuk²kan namun kami Kekal Setia berdiri memperjuangkan UMNO! ✊🏼

05/09/2023
05/09/2023

Alhamdulillah..bersyukur pada Allah SWT. Suntikan Semangat buat Akar Umbi UMNO Lawan Fitnah! πŸ‘ŠπŸΌ

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐒𝐚 Setiausaha Agung BN1. Saya bersyukur keputusan Yang Arif Dato’ Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Ting...
05/09/2023

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐒𝐚 Setiausaha Agung BN

1. Saya bersyukur keputusan Yang Arif Dato’ Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur dalam melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan politik yang dibuat ke atas beliau.

2. Keputusan mahkamah ini adalah ekoran permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan-pertuduhan dan memberhentikan semua prosiding ke atas Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

3. Malah dalam hujah permohonan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara, terdapat 11 alasan untuk memberhentikan prosiding termasuk yang paling mendasari pertimbangan adalah representasi yang dikemukakan pihak pembelaan bahawa siasatan yang dijalankan telah dibuat secara terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap.

4. Tambahan p**a keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, dalam bukunya β€˜My Story: Justice in The Wilderness’ juga berkait dengan pendakwaan terpilih yang dikenakan terhadap ahli-ahli politik termasuk Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid.

5. Kita mengharapkan tiada mana-mana pihak yang menimbulkan sebarang spekulasi atau pertikaian terhadap keputusan yang telah dibuat sepenuhnya oleh pihak mahkamah. Semua pihak perlu berpegang kepada prinsip menghormati sistem perundangan dan sistem kehakiman dalam negara sepertimana yang berlaku dalam mana-mana prosiding sebelum ini yang melibatkan ahli politik tanpa mengira latar belakang parti.

6. Ketabahan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid menghadapi laluan yang penuh dengan ranjau, dimalukan dan dihina selama ini telah berakhir dengan kebenaran di pihaknya. Semoga kebenaran yang terzahir ini menjadi penyuntik semangat perjuangan kepada Barisan Nasional dalam menyongsong cabaran masa hadapan.

Dr Zambry Abd. Kadir
4 September 2023
(KM/12/2023)

ZAHID MANGSA PENDAKWAAN POLITIK; HARI INI KEBENARAN TERSERLAH1. Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa syukur ke h...
05/09/2023

ZAHID MANGSA PENDAKWAAN POLITIK; HARI INI KEBENARAN TERSERLAH

1. Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setelah mengambil kira keputusan yang telah diambil oleh Peguam Negara untuk memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan. Untuk rekod Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah membebaskan dan melepaskan sekaligus membersihkan nama baik Datuk Seri Zahid terhadap 40 kes pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah pada 23 September 2022.

2. Sejak dari awal UMNO yakin dan percaya bahawa Datuk Seri Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Mahathir dilantik kali kedua sebagai Perdana Menteri ke-7 sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

3. Lebih menduka-citakan, kezaliman terhadap Datuk Seri Zahid ini berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Mahathir selaku Pengerusi Parti BERSATU waktu itu mengancam supaya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid membubarkan UMNO dalam pertemuan yang diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media.

4. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas Peguam Negara lantikan Tun Mahathir dalam buku memoirnya β€œMy Story: Justice in the Wilderness” yang dengan jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Perdana Menteri ke-7 waktu itu.

5. Lebih malang lagi, kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu menggantikan Tommy Thomas dan Lattheefa Koya.

6. Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh YAB Perdana Menteri ke-10, *akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut.*

7. Bahkan salah satu daripada sebelas alasan Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi memberhentikan pendakwaan hari ini memperakui bahawa pendakwaan yang dibuat selama ini secara tergesa-gesa sedangkan siasatan tidak sempurna boleh menjejaskan kredibiliti Jabatan Peguam Negara dan SPRM, yang diperlihatkan menjadi alat pembunuhan musuh politik oleh pihak berkuasa.

8. Ini bagaikan mengesahkan satu Memo taklimat yang tular (jika benar keabsahannya) beberapa minggu lepas yang disediakan oleh Ahmad Akram bin Gharib Timbalan Pendakwa Raya kepada Peguam Negara waktu itu Tommy Thomas yang hakikatnya telah mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada sebarang keterangan dan bukti menjurus kepada sebarang perlakuan jenayah adalah suatu yang amat menggemparkan.

9. Namun, hanya dua hari selepas tarikh Memo tersebut dibentangkan kepada Peguam Negara waktu itu, pendakwaan tetap dilakukan bagaikan tergesa-gesa semacam ada tangan-tangan ghaib berniat jahat yang membuat pengarahan.

10. Dengan keputusan ini, maka semakin jelas kerakusan kepimpinan Tun Mahathir dan Parti BERSATU yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO dengan memperkakaskan institusi-institusi perundangan di negara ini demi gelojak nafsu dan dendam untuk menghancurkan UMNO dan kononnya boleh menggantikan UMNO dalam perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.

11. Besarlah harapan UMNO agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan Negara sehingga sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidak-stabilan politik negara mestilah dititik-noktahkan.

12. UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.

13. Jabatan Peguam Negara dan SPRM mesti terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka untuk melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak termasuklah terhadap pimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO sendiri.

Dr. Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Setiausaha Agung UMNO
4 September 2023

11/08/2023

Ini Lagu Keramat..Lagu Pembakar Semangat seluruh Rakyat Malaysia yang Mencintai Keamanan Negara!

BN Paling Berjasa sejak dari zaman Moyang hingga ke Anak Cucu Cicit kita..Berjuang demi Agama, Bangsa & Tanah Air kita. Ayuh, Undilah Barisan Nasional! βœŠπŸΌπŸ’™

Ya Allah Ya Tuhan Kami..KepadaMu kami berserah..Engkau Bukalah hati para Pengundi untuk Memilih BNEngkau Berikanlah Keme...
11/08/2023

Ya Allah Ya Tuhan Kami..KepadaMu kami berserah..
Engkau Bukalah hati para Pengundi untuk Memilih BN
Engkau Berikanlah Kemenangan kepada BN di dalam PRN Ke-15 ini..Bantulah Kami Ya Allah. Amin. πŸ’™πŸ€²πŸΌβ€οΈ

Barisan Nasional 🫰🏼

11/08/2023

Perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia amat sinonim dengan Barisan Nasional. Ayuh, buat seluruh rakyat kita perkuatkan BN demi masa depan yang aman, makmur dan stabil. InsyaAllah. πŸ’™πŸ«°πŸΌβ€οΈ

11/08/2023

Dari dahulu..sehingga kini BN Kekal parti Terbaik untuk rakyat Malaysia..insyaAllah apabila BN kuat, kita akan dapat merasa Negara & Negeri yg Stabil & Aman! 🫰🏼

Address

Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Sri Bakti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cawangan Sri Bakti:

Share