12/03/2026
Unit HEM PPD Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Murid Daerah Klang telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Guru Pengawas Baharu Daerah Klang Tahun 2026 pada ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 10 Mac 2026
📍 Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur, Klang
Bengkel ini bertujuan untuk memaksimumkan tahap kefahaman Guru Pengawas baharu tentang tugas dan pengurusan fail dan folder pengawas sekolah dan memberikan info semasa berkaitan pengurusan pengawas sekolah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
• Tuan Ahmad Lutfi bin Mohamed Yazid- Timb Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
• Puan Noor Wajihaa Halil binti Abd Razak - Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid
• Pn Hajah Faridah Bt Esa - Pengetua SMK Batu Unjur
Slot Perkongsian:
• Slot 1: Prosedur Pelantikan Pengawas Sekolah (oleh Pn Noor Wajihaa Halil binti Abdul Razak, PPD Klang)
• Slot 2: Pengurusan Fail dan Folder Pengawas Sekolah (oleh Pn Parameswari a/p Perumal, SK Perempuan Bukit Kuda)
• Slot 3: Taklimat Penarafan Pengawas (oleh Pn Nor Aqida binti Jeffridin, SMK Jalan Kebun)
• Slot 4: Soal Jawab berkaitan pengawas (oleh Pn Noor Wajihaa Halil binti Abdul Razak, PPD Klang)
Semoga bengkel ini menjadi platform terbaik untuk membimbing guru pengawas baharu agar lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas, di samping memperkukuh kerjasama antara sekolah serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program kepimpinan di Daerah Klang.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak dalam menjayakan agenda pembangunan sahsiah murid Daerah Klang.