06/01/2026
Relaks guys, rezeki tak pernah salah alamat! 😊✨
Admin perasan ramai yang bertanya dan DM tentang keputusan pengambilan PVR kali ni. Pertama sekali, kami nak ucapkan syabas dan terima kasih yang tak terhingga atas semangat luar biasa korang yang telah mencuba. 🫡
Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa atau berkecil hati ya. Pemilihan dibuat dengan sangat teliti berdasarkan kuota yang terhad dan kriteria yang telah ditetapkan. Korang semua memang terbaik sebab ada niat murni nak bantu jaga keselamatan Klang Selatan—korang tetap hero di mata kami! 🛡️
Keputusan ini bukanlah penamat. Teruslah berbakti kepada komuniti dengan cara tersendiri, dan moga ada rezeki korang di pengambilan akan datang. Kita tetap satu keluarga besar Klang Selatan! 🤝👮♂️
KEPUTUSAN MUKTAMAD
Harap maklum bahawa keputusan Panel Pemilihan bagi jawatan Konstabel SSPDRM Siri 1/2026 adalah MUKTAMAD.
Tiada sebarang permohonan rayuan atau tuntutan semakan semula akan dilayan bagi sesi pengambilan ini. Kami mengucapkan terima kasih atas minat dan kerjasama anda sepanjang proses ini berlangsung.