SK Kampung Jawa 2, Klang

SK Kampung Jawa 2, Klang PEWARIS BUDAYA BERILMU
(212)

08/04/2026

Majlis perpisahan cikgu suhaila

Majlis perpisahan Cikgu Noor Amirah binti Mohd Khairan yang akan bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Un...
13/02/2026

Majlis perpisahan Cikgu Noor Amirah binti Mohd Khairan yang akan bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang baharu mulai 11.02.2026.

Patah galah dalam perahu,
Perahu kecil hanyut ke seberang;
Jasa dan bakti tetap dikenang selalu,
Walau perpisahan memisah jarak dan ruang.

Pagi hari ke sekolah biasa,
Kini melangkah ke tempat baharu;
Bukan mudah melepaskan rasa,
Sahabat pergi tinggalkan rindu.

Bunga melur di tepi perigi,
Disiram pagi harum baunya;
Dari bilik darjah ke PPD kini,
Semoga cemerlang dalam tugas mulia.

13/02/2026

Tiada kata dapat diungkapkan kepada Cikgu Amirah. Banyak dan besar jasa beliau di SK Kampung Jawa 2. Walau berat menerima kejutan perpisahan ini, namun kami berbangga dapat bekerja bersama-sama.

Semoga Cikgu Amirah terus terbang tinggi mencapai kejayaan dan memacu kecemerlangan pendidikan di Daerah Klang. Terima kasih atas segala jasa dan budi selama berkhidmat di SK Kampung Jawa 2. Semoga berjumpa lagi selepas ini.

Ikhlas daripada warga SKAWAD.

Salam Malaysia MadaniSalam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera Salam SKAWAD Selangkah Sederap ExcellentSe...
12/02/2026

Salam Malaysia Madani
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam SKAWAD Selangkah Sederap Excellent

Sekalung Tahniah kepada Cikgu Noor Amirah binti Mohd Khairan atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Klang yang baharu mulai 11.02.2026.

Semoga terus cemerlang. 💐💐💐

Ikhlas daripada warga SKAWAD

Hentikan buli, jauhi buli, katakan tidak kepada buli!
27/01/2026

Hentikan buli, jauhi buli, katakan tidak kepada buli!

24/01/2026

Kejohanan Merentas Desa dan Larian Ria SKAWAD 2026

Selamat Kembali Ke Sekolah
11/01/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat datang murid-murid tahun 1, dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 2 hingga tahun 6 sesi 2026."...
11/01/2026

Selamat datang murid-murid tahun 1, dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid tahun 2 hingga tahun 6 sesi 2026.
"Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan".

19/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang akan berpindah atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan bakti sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Selamat maju jaya di tempat baharu buat Ustazah Yusila yang berpindah ke Putrajaya, Ustazah Fauzimah dan Cikgu Ramizah ke Kedah, serta Cikgu Zuraida ke Banting, Selangor. Semoga terus diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dan berjaya mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan di mana jua berada.

Sesungguhnya jasa dan kenangan bersama kalian akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Alhamdulillah, syukur.

Terima kasih dan selamat berpisah 🌹

Pergi berkhidmat membawa amanah,
Ilmu dicurah penuh keikhlasan;
Jauh di mata bukan terpisah,
Jasa dikenang sepanjang zaman.

23/11/2025

Persembahan Ukulele daripada Murid tahun Enam, bimbingan Cikgu Zarul. Terbaik!

23/11/2025

Majlis Apresiasi Tahun 6 2025
22 November 2025
El Aisy Garden Event Space, Sungai Kandis

Selamat datang ke SKAWAD!Alhamdulillah, tahniah dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SKAWAD.Kami menga...
19/11/2025

Selamat datang ke SKAWAD!
Alhamdulillah, tahniah dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SKAWAD.
Kami mengalu-alukan kehadiran cikgu dengan penuh rasa gembira dan penghargaan.

Semoga kehadiran cikgu membawa semangat baharu, idea yang segar serta terus bersama-sama memacu kecemerlangan murid dan sekolah.

Selamat bertugas dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Address

Jalan KOTA RAJA
Klang
41000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Jawa 2, Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Kampung Jawa 2, Klang:

Share

Category