Parti Bangsa Malaysia Negeri Selangor

Parti Bangsa Malaysia Negeri Selangor The Official page of Parti Bangsa Malaysia Negeri Selangor (PBM Selangor).

03/06/2026

Ramai yang tanya saya, siapa akan menang di Johor?

Jawapan saya mudah:

Siapa yang buat kerja, dia yang akan menang.

Rakyat hari ini menilai berdasarkan usaha, khidmat dan keikhlasan, bukan sekadar janji atau slogan.

Turun padang, dengar masalah rakyat, bantu bila diperlukan dan bekerja tanpa mengira musim pilihan raya. Itulah yang akan menentukan kemenangan.

Akhirnya, rakyat adalah hakim yang sebenar.

20/05/2026

Kepada rakan seperjuangan yang telah meninggalkan Parti Bangsa Malaysia, terima kasih atas setiap jasa, keringat dan pengorbanan sepanjang bersama dalam perjuangan ini.

Perjuangan untuk rakyat tidak pernah terhenti hanya kerana seseorang memilih haluan berbeza.
Politik akan sentiasa berubah, orang akan datang dan pergi, tetapi mereka yang benar-benar ikhlas berjuang demi rakyat akan terus dihormati.

Semoga silaturrahim kekal terjaga dan semoga berjaya di mana sahaja anda berada.

Hedrhin Ramli
Pengerusi Parti Bangsa Malaysia Selangor
Hedrhin Ramli
Datuk Larry Sng

Saya bermula sebagai buruh, dan hingga hari ini jiwa saya tetap jiwa seorang buruh.Saya tahu penat lelah mencari rezeki,...
01/05/2026

Saya bermula sebagai buruh, dan hingga hari ini jiwa saya tetap jiwa seorang buruh.

Saya tahu penat lelah mencari rezeki, memahami keringat yang jatuh demi keluarga, dan mengerti perjuangan sebenar rakyat marhaen. Walaupun hari ini saya berdiri dengan langkah sendiri, saya tidak pernah lupa asal usul saya.

Selamat Hari Buruh 2026 buat seluruh pekerja Malaysia — anda bukan sekadar tulang belakang negara, anda adalah nadi yang menggerakkan bangsa.

Terus kuat, terus berjuang, kerana setiap titik peluh anda adalah maruah, kekuatan dan masa depan Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.Hari Raya ini bukan sekadar sambutan, tetapi simbol kemenangan—kemenang...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Hari Raya ini bukan sekadar sambutan, tetapi simbol kemenangan—kemenangan melawan nafsu, keletihan dan cabaran hidup.

Dalam kita meraikan Syawal, jangan kita lupa bahawa perjuangan masih belum selesai. Rakyat masih memerlukan suara yang berani, kepimpinan yang jujur dan tindakan yang benar-benar membela nasib mereka.

Ayuh kita bangkit bersama, ketepikan perbezaan, kukuhkan perpaduan dan terus melangkah dengan tekad yang satu—membina masa depan yang lebih cerah, lebih makmur dan lebih bermaruah untuk semua.

Selagi ada kekuatan, kita akan terus berjuang. Selagi ada harapan, kita tidak akan berhenti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada,
Tuan Hedrhin Ramli

Salam Nuzul Al-Quran 1447H | 2026Marilah kita menghayati makna sebenar penurunan Al-Quran, kitab suci yang menjadi pandu...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H | 2026

Marilah kita menghayati makna sebenar penurunan Al-Quran, kitab suci yang menjadi panduan kehidupan. Semoga kita semua mendapat keberkatan, hidayah, dan kekuatan untuk terus mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus.” (Surah Al-Isra’: 9)

Salam hormat,
Pimpinan & Ahli-Ahli Parti Bangsa Malaysia Negeri Selangor.

Address

No. 45(A), Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bangsa Malaysia Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share