IKBN Kinarut Sabah

IKBN Kinarut Sabah IKBN Kinarut Professional Terunggul

TVET Pilihan Utama Kerjaya. ILKBS. Profesional Terunggul. Graduan ILKBS:Menepati Keperluan Industri

AUDIT EKSA BPKB 2026 DI IKBN KINARUT CATAT PENCAPAIAN CEMERLANGKinarut, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IK...
04/06/2026

AUDIT EKSA BPKB 2026 DI IKBN KINARUT CATAT PENCAPAIAN CEMERLANG

Kinarut, 4 Jun 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menerima kunjungan pasukan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 3 & 4 Jun 2026.

Pasukan audit yang diketuai oleh En. Mohd Asrul Azim bin Mohd Salleh dan dibantu oleh tiga orang juruaudit iaitu Dr. Loke Kok Foong, Pn. Shaliza binti Samasudin dan Pn. Fadilah binti Mohd telah menilai tahap pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan amalan EKSA DIY di IKBN Kinarut selaras dengan garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan oleh KBS.

Sepanjang audit berlangsung, pasukan audit telah membuat pemeriksaan dan penilaian secara menyeluruh di pelbagai lokasi termasuk pejabat, bilik kuliah, bengkel, makmal, stor, ruang gunasama serta kawasan persekitaran kampus. Penilaian turut melibatkan aspek kebersihan, keselamatan, pengurusan fail, pengurusan aset, pelabelan, dokumentasi, inovasi dan amalan hijau yang dilaksanakan oleh setiap zon.

Hasil daripada penilaian audit telah melayakkan IKBN Kinarut memperoleh markah cemerlang sekali gus membuktikan amalan EKSA DIY oleh warga institut terus dipatuhi. Di samping melaksanakan penilaian, pasukan audit turut berkongsi pandangan, teguran membina serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi amalan EKSA DIY di IKBN Kinarut.

Pihak pengurusan IKBN Kinarut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan audit EKSA DIY KBS atas komitmen, bimbingan serta khidmat profesional yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit.

Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh warga IKBN Kinarut untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan serta memperkukuhkan amalan EKSA dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, selamat, sistematik dan berkualiti.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






Selamat Maju Jaya daripada warga IKBN Kinarut
04/06/2026

Selamat Maju Jaya daripada warga IKBN Kinarut

PERINGKAT AKHIR
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026
Tarikh : 8 - 11 Jun 2026
Tempat : CIAST Shah Alam
Bidang : ADDITIVE MANUFACTURING

Selamat maju jaya kepada barisan peserta finalis IKTBN Pagoh yang akan beraksi di WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026! 💪🔥

Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan berjuang dengan penuh semangat, disiplin, dan keyakinan dalam bidang Additive Manufacturing.

Buktikan bahawa belia TVET khususnya dari ILKBS mampu bersaing di pentas tertinggi dan mengharumkan nama institusi serta negara tercinta. Kami sentiasa menyokong anda! 🇲🇾✨

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🪷Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada ...
01/06/2026

🪷 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🪷

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya. Marilah kita terus memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan perpaduan demi masyarakat yang harmoni.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga IKBN Kinarut Sabah

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

📅 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Dengan penuh takzim, seluruh warga IKBN Kinarut Sabah merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan serta dilimpahi rahmat dan inayah Allah SWT dalam memayungi negara dan rakyat jelata.

Sembah Takzim Daripada
Seluruh Warga IKBN Kinarut Sabah

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU




“Kaamatan datang penuh makna,Bukan sekadar pesta budaya,Tetapi lambang kesyukuran dan perpaduan yang sentiasa dipelihara...
29/05/2026

“Kaamatan datang penuh makna,
Bukan sekadar pesta budaya,
Tetapi lambang kesyukuran dan perpaduan yang sentiasa dipelihara.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Semoga musim menuai ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kebahagiaan buat semua.”

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙Kepada seluruh warga IKBN Kinarut khususnya para pelajar yang pulang bercuti Aidiladha,🚗 Balik ...
26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙

Kepada seluruh warga IKBN Kinarut khususnya para pelajar yang pulang bercuti Aidiladha,

🚗 Balik kampung, biar selamat sampai.

Pandu dengan cermat, patuhi had laju, pakai tali pinggang keledar dan elakkan gangguan ketika memandu. Jika mengantuk atau penat, berhenti dan berehatlah seketika. Keselamatan anda amat berharga buat keluarga dan insan tersayang ❤️

🛣️ Nampak kerosakan jalan? Laporkan segera melalui aplikasi MYJalan 📲

✨ Selamat memandu, ✨ Selamat bercuti, ✨ Dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga perjalanan dipermudahkan dan pulang membawa seribu kenangan indah bersama keluarga tercinta.





🚗 Balik kampung, biar selamat sampai.

Pandu cermat, patuhi had laju, pakai tali pinggang dan elak gangguan. Jika penat, rehat! Dan jaga jarak sentiasa.

Nampak kerosakan jalan? Laporkan melalui aplikasi MYJalan 📲

Selamat memandu, selamat beraya bersama yang tersayang ❤️






“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha" 1447H.“Di sebalik pengorbanan terselit keikhlasan,di sebalik keikhlasan hadir ke...
26/05/2026

“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha" 1447H.

“Di sebalik pengorbanan terselit keikhlasan,
di sebalik keikhlasan hadir keberkatan.
Semoga Aidiladha ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan rahmat Allah SWT buat seluruh warga serta keluarga tercinta.”

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






Jangan lupa untuk semak keputusan dan jawab setuju terima tawaran mulai 25 Mei 2026
25/05/2026

Jangan lupa untuk semak keputusan dan jawab setuju terima tawaran mulai 25 Mei 2026





📢 MAKLUMAN MESRA KEPADA YANG DITAWARKAN

Mulai 25 Mei 2026, calon yang menerima tawaran boleh mula “Klik Terima Tawaran” di portal rasmi UP_TVET.

✅ Terima SATU tawaran sahaja
❌ Tawaran lain akan terbatal secara automatik
⚠️ Selepas “Klik Terima Tawaran”, pindaan tidak lagi dibenarkan

Pastikan anda menyemak tawaran dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Pilih dengan bijak demi masa depan kerjaya anda! 🚀

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!

Address

Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Jalan Limau Limauan
Kinarut
89609

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Kinarut Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKBN Kinarut Sabah:

Share