Briged Sabah PGA Official

Briged Sabah PGA Official Pasukan Gerakan Am
Ibu Pejabat Briged Sabah
Kem Kinarut Papar
Beg Berkunci 50
88994 Kota Kinabalu

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni”Bersempena sambu...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI SABAH TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
Bersempena sambutan penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan tanah air demi sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jalur Gemilang terus berkibar megah,
🌺 Sabah terus teguh dalam semangat perpaduan,
πŸ’™ PDRM dan Briged Sabah PGA akan terus berdiri teguh dalam memastikan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Dirgahayu Malaysia!
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Selamat Menyambut Hari Sabah Tahun 2026!

Ikhlas daripada:
SAC DATUK NOR OMAR BIN SAPPI
Komander Briged Sabah PGA
&
DATIN SITI DALILA BINTI MOHD. YASIN
Pengerusi PERKEP Briged Sabah PGA
serta seluruh Warga Briged Sabah PGA

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH PAPAR 1448H/202630 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah...
30/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH PAPAR 1448H/2026

30 Ogos 2026 – Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Papar 1448H/2026 dengan tema β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati” telah diadakan di Dewan Terbuka, Dewan Masyarakat Papar, hari ini.

Majlis yang berlangsung pada jam 6.00 pagi itu turut diserikan dengan perarakan Maulidur Rasul yang bermula dari Padang Pekan Papar menuju ke Dewan Terbuka Dewan Masyarakat Papar.

Turut hadir YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA; YDH Supt. Nasrol Sain bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA; YDH Supt. Mohd Mazlan bin Mohd Ariff, PT Gerakan/Risik Briged Sabah PGA, serta pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam dari IP Briged Sabah, Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dan Batalion 21 PGA Keningau.

Penyertaan warga Briged Sabah PGA dalam sambutan ini mencerminkan komitmen pasukan dalam menghayati nilai-nilai murni, memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

PROGRAM SEMARAK MERDEKA DAN HARI SABAH BRIGED SABAH PGA SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISMEKOTA KINABALU, SABAH – 29 Ogos 2026 ...
29/08/2026

PROGRAM SEMARAK MERDEKA DAN HARI SABAH BRIGED SABAH PGA SEMARAK SEMANGAT PATRIOTISME

KOTA KINABALU, SABAH – 29 Ogos 2026 – Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mengadakan Program Semarak Merdeka dan Hari Sabah sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga pasukan dan keluarga.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA, yang kemudiannya disambut oleh YDH Timbalan Komander Zon Timur Briged Sabah PGA.

Turut hadir, YDH Supt. Nasrol Sain bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA; YDH Supt. Mohd Mazlan bin Mohd Ariff, PT Gerakan/Risik Briged Sabah PGA, YDH Supt. Jaswent Singh a/l Sadu Singh serta Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, PERKEP dan pegawai awam dari Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Batalion 16 PGA Kota Kinabalu dan warga kem PGA kinarut.

Majlis diteruskan dengan pegawai lapor bagi memulakan atur cara, diikuti ucapan aluan Pengacara Majlis, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Sang Saka Biru, serta bacaan doa.

Seterusnya, YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA menyampaikan ucapan dan amanat Semarak Merdeka dan Hari Sabah yang menekankan kepentingan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air serta menginsafi nilai sejarah 31 Ogos kepada Malaysia dan Sabah.

Kemuncak majlis diserikan dengan gimik perasmian Semarak Merdeka dan Hari Sabah melalui penyerahan dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan pasukan, diikuti perarakan kenderaan berhias serta gimik pelancaran berupa bom asap dan letipan daripada persenjataan.

Program turut menyaksikan penyampaian Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Blok Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Ketua-Ketua Blok Batalion 16 PGA serta Ketua-Ketua Cawangan Ibu Pejabat Briged Sabah PGA.

Antara pengisian lain termasuk sesi bergambar rasmi, nyanyian lagu β€œTanggal 31” dan β€œJalur Genilang” sambil diiringi acara mengibarkan Jalur Gemilang secara beramai-ramai serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan kenderaan berhias, pakaian tradisional PERKEP dan pakaian kemerdekaan tercantik kanak-kanak.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Sedia Berkhidmat, jamuan makan dan majlis bersurai.

Program Semarak Merdeka dan Hari Sabah ini mencerminkan komitmen Briged Sabah PGA dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyemai rasa cinta dan bangga terhadap negara dalam kalangan warga pasukan.

SPEED β€’ RELIABLE β€’ INTEGRITY

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PENGENDALIAN PERALATAN RADIO VHF/HF KOMUNIKASI BIL. 4 SIRI 1...
27/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PENGENDALIAN PERALATAN RADIO VHF/HF KOMUNIKASI BIL. 4 SIRI 1/2026 IBU PEJABAT BRIGED SABAH PGA

27 Ogos 2026 – Majlis Perasmian Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian Peralatan Radio VHF/HF Komunikasi Bil. 4 Siri 1/2026 telah diadakan di Pokdi Campsite Mandalipau, Papar.

Majlis telah dirasmikan oleh YDH ACP Andrew Gani Anak Jimmy, Timbalan Komander Zon Timur Briged Sabah PGA.

Turut hadir ialah YDH Supt. Nasrol Sain bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA dan YDH Supt. Mohd Mazlan bin Mohd Ariff, PT Gerakan/Risik Briged Sabah PGA, serta pegawai, anggota dan pegawai awam dari IP Briged Sabah PGA.

Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan warga Briged Sabah PGA dalam pengendalian peralatan komunikasi radio VHF/HF, sekali gus memperkukuhkan kesiapsiagaan serta keberkesanan komunikasi dalam melaksanakan tugasan.

Majlis turut diserikan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Polis Sedia Berkhidmat, penyampaian sijil kepada peserta kursus serta sesi bergambar.

Pelaksanaan latihan ini mencerminkan komitmen berterusan Briged Sabah PGA dalam mempertingkat kompetensi dan profesionalisme warga pasukan.

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Jurugambar :

- Kpl Herris Calter Anak Jack
- L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π‹π€π’π€πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸ” 𝐊𝐌 π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸπŸ” 𝐏𝐆𝐀Speed β€’ Reliable β€’ Integrity
27/08/2026

𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 π‹π€π’π€πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸ” 𝐊𝐌 π’π„πŒπ€π‘π€πŠ π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŸπŸ” 𝐏𝐆𝐀

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M27 Ogos 2026 (Khamis) – Masjid Khalid Al-Walid, Briged Sabah ...
27/08/2026

PROGRAM CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

27 Ogos 2026 (Khamis) – Masjid Khalid Al-Walid, Briged Sabah PGA telah menganjurkan Program Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M yang disampaikan oleh Ustaz Rani bin Abdul Rahman Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pendakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) selaku penceramah jemputan.

Program tersebut turut dihadiri oleh YDH Supt. Nasrol Sain bin Hamzah, Ajutan Briged Sabah PGA merangkap Pengerusi Masjid Khalid Al-Walid, Insp. Rosdi bin Rastam, Pegawai Batalion 16 PGA, serta pegawai, anggota, pegawai awam, PERKEP dan warga Kem PGA Kinarut.

Penganjuran ceramah ini bertujuan meningkatkan penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW, di samping memperkukuhkan keimanan, ketakwaan serta nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan pelaksanaan tugas.

Pada akhir program, YDH Supt. Nasrol Sain bin Hamzah selaku Pengerusi Masjid Khalid Al-Walid telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Rani bin Abdul Rahman sebagai tanda penghargaan atas kesudian menyampaikan ceramah.

Program ini diharapkan dapat menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta membudayakan penghayatan akhlak dan sunnah Baginda dalam kalangan warga Briged Sabah PGA dan warga Kem PGA Kinarut.

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

MAJLIS SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1448H/202625 Ogos 2026 – Majlis Sambutan dan Perarak...
25/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1448H/2026

25 Ogos 2026 – Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026 telah berlangsung dengan penuh meriah. Perarakan bermula dari Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah dan berakhir di Sabah International Convention Centre (SICC).

Selepas selesai perarakan, majlis sambutan seterusnya diadakan di SICC dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan serta masyarakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH CP Datuk Jauteh Bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, bersama YDH Supt. Mohd Mazlan Bin Mohd Ariff, PT Gerakan/Risik Briged Sabah PGA; YDH Supt. Hairulnizam Bin Rashid, PP BN 21 PGA Keningau, serta pegawai, anggota dan pegawai awam.

Majlis ini bertujuan memperingati dan menghayati perjuangan serta keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW, di samping menyemarakkan kecintaan terhadap Baginda, memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam serta memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Penyertaan warga Briged Sabah PGA dalam majlis ini turut mencerminkan komitmen dalam menghayati nilai-nilai murni, kerohanian dan semangat kebersamaan selaras dengan tuntutan agama.

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Jurugambar: L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M πŸŒ™Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat. Semoga sunnah Baginda SAW terus menja...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M πŸŒ™

Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat. Semoga sunnah Baginda SAW terus menjadi panduan hidup kita. Madani Dihayati, Ummah Diberkati. πŸ•Œβœ¨

Salam ikhlas daripada:
SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA &
Datin Siti Dalila binti Mohd Yasin, Pengerusi PERKEP Briged Sabah PGA
Serta seluruh warga kerja Briged Sabah PGA

Speed. Reliable. Integrity.

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TRIM & FIT IBU PEJABAT BRIGED SABAH PGA24 Ogos 2026 (Isnin) – Majlis P...
24/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) TRIM & FIT IBU PEJABAT BRIGED SABAH PGA

24 Ogos 2026 (Isnin) – Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Trim & Fit Ibu Pejabat Briged Sabah PGA telah berlangsung di Lobi Utama, Ibu Pejabat Briged Sabah PGA.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi, Komander Briged Sabah PGA.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kecergasan fizikal, kesihatan serta amalan gaya hidup sihat dalam menyokong kecergasan dan kesiapsiagaan warga Briged Sabah PGA.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh tertib dan lancar dengan penglibatan warga Ibu Pejabat Briged Sabah PGA.

Speed β€’ Reliable β€’ Integrity

Jurugambar : L/Kpl Muhammad Syairi Bin Rahizat

Address

Kinarut
88994

Telephone

+6088513222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Sabah PGA Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share