Bahagian Siasatan Jenayah BSJ IPD Kinabatangan Sabah

Bahagian Siasatan Jenayah BSJ IPD Kinabatangan Sabah Laman Media Rasmi Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibupejabat Polis Daerah Kinabatangan, Sabah

24/03/2026
24/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿต

CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dan Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai, Pengerusi PERKEP JSJ bersama seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Manyambut Hari Polis ke 219 kepada seluruh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Disebalik setiap cabaran dan risiko yang dihadapi, warga pasukan tetap berdiri teguh di barisan hadapan demi menegakkan keadilan dan keamanan masyarakat.

Semangat juang, kesetiaan dan pengorbanan inilah yang menjadi kekuatan sebenar pasukan kita. Marilah kita terus memperkukuhkan iltizam, mempertingkat profesionalisme dan memelihara kepercayaan masyarakat dalam setiap tugas yang diamanahkan.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿต

๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”



24/03/2026

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-219

25 Mac 2026 mencatatkan satu lagi detik bersejarah buat negara apabila Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-219. Lebih dua abad lamanya, pasukan ini berdiri teguh sebagai pelindung keamanan, mempertahankan kedaulatan dan menjadi sandaran harapan rakyat dalam memastikan kehidupan yang aman dan sejahtera.

Di sebalik uniform yang segak, tersimpan seribu pengorbanan yang jarang terlihat pengorbanan masa bersama keluarga, pengorbanan keselamatan diri, malah ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi memastikan masyarakat dapat hidup dalam keadaan selamat. Setiap langkah dan tindakan warga PDRM bukan sekadar tugas, tetapi satu amanah besar yang dipikul dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Justeru, dalam kesempatan ini, saya Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, bersama YBhg. Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PDRM Sabah khususnya. Pengorbanan, keberanian dan integriti yang ditunjukkan bukan sahaja menjadi inspirasi, malah menjadi benteng utama dalam mengekalkan keamanan serta keharmonian negeri ini.

Dalam masa yang sama, keamanan yang kita kecapi hari ini bukanlah tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat. Sokongan, kepercayaan dan kerjasama rakyat amat penting dalam membantu PDRM melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Semoga Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus kekal relevan, dihormati dan dipercayai, serta sentiasa diberi kekuatan dalam mendepani cabaran semasa demi memastikan negeri Sabah khususnya, terus aman, selamat dan harmoni untuk generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219
โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€




21/03/2026

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘น๐‘จ๐’€๐‘จ ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ป๐‘น๐‘ฐ

CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dan Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai, Pengerusi PERKEP JSJ bersama seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Hari kemenangan ini bukan sekadar meraikan kejayaan dalam menempuh segala dugaan sepanjang Ramadan, tetapi menjadi simbol kesyukuran, pengorbanan dan keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab. Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, warga Jabatan Siasatan Jenayah akan tetap terus memberikan perkhidmatan demi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, memperkukuh semangat perpaduan, serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga pasukan dan masyarakat dalam memastikan keharmonian negara terus terjaga.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ,
๐— ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป.



21/03/2026
๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต (๐—•๐—ฆ๐—) ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ปWarga Bahagian Siasatan...
11/03/2026

๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต (๐—•๐—ฆ๐—) ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Warga Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kinabatangan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Sjn/D. 131587 Katris Binti Jumli atas pemergian bapa tercinta, mendiang Jumli Bin Sauyang pada pagi tadi.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, satu lawatan kebajikan telah diadakan dan sumbangan kilat telah disampaikan kepada waris bagi meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Pihak BSJ IPD Kinabatangan mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini. Semoga segala urusan keluarga dipermudahkan.

Salam takziah daripada kami seluruh warga BSJ IPD Kinabatangan.



โœจ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต (๐—•๐—ฆ๐—) ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ตโœจ  Kinabatangan, 03 Hb. Mac 2026 - Alhamdul...
03/03/2026

โœจ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต (๐—•๐—ฆ๐—) ๐—œ๐—ฃ๐—— ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ตโœจ

Kinabatangan, 03 Hb. Mac 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Kinabatangan dalam suasana harmoni dan penuh muhibah bertempat di perkarangan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Kinabatangan.

Majlis ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga Muslim menunaikan ibadah berbuka puasa, malah turut menghimpunkan Pegawai dan Anggota pelbagai latar belakang agama dalam semangat kebersamaan, saling menghormati dan perpaduan.

Diharapkan program seumpama ini dapat terus mengeratkan silaturahim serta memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

๐Ÿค Bersatu dalam kepelbagaian, kukuh dalam perkhidmatan.




๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ (๐๐’๐‰), ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐–๐€ ๐‘๐€๐˜๐€ (๐“๐๐‘), ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐๐Š๐ˆ๐...
02/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐€๐’๐€๐“๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ (๐๐’๐‰), ๐ˆ๐๐ƒ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐–๐€ ๐‘๐€๐˜๐€ (๐“๐๐‘), ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐

๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐“๐€๐๐†๐€๐, 01 Mac 2026 - Satu majlis berbuka puasa anjuran Bahagian Siasatan Jenayah BSJ IPD Kinabatangan Sabah telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan kesederhanaan di Hotel Sandakan, Sabah.

YDH ASP. Mohd Zulfikar Abd Salam Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) serta warga kerja BSJ IPD Kinabatangan hadir bersama sama Timbalan Pendakwa Raya Sandakan iaitu YA TPR Tuan Risal bin Abd Fikkah, YA TPR Tuan Yuvan A/L Bharathan dan YA TPR Tuan Jasmine Walter.

Majlis berbuka puasa ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara di daerah ini. Turut hadir Pegawai Kanan dan Anggota BSJ IPD Kinabatangan serta bahagian pentadbiran Pejabat Peguam Negara Sandakan.




18/02/2026

UCAPAN PESURUHJAYA POLIS SABAH
BERSAMA PENGERUSI PERKEP KONTINJEN SABAH
SEMPENA 1 RAMADAN 1447H

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 1447 Hijrah.

Saya selaku Pesuruhjaya Polis Sabah bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah serta seluruh barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut 1 Ramadan 1447H kepada seluruh warga PDRM Sabah serta masyarakat di negeri ini.

Ramadan adalah madrasah tarbiah yang mendidik kita erti kesabaran, keikhlasan, disiplin dan pengorbanan. Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai anggota keselamatan, kita bukan sahaja dituntut menjalankan tugas dengan penuh integriti dan profesionalisme, malah perlu memperkukuh nilai-nilai murni, semangat kebersamaan serta ihsan dalam setiap tindakan dan keputusan.

Kepada seluruh warga PDRM Sabah yang akan terus menggalas tanggungjawab siang dan malam sepanjang bulan Ramadan demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta dedikasi yang tidak pernah luntur. Sesungguhnya, setiap pengorbanan dan keikhlasan dalam menjalankan tugas merupakan satu ibadah yang besar nilainya di sisi Allah SWT.

Kepada ahli-ahli PERKEP dan seluruh keluarga warga PDRM, teruskanlah memainkan peranan sebagai tulang belakang yang menjadi sumber kekuatan dan sokongan moral kepada suami, isteri serta ahli keluarga yang bertugas. Kesejahteraan dan keharmonian institusi keluarga adalah asas kepada kecemerlangan organisasi.

Saya juga menyeru seluruh masyarakat Sabah agar bersama-sama memanfaatkan bulan Ramadan ini untuk memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian, meningkatkan rasa hormat-menghormati serta sentiasa mematuhi undang-undang demi kesejahteraan dan keamanan bersama.

Akhir kata, marilah kita menjadikan Ramadan kali ini sebagai medan muhasabah dan pembaharuan diri, memperteguh keimanan serta meningkatkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

18/02/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dan Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai, Pengerusi PERKEP JSJ bersama seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2026 kepada semua umat Islam.

Semoga dengan kehadiran bulan yang penuh barokah serta rahmat ini dapat menyatukan jiwa dan membentuk perpaduan diantara kita semua sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

๐—”๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ๐—ป



16/02/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) dan Datin Shanthi A/P P. Santhanam Pillai, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah, bersama seluruh warga Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Tionghua.

Semoga perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan, keharmonian dan kegembiraan, serta menjadi pemangkin kepada perpaduan, kesejahteraan dan kemakmuran seluruh masyarakat Malaysia.

๐†๐Ž๐๐† ๐—๐ˆ ๐…๐€ ๐‚๐€๐ˆ
๐—๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐ˆ ๐‹๐„



Address

Ibupejabat Polis Daerah W. D. T 17 Kinabatangan
Kinabatangan
90200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Jenayah BSJ IPD Kinabatangan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share