PAS DUN Kok Lanas

PAS DUN Kok Lanas PAS DUN KOK LANAS
Pejabat PAS Ketereh 16450 Kota Bharu Kelantan
[email protected]

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam takziah diucapkan kepada Ustaz Mohd Fahzam bin Mohd Ghazi (Ketua Penye...
12/05/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah diucapkan kepada Ustaz Mohd Fahzam bin Mohd Ghazi (Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Kok Lanas) atas pemergian ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.00 pagi hari ini, Selasa 12 Mei 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

11/05/2026

Petikan ucapan Cikgu Shaberi Mohd Zin (Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Ketereh), penutup Kuliah Haraki DUN Kok Lanas Mei 2026.

𝗞𝗢𝗞 𝗟𝗔𝗡𝗔𝗦, 𝟭𝟭 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡) – Kuliah Haraki DUN Kok Lanas bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan penyertaan dar...
11/05/2026

𝗞𝗢𝗞 𝗟𝗔𝗡𝗔𝗦, 𝟭𝟭 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡) – Kuliah Haraki DUN Kok Lanas bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan penyertaan daripada AJK MTD, Ketua dan AJK Penyelaras Pemuda/Muslimat DUN, Ketua dan AJK PAS UDM/Cawangan, lantikan politik, peserta Ladang Rakyat serta ahli PAS DUN Kok Lanas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zin, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.

Perkongsian kali ini membincangkan topik asas ke 12 berkaitan “𝘉𝘪𝘥’𝘢𝘩 𝘐𝘥𝘢𝘧𝘪𝘢𝘩, 𝘉𝘪𝘥’𝘢𝘩 𝘛𝘢𝘳𝘬𝘪𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘪𝘥’𝘢𝘩 𝘐𝘭𝘵𝘪𝘻𝘢𝘮𝘪𝘢𝘩 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘩𝘪𝘭𝘢𝘧 𝘶𝘭𝘢𝘮𝘢𝘬”.

Program diakhiri dengan taujihat daripada Yang Berbahagia Cikgu Shaberi Mohd Zin (Pengerusi MTD Kok Lanas) merangkap Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Ketereh.

Program ini turut menjadi medan pengukuhan kefahaman, penyatuan fikrah serta pengisian ilmu haraki kepada seluruh pimpinan dan ahli di peringkat DUN Kok Lanas.

Rutin harian - Solat Zohor berjemaah di Surau Ismaili, Pejabat PAS Ketereh & kuliah selepas zohor setiap hari bekerja.
11/05/2026

Rutin harian - Solat Zohor berjemaah di Surau Ismaili, Pejabat PAS Ketereh & kuliah selepas zohor setiap hari bekerja.

𝗞𝗚 𝗣𝗔𝗚𝗨𝗧, 𝟭𝟬 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗔𝗛𝗔𝗗) – Program Majlis Perjumpaan Pimpinan (MPP) DUN Kok Lanas merupakan program rutin yang diada...
10/05/2026

𝗞𝗚 𝗣𝗔𝗚𝗨𝗧, 𝟭𝟬 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗔𝗛𝗔𝗗) – Program Majlis Perjumpaan Pimpinan (MPP) DUN Kok Lanas merupakan program rutin yang diadakan sebanyak dua kali sebulan sebagai medan pertemuan pimpinan.

Program ini turut diisi dengan perbincangan kitab yang telah ditetapkan, selain menjadi ruang musyawarah bagi membincangkan isu semasa serta mencari penyelesaian terbaik secara bersama.

Majlis seperti ini diharap dapat terus memperkukuh kefahaman, menyatukan gerak kerja dan memperkemas hala tuju kepimpinan di peringkat DUN Kok Lanas.

GONDANG, 5 MEI 2026 (SELASA) – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Gondang telah berlangsung di Masjid Nasuha Kg Gondan...
06/05/2026

GONDANG, 5 MEI 2026 (SELASA) – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Gondang telah berlangsung di Masjid Nasuha Kg Gondang dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat perjuangan.

Mesyuarat ini diadakan selaras dengan Perlembagaan PAS (Pindaan 2025), Fasal 20(1) yang menetapkan setiap cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekali dalam setahun.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dapat memperkukuhkan gerak kerja jamaah.

Address

Pejabat PAS DUN Kok Lanas
Ketereh
16450

Telephone

+60129505665

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN Kok Lanas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS DUN Kok Lanas:

Share