26/05/2016
PASIR PUTEH. 24 Mei 16. Kursus Pengeluaran Produk Makanan Sejuk Beku Kerjasama MARDI dan MCTC-TD telah berlangsung selama 2 hari iaitu 24 hingga 25 Mei 16. Kursus yang disertai 35 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Tentera, Bakal Pesara Tentera dan Ahli BAKAT 8 Bgd ini dilaksanakan di MARDI Pasir Puteh Kelantan. Perlaksanaan kursus adalah secara teori dan amali. Perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Aminah bt Abdullah, Pengarah MARDI Negeri Kelantan.