Pemuda Amanah Ketereh

Pemuda Amanah Ketereh Laman Sosial Rasmi Pemuda Parti Amanah Negara Kawasan Ketereh

17/04/2026

𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ‘πˆπ’πˆπ’ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π†π‹πŽππ€π‹

Pandangan JP Morgan Chase bahawa Malaysia dan China mempunyai kelebihan relatif dalam menghadapi risiko krisis minyak dan ekonomi mencerminkan realiti struktur ekonomi kedua-dua negara yang lebih berdaya tahan berbanding sebahagian negara Asia lain. Dalam konteks ketidaktentuan global yang penuh dengan kejutan turun naik harga minyak, konflik geopolitik serta kelembapan pertumbuhan dunia, Malaysia sebenarnya masih memiliki beberapa kekuatan tersendiri yang menjadikannya lebih bersedia menghadapi tekanan tersebut.

Malaysia mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai pengeluar minyak dan gas bersih sederhana di rantau ini. Walaupun bukan pengeksport besar seperti negara Timur Tengah, Malaysia melalui syarikat nasional seperti Petronas masih mampu menjana hasil daripada sektor tenaga. Ini dapat menyumbang kepada kelebihan fiskal apabila harga minyak meningkat; berebanding dengan negara pengimport bersih seperti Jepun atau Korea Selatan yang terdedah kepada kos tenaga tinggi apabila harga minyak meningkat. Selain itu, ekonomi Malaysia juga lebih bersifat pelbagai. Sektor pembuatan, khususnya elektrik dan elektronik (E&E), kekal sebagai tulang belakang eksport, manakala sektor perkhidmatan dan komoditi seperti minyak sawit turut dapat menyumbang kepada kestabilan pendapatan negara.

Dari sudut perdagangan, Malaysia mempunyai integrasi kukuh dalam rantaian bekalan global, terutamanya dalam industri semikonduktor. Dalam era peralihan geopolitik dan β€œdecoupling” antara kuasa besar, Malaysia berpotensi menjadi hab alternatif bagi pelaburan asing yang mencari lokasi neutral di Asia Tenggara. Berbanding negara lain di rantau ini, Malaysia juga mempunyai sistem kewangan yang relatif stabil, kadar inflasi yang terkawal, serta dasar monetari yang pragmatik oleh Bank Negara Malaysia.

Namun demikian, kelebihan ini tidak bermakna Malaysia kebal daripada cabaran. Dalam menghadapi cabaran ini, Malaysia perlu mempercepatkan usaha reformasi struktur ekonomi. Cabaran pertama adalah kebergantungan fiskal kepada hasil minyak dan gas. Walaupun Malaysia bukan negara pengeluar besar, hasil daripada sektor ini melalui Petronas masih menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan. Keadaan ini mewujudkan dilema dasar: apabila harga minyak naik, kerajaan mendapat hasil tambahan, tetapi pada masa sama perlu menanggung tekanan untuk mengekalkan subsidi tenaga bagi melindungi rakyat. Jika harga jatuh p**a, kedudukan fiskal akan menjadi lemah. Ketidakseimbangan ini menjadikan perancangan jangka panjang sukar dan terdedah kepada turun naik pasaran global.

Cabaran kedua ialah struktur subsidi tenaga yang masih luas dan tidak bersasar sepenuhnya. Subsidi bahan api dan elektrik membantu mengurangkan beban kos sara hidup, tetapi dalam jangka panjang ia mengurangkan insentif untuk kecekapan tenaga dan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, subsidi yang tidak disasarkan dengan tepat boleh memberi manfaat lebih besar kepada golongan berpendapatan tinggi atau industri besar, sekali gus membebankan kewangan kerajaan tanpa impak sosial yang optimum.

Cabaran ketiga adalah kelewatan dalam peralihan tenaga (energy transition). Walaupun dasar berkaitan tenaga hijau telah diperkenalkan melalui agensi seperti Sustainable Energy Development Authority Malaysia, kadar penggunaan tenaga boleh diperbaharui masih sederhana berbanding potensi sebenar. Halangan termasuk kekangan dasar serta kekurangan pelaburan dalam teknologi seperti penyimpanan tenaga dan grid pintar. Ini menyebabkan Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil dalam penjanaan elektrik. Malaysia perlu memperkukuh keselamatan tenaga dengan memperluas penggunaan tenaga alternatif seperti solar dan hidro, sekali gus mengurangkan risiko turun naik harga minyak global. Dalam masa yang sama, dasar perdagangan yang proaktif dan hubungan diplomatik yang seimbang akan membolehkan Malaysia terus menarik pelaburan asing serta mengekalkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global.

Pandangan JPMorgan hanya mampu memberikan penilaian asas kerana Malaysia sememangnya memiliki beberapa kelebihan strategik dalam menghadapi krisis minyak dan ekonomi. Namun, kelebihan ini hanya akan kekal relevan jika disokong oleh pembaharuan berterusan dan strategi jangka panjang yang jelas. Malaysia juga perlu mengamalkan dasar perdagangan yang proaktif dan hubungan diplomatik yang seimbang akan membolehkan Malaysia terus menarik pelaburan asing serta mengekalkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global, supaya tidak kehilangan daya saingnya dalam landskap ekonomi Asia yang semakin mencabar.

𝐃𝐑. 𝐍𝐆 π‘π”πˆ π–π„πˆ
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Perdagangan
Pemuda AMANAH Nasional

29/01/2026
20/01/2026

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL

20 Januari 2026

PEMUDA AMANAH MENJUNJUNG TITAH TUANKU DYMM SPB YDPA KE-17 SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR & TUANKU YDTB NEGERI SEMBILAN DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR: MEMBANTERAS RASUAH ADALAH REALITI, BUKAN PERSEPSI

Pemuda AMANAH menyokong penuh titah DYMM Yang di Pertuan Agong Tuanku Ibrahim Iskandar yang menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah mesti dijadikan agenda utama negara. Rasuah bukan sekadar persepsi, tetapi realiti yang telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan demokrasi.

Indeks Persepsi Rasuah 2024 menunjukkan Malaysia kekal di tangga ke-57 daripada 180 negara dengan skor 50 mata, manakala 71 peratus rakyat menganggap rasuah kerajaan sebagai masalah besar. Skandal berprofil tinggi seperti 1MDB dan kes rasuah semasa membuktikan amalan ini berlaku secara sistemik, sekali gus menjejaskan imej negara.

Dalam suasana politik semasa, Pemuda AMANAH menyeru semua sayap pemuda parti politik, khususnya Ketua Pemuda UMNO, agar tidak lagi bergantung kepada retorik lama yang mengaburi penilaian rakyat. Rakyat kini menolak mana-mana parti yang terpalit dengan rasuah, dan golongan muda semakin kritikal serta menuntut pemerintahan yang bersih, bertanggungjawab dan bebas kronisme.

Pemuda AMANAH menegaskan bahawa masa telah berubah. Persepsi kini diterjemahkan sebagai realiti yang memberi kesan langsung kepada pilihan rakyat di peti undi. Justeru, perjuangan politik mesti berpaksikan integriti dan keberanian untuk berubah, bukan sekadar mempertahankan imej atau mengulang naratif lama.

Mengimbangi titah Raja-Raja Melayu, Pemuda AMANAH menyeru semua pihak politik untuk bangkit dengan integriti demi masa depan negara. Malaysia memerlukan generasi pemimpin muda yang berani, berprinsip dan berpegang teguh kepada nilai moral, agar maruah rakyat dan masa depan negara tidak lagi diracuni oleh rasuah.

AHMAD SHAHIR MOHD SHAH
Setiausaha
Pemuda Amanah Nasional



16/01/2026

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar mukjizat, tetapi panduan nilai dan tanggungjawab sosial dalam kehidupan. Walaupun berdepan tentangan, Nabi Muhammad s.a.w tetap menegakkan keadilan, rahmah dan kebenaran tanpa diskriminasi. Islam menuntut keadilan sosial dengan membela golongan tertindas sebagai manifestasi iman. Kesolehan sebenar dizahirkan melalui keadilan, empati, amanah dan keberanian mempertahankan kebenaran demi kesejahteraan bersama.

Salam Israk & Mikraj 1447H

Islam Rahmat Untuk Semua
04/01/2026

Islam Rahmat Untuk Semua

Tahun 2026 adalah masa untuk kita melipatgandakan usaha, memperkukuh akar parti dan menghidupkan semula semangat perjuangan AMANAH di setiap peringkat.

Kita mesti terus menjadikan Islam Rahmatan Lil β€˜Alamin sebagai teras perjuangan, Islam yang membawa kasih sayang, keadilan, hikmah dan penyelesaian kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Di sinilah letaknya kekuatan AMANAH, politik nilai, bukan politik kebencian.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, kita tidak boleh leka. Parti perlu digerakkan dengan lebih tersusun, jentera diperkasa, ahli dipersiapkan dan kepimpinan tempatan dibina lebih awal. Turun ke bawah, dekati rakyat, dengar denyut nadi mereka, dan jadilah suara yang membawa harapan.

Kita juga mesti memperkukuh keyakinan rakyat dengan menjelaskan dasar, mempertahankan rekod pentadbiran serta tampil sebagai parti yang matang, berwibawa dan berprinsip. Perbezaan pandangan diraikan, perpaduan parti dipelihara, dan disiplin perjuangan mesti menjadi pegangan bersama.

Bang Mat yakin, jika kita bergerak dengan ikhlas, bersatu dan berdisiplin, AMANAH bukan sahaja mampu bertahan, malah akan terus relevan sebagai parti Islam progresif yang membawa masa depan lebih baik untuk negara.

Teruskan bekerja. Teruskan berjuang.
Demi Islam yang membawa rahmat. Demi Malaysia yang adil dan makmur.

DS Mohamad Sabu
Presiden AMANAH

04/01/2026

[ADMIN] Mulai tahun 2026, Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperkenalkan Program Agropreneur NextGen dengan penjenamaan baharu sebagai satu inisiatif strategik untuk memperkasakan penglibatan belia dalam sektor agromakanan negara.

Program ini diwujudkan untuk tarik lebih ramai belia untuk mula atau kembangkan projek dalam bidang tanaman, ternakan dan perikanan secara lebih tersusun, mampan dan berdaya saing.

Apa yang menarik, melalui penjenamaan baharu ini, Agropreneur NextGen menyediakan bantuan geran dalam bentuk barangan bagi membantu keperluan projek, sama ada di peringkat permulaan atau pengembangan.

πŸ‘‰ Kategori Start-Up
Bantuan sehingga RM30,000

πŸ‘‰ Kategori Scale-Up
Bantuan sehingga RM50,000, bergantung kepada keperluan dan skop projek.

Pendekatan ini dibuat supaya bantuan yang diberi betul-betul memberi impak, meningkatkan produktiviti dan memastikan projek agropreneur belia kekal mampan.

Dari segi permohonan p**a, prosesnya dipermudahkan, hanya 3 langkah sahaja:
1️⃣ Daftar akaun di portal eGAN
2️⃣ Lengkapkan borang permohonan
3️⃣ Hantar untuk penilaian Jabatan pembimbing

Lebih menarik, permohonan dibuka sepanjang tahun. Belia boleh merancang, bersedia dan memohon mengikut kesesuaian masing-masing, tak perlu tunggu musim tertentu.

Tahun 2026 menandakan era baharu sokongan Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan KPKM dalam melahirkan agropreneur belia yang inovatif, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

πŸ“Œ Maklumat lanjut & borang pendaftaran
πŸ‘‰ https://t.me/mydoa_hq/2277

Kalau ada yang berminat, ini masanya. Jangan tunggu esok kalau hari ini boleh mula!




02/01/2026

Jika..

Jika Abdul Hadi Awang Presiden Pas sanggup dialog/debat... mungkin terkucil atas kerusi..

Pemuda PAS Kelantan apa Khabar Ketua Pemuda anda😁

01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026

Semoga tahun ini memperkukuh kesatuan, menyuburkan semangat perjuangan dan memperkasa khidmat kita kepada rakyat.
Terus berpadu membina masa depan yang lebih baik untuk umat-Ketua Pemuda Amanah Kelantan

31/12/2025

Selamat Tahun Baharu 2026. Semoga tahun ini membawa rahmat, perpaduan dan keberkatan dalam setiap usaha kita, demi mencari keredaan Allah SWT.

21/12/2025

Syubhah ni kena elakkan..

Nasihat kepada penyokong Pas yang bekerja makan gaji dengan Kerajaan Madani..jangan ambil gaji tersebut..sebaiknya berhenti kerja..

Apa2 hal minta dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang

05/12/2025

Pemuda AMANAH merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri B**g Mokhtar Radin diatas pemergian beliau pagi tadi. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang Soleh.

Al Fatihah.



Address

Lot 2761-J, Jalan Kuala Krai, Depan SMK Kadok
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Amanah Ketereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share