Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan

Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan 2nd Battalion of Border Regiment was established on the 9th February 2008 from 302 Infantry Territorial Army unit which based at Kem Batu Melintang, Jeli.

KOTA BHARU, 3 Mac 2018 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendengar ta...
03/03/2018

KOTA BHARU, 3 Mac 2018 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendengar taklimat berkaitan Organisasi dan peranan Batalion 2 Rejimen Sempadan (RS) serta Projek Perumahan Kem Tumbi di Markas 8 Briged Pgkln Chepa, Kelantan yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Batalion 2 Rejimen Sempadan, Lt Kol Zamri Zakaria.

Turut hadir Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Dato' Nazari Abd Hadi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg Dato' Mohd Zainy Mohamed Zain; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg Dato' Junaidah Kamarruddin serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan ATM.

Tentera Darat Malaysia
πŸ€œπŸΌπŸ€›πŸΌ

JELI, 28 Okt 2017 - Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) telah menyertai hari keluarga (Tautan Kasih) anjuran Ibu Pejab...
29/10/2017

JELI, 28 Okt 2017 - Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) telah menyertai hari keluarga (Tautan Kasih) anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli (IPD Jeli) di Padang Bola IPD Jeli. Hari Tautan Kasih ini telah disertai oleh Perkip IPD Jeli, BAKAT 2 RS, PPD Jeli dan Wanita UMNO. Dalam sambutan hari Keluarga ini pasukan telah menyertai senamrobit bersama YB Dato` Sri Mustapa Mohamad Ahli Panglima Jeli, pertandingan sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan hiasan khemah tercantik dan Cabutan bertuah. Dalam Pertandingan Hiasan Khemah Tercantik, pasukan telah mendapat tempat Pertama dalam pertandingan itu dan menang beberapa acara sukaneka yang disertai oleh pegawai dan anggota.

ALOR SETAR, 8 Okt 17 --  Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) berjaya merampas 400 kilogram daun ketum bernilai RM38,00...
10/10/2017

ALOR SETAR, 8 Okt 17 -- Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) berjaya merampas 400 kilogram daun ketum bernilai RM38,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran pagi tadi.

Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata rampasan itu dibuat dalam satu serbuan oleh enam anggota bersama seorang pegawai dari pasukan 2 RS di kawasan operasi Gubir, Pos Batu 34 pada 7.45 pagi.

"Dalam serbuan tersebut anggota telah melihat sebuah kenderaan yang mencurigakan dan cuba untuk menahan namun kenderaan tersebut cuba untuk melarikan diri dengan cubaan merempuh pasukan keselamatan.

"Namun gagal. Empat lelaki dalam kenderaan tersebut berjaya melarikan diri ke sempadan Thailand. Pasukan telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis 4Γ—4 bernilai RM30,000 yang mengandungi 80 plastik hitam dipercayai daun ketum seberat 400 kilogram bernilai RM38,000.

Kenderaan dan daun ketum yang dirampas bernilai RM68,000 keseluruhannya itu telah dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut pihak polis.

Rampasan itu merupakan rampasan terbesar sejak pasukan 2 RS mengambil alih operasi di kawasan berkenaan sejak 2 Okt lepas yang diketuai Lt Kol Mohd Zamri bin Hj Zakaria.

Panglima 6 Bgd berkata pihaknya sentiasa memberikan sepenuh komitmen untuk membendung sebarang aktiviti penyeludupan agar tidak terus berleluasa di negara ini.

ALOR SETAR, 8 Okt 2017 - Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) berjaya merampas 400 kilogram daun ketum bernilai RM38,00...
09/10/2017

ALOR SETAR, 8 Okt 2017 - Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan (2 RS) berjaya merampas 400 kilogram daun ketum bernilai RM38,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran pagi tadi.

Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata rampasan itu dibuat dalam satu serbuan oleh enam anggota bersama seorang pegawai dari pasukan 2 RS di kawasan operasi Gubir, Pos Batu 34 pada 7.45 pagi.

"Dalam serbuan tersebut anggota telah melihat sebuah kenderaan yang mencurigakan dan cuba untuk menahan namun kenderaan tersebut cuba untuk melarikan diri dengan cubaan merempuh pasukan keselamatan.

"Namun gagal. Empat lelaki dalam kenderaan tersebut berjaya melarikan diri ke sempadan Thailand. Pasukan telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis 4Γ—4 bernilai RM30,000 yang mengandungi 80 plastik hitam dipercayai daun ketum seberat 400 kilogram bernilai RM38,000.

Kenderaan dan daun ketum yang dirampas bernilai RM68,000 keseluruhannya itu telah dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut pihak polis.

Rampasan ini merupakan rampasan terbesar sejak pasukan 2 RS mengambil alih operasi di kawasan berkenaan sejak 2 Okt lepas yang diketuai Pegawai Memerintah iaitu Lt Kol Mohd Zamri bin Hj Zakaria.

Panlima 6 Bgd berkata pihaknya sentiasa memberikan sepenuh komitmen untuk membendung sebarang aktiviti penyeludupan agar tidak terus berleluasa di negara ini.

Panglima AT 450 Sambut Raya Bersama Pasukan TD Sekitar TawauSABAH: Pasukan 2 RS, 7 RAMD, 26 RAMD, Rejimen 516 AW, Komp A...
29/06/2017

Panglima AT 450 Sambut Raya Bersama Pasukan TD Sekitar Tawau

SABAH: Pasukan 2 RS, 7 RAMD, 26 RAMD, Rejimen 516 AW, Komp A 19 RAMD (Mek) dan Pl Senjata Berat 9 RRD diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh Panglima AT 450, Mej Jen Dato' Zulkapri Rahamat di Dewan Terbuka Rejimen 516 AW pada 25 Jun 2017.

Majlis yang dihoskan oleh pasukan 2 RS bertujuan memeriahkan suasana sambutan hari raya selain mengeratkan silaturahim kepada mereka yang tidak pulang ke kampung kerana bertugas serta menyampakan beg hari raya untuk anggota Op KHAS.

Dalam ucapan Panglima AT 450, beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir dan sanggup melupakan kemeriahan beraya di kampung halaman demi pengorbanan terhadap tugas yang telah diamanahkan.

Beliau juga mengingatkan pasukan Op KHAS yang berada di Tawau supaya terus komited dalam melaksanakan tugas operasi walaupun terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga.

Turut hadir Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato' Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin, .

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI MARKAS DAN DELTA1 Jun 2017 - Kem Desa Pahlawan. Pasukan telah mengadakan Per...
02/06/2017

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI MARKAS DAN DELTA

1 Jun 2017 - Kem Desa Pahlawan. Pasukan telah mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Kompeni Markas dan Delta yang disaksikan oleh Mej Shaiful Afzan (Pen Peg Mem). Tugas Ketua Kompeni Delta telah diambil alih oleh Kapt Ruslan daripada Mej Zulkifli yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Kompeni Markas daripada Mej Saidi Zabani yang bertukar keluar ke Rejimen 504 Askar Wataniah sebagai Pen Peg Mem Batalion Pertama.

Kem Desa Pahlawan, 21 Februari 2017:PERTANDINGAN MERENTAS DESA1. Pertandingan Merendas Desa telah diadakan pada 21 Febru...
15/03/2017

Kem Desa Pahlawan, 21 Februari 2017:

PERTANDINGAN MERENTAS DESA

1. Pertandingan Merendas Desa telah diadakan pada 21 Februari 2017 dengan menggunakan laluan di sekitar Kem Desa Pahlawan. Kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Terbuka dan Veteran. Seramai 15 orang pegawai dan anggota daripada setiap kompeni terlibat dalam pertandingan ini.

2. Jarak bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

a. Terbuka: 15 KM.
b. Veteran: 10 KM.

3. Keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh Kompeni Alpha dengan jumlah mata sebanyak 208. Naib johan dimenangi oleh Kompeni Bravo dengan jumlah mata sebanyak 212. Kompeni Markas berada di tempat ke-3 dengan 277 mata. Kompeni Delta di tempat ke-4 dengan 300 mata manakala Kompeni Charlie di tempat ke-5 dengan jumlah mata sebanyak 366.

-Lt Zack-

Kem Desa Pahlawan, 20 Februari 2017:PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KOMPENI1. Pertandingan Bola Sepak antara Kompeni semp...
15/03/2017

Kem Desa Pahlawan, 20 Februari 2017:

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KOMPENI

1. Pertandingan Bola Sepak antara Kompeni sempena HUT Ke-9 Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan telh diadakan pada 20 Februari 2017 di Padang Bola Sepak Rejimen Ke-5 Artileri DiRaja.

2. Pertandingan dilaksanakan dengan dua kumpulan iaitu A dan B serta berlangsung selama satu hari. Setiap kompeni mempertandingkan sebanyak 2 tim bagi kumpulan A dan B.

3. Keputusan Pertandingan Bola Sepak Antara Kompeni ini adalah seperti berikut:

a. Johan: Kompeni Alpha.
b. Naib Johan: Kompeni Bravo.
c. Tempat Ke-3: Kompeni Markas.
d. Tempat Ke-4: Kompeni Delta.
e. Tempat Ke-5: Kompeni Charlie.

-Lt Zack-

Perbarisan Pegawai Memerintah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan diadakan pada 17 Februa...
26/02/2017

Perbarisan Pegawai Memerintah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan diadakan pada 17 Februari 2017 di Padang Kawad Rejimen Ke-5 Artileri Diraja. Lt Kol Mohd Zamri bin Zakaria adalah Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan iaitu Pegawai Memerintah yang ke-20. Penolong Pegawai Memerintah, Mej Shaiful Afzan bin Arifin selaku Ketua Perbarisan. Ajutan perbarisan adalah Lt Annur Zaqwanhazeed bin Aminurrashid manakala SMR perbarisan adalah PW I Abdullah bin Abdul Kadir.

Kem Desa Pahlawan, 18 Februari 2017:PERBARISAN AJUTAN1. Perbarisan Ajutan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion K...
17/02/2017

Kem Desa Pahlawan, 18 Februari 2017:

PERBARISAN AJUTAN

1. Perbarisan Ajutan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan pada 14 Februari 2017 (petang) bertempat di Padang Kawad Rejimen Ke-5 Artileri Diraja, Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

2. Ajutan Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan adalah Lt Annur Zaqwanhazeed bin Aminurrashid.

-Lt- Zack-

Kem Desa Pahlawan, 18 Februari 2017:PERBARISAN SMR1. Perbarisan SMR sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion Ke-2 Re...
17/02/2017

Kem Desa Pahlawan, 18 Februari 2017:

PERBARISAN SMR

1. Perbarisan SMR sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-9 Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan pada 14 Februari 2017 bertempat di Padang Kawad Rejimen Ke-5 Artileri Diraja, Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

2. SMR Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan adalah PW 1 Abdullah bin Abdul Kadir.

-Lt Zack-

Kem Desa Pahlawan, 13 Februari 2017:PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI ALPHA1. Perbarisan serah terima tugas an...
13/02/2017

Kem Desa Pahlawan, 13 Februari 2017:

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KETUA KOMPENI ALPHA

1. Perbarisan serah terima tugas antara mantan Ketua Kompeni Alpha, Mej Makhtar bin Dollah dan Pemangku Ketua Kompeni Alpha, Kapt Arfian Abd Kadir diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat di Padang Kawad Rejimen Ke-5 Artileri Diraja. Perbarisan dengan kekuatan 6 Pegawai dan 488 Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Kapt Mohd Ilyab Akmal bin Mohd Yusof. Manakala Sarjan Mejar Rejimen (SMR) perbarisan adalah PW 1 Abdullah bin Abdul Kadir.

2. Perbarisan ini adalah bersempena persaraan mantan Ketua Kompeni Alpha, Mejar Makhtar bin Dollah yang akan menamatkan perkhidmatan selama lebih 30 tahun sejak memulakan khidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1987.

3. Upacara serah terima tugas antara mantan Ketua Kompeni Alpha, Mej Makhtar bin Dollah dan Pemangku Ketua Kompeni Alpha, Kapt Arfian bin Abd Kadir disaksikan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan, Lt Kol Mohd Zamri bin Zakaria.

-Lt Zack-

Address

Kem Desa Pahlawan
Ketereh
16500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ke 2 Rejimen Sempadan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share